Buku Pelabur – 5 Buku Pelabur Wajib Baca

Loading...

Kebanyakan trader sanggup berusaha mencari ‘holy grail’ iaitu sistem yang tepat selama berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun.
Tanpa mereka sedari, resipi kejayaan dalam trading sebenarnya merangkumi psikologi, trading system dan money management.
Kejayaan anda dalam trading saham bukan bergantung sepenuhnya kepada system atau strategi yang anda gunakan.
Sebaliknya, emosi dan keadaan mental yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang trader.
Jadi untuk memastikan anda dapat bertahan lama dalam dunia trading, pastikan anda mempunyai mindset yang betul terlebih dahulu.
Jom lihat 5 buku Trading untuk pelabur ini.

Alexander Elder merupakan Doktor Psikiatri, trader professional dan juga pakar dalam technical analysis.
Beliau percaya bahawa penentu kejayaan seseorang dalam dunia trading apabila mereka dapat menguasai 3M iaitu Mind, Method dan Money.
Beliau berkongsi mindset yang betul bagi seorang trader, bagaimana untuk membentuk disiplin yang tinggi dan bagaimana mengawal emosi.
Buku ini turut mengupas mengenai Technical Indicators, trading system dan pengurusan risiko.
Buku ini boleh didapati atau dibeli di Amazon sekitar harga US Dollar $40 – $50.
Klik sini untuk membeli www.amazon.com/Trading-Living-Psychology-Tactics-Management/dp/0471592242

Buku ini diterbitkan pada tahun 2000 dan ditulis oleh Mark Douglas, seorang yang aktif bergiat dalam pengajaran trading.
Mengikut review yang diterima, kandungan buku ini bagus tetapi penyampaiannya agak meleret.
Dalam buku ini, penulis menekankan bahawa cara pemikiran trader yang sering mencatat keuntungan secara konsisten amat berbeza dengan trader yang mediocre.
Penulis berkongsi mengenai cara pemikiran dan tindakan yang menghasilkan keuntungan yang konsisten dalam pasaran saham.
Untuk dapatkan buku ini boleh dibeli di Amazon harga US Dollar $27 – $35.
Detail boleh ke www.amazon.com/Trading-Zone-Confidence-Discipline-Attitude/dp/0735201447

Penulis Brett N. Steenbarger merupakan Profesor Madya dalam bidang Psychiatry and Behavioral Sciences di SUNY Upstate Medical University New York.
Beliau juga merupakan seorang trader dan turut melatih ramai trader untuk hedge fund dan investment bank company.
Buku ini menyediakan panduan menyeluruh cara mengaplikasikan sains psikologi dalam dunia trading.
Ia terbahagi kepada 4 bab utama yang mengupas mengenai teknik menyesuaikan diri dengan perubahan, membina kekuatan, memupuk kreativiti, dan membangun cara yang paling efektif dan efisien dalam menjana keuntungan.
Buku ini boleh didapati atau dibeli di Amazon sekitar harga US Dollar $32 – $40.
Berminat boleh beli di www.amazon.com/Trading-Psychology-2-0-Practices-Processes/dp/1118936817

Mana-mana trader yang baru terlibat dalam perdagangan saham pastinya pernah merasa ragu-ragu ketika ingin membuat belian atau jualan walaupun signal telah keluar atau mereka terlalu cepat mengambil keuntungan dan terperangkap dalam kaunter yang mengalami kerugian.
Ini adalah contoh cabaran terbesar seorang trader dan ia berlaku kerana faktor tekanan.
Dalam buku ini, penulis Yvan Byeajee berkongsi sendiri bagaimana beliau mengatasi cabaran tersebut untuk kekal konsisten dalam tindakan dan hasil trading.
Untuk dapatkan buku ini boleh didapati di Amazon US Dollar $26- $30.
Details di www.amazon.com/Essence-Trading-Psychology-One-Skill/dp/1530731895

Buku ini membincangkan mengenai kajian psikologi dan bagaimana ia boleh diguna pakai oleh trader untuk menjadi lebih fokus, yakin dan mencipta hasil yang positif.
Dr Gary Dayton merupakan seorang psychologist dan mula terlibat dalam aktiviti trading pada 1999.
Di awal penglibatan beliau dalam trading beliau mengalami kerugian. Hanya setelah beberapa tahun kemudian beliau mula mencatatkan keuntungan.
Buku ini boleh didapati atau dibeli di Amazon sekitar harga US Dollar $60- $70.
Boleh klik sini www.amazon.com/Trade-Mindfully-Performance-Mindfulness-Cutting-Edge/dp/1118445619
Antara buku terbaik untuk pelabur pemula ialah "Trading in the Zone" oleh Mark Douglas dan "Market Wizards" oleh Jack D. Schwager. Kedua-dua buku ini memberi asas psikologi dan strategi trading yang kukuh.
Ya, membaca buku trading sangat penting kerana ia memberi pendedahan kepada pengalaman trader berjaya, strategi yang telah terbukti, dan membantu membina disiplin serta mindset yang betul dalam pelaburan.
Tiada jumlah tetap, tetapi sekurang-kurangnya 5 buah buku asas trading sudah memadai untuk membina pemahaman awal. Yang penting ialah mengamalkan apa yang dipelajari daripada buku tersebut.
Buku-buku ini boleh didapati di kedai buku popular seperti Kinokuniya, MPH, atau secara dalam talian melalui platform seperti Amazon dan Book Depository.
Nak mula belajar saham secara serius? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan lengkap dari asas hingga advance. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham sebagai langkah pertama anda.