Cara Baca Annual Report Part 3- Corporate Structure

Loading...

Hai dan Assalamualaikum. Moga anda sihat sentiasa dan ceria selalu. Untuk artikel kali ni saya akan share dengan anda semua mengenai cara baca annual report part 3 oleh Tuan Maher Alias.
Anda boleh baca artikel cara baca annual report part 1 & part 2 di link tersebut.
Okey dah ready untuk pembelajaran kali nie?
Jom kita teruskan!
Sebelum tu korang kena tahu bahawa annual report nie merupakan salah satu analisis/ilmu penting untuk korang buat fundamental analisis.
Dan ia sangat membantu untuk anda invest dalam certain-certain kaunter dan achieve pulangan yang besar.
Apa kepentingan untuk anda baca annual report ni?
Kenapa Poh Huat disenaraikan dalam Bursa Malaysia?
Kerana ia nak dapatkan dana ataupun modal.
Kebiasaannya, syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia ialah jenis syarikat investment holding.
Poh Huat akan cuba dapatkan dana daripada public untuk sumbangkan modal.
Dan duit yang berjaya diperolehi akan dipam masuk ke dalam syarikat-syarikat yang terlibat untuk dibahagikan aset atau modal kepada syarikat yang dirasakan perlu untuk menggunakan dana tersebut dengan effective.

Korang boleh tengok gambar di atas ialah carta untuk corporate structure syarikat tersebut.
Layer yang kedua adalah merupakan anak-anak syarikat itu.
Persoalannya, kenapa syarikat ni memilih untuk ada beberapa anak syarikat dan apakah kategori anak syarikat yang ada?

Seterusnya kita tengok dekat amount dalam gambar yang saya bulatkan tu, amount yang ada mostly semua ada 100%
Jadi adakah semua anak syarikat memiliki amount 100%?
Tidak.
Ada anak syarikat yang memiliki kurang dari 100% sebagai contoh syarikat Poh Huat Resources memiliki 72.98% dalam syarikat Poh Huat Furniture Industries Vietnam.
Dan kemungkinan Poh Huat Fur.Vietnam berpakat untuk share keuntungan dengan Poh Huat International BVI.
Jadi sebahagian kecil peratusnya datang dari Poh Huat International BVI ni.
Korang mesti pernah dengar mengenai financial position? masa zaman sekolah dulu dipanggil imbangan duga atau penyata kewangan.
Jadi dalam financial position nie ada beberapa perkara penting antaranya ialah:
Ketiga-tiga perkara ini akan memainkan peranan penting dalam balance sheet anda.

Jadi kita pergi kepada bahagian note. Sangat penting untuk anda tengok bahagian note nie.
Lihat pada asset terdapat investment in subsidiaries. Subsidairies ini adalah merujuk kepada anak syarikat.
Anda boleh tahu dekat sini dia ada invest untuk anak syarikatnya.
Kita lihat note 9 tu untuk apa….

Okey note 9 dalam gambar di atas menunjukkan investment in subsidiaries.
Dekat sini korang dapat lihat berapa peratus pegangan sahamnya, ada perubahan ke dari tahun semasa dan sebelumnya.
Lihat gambar di atas, dalam annual report ni terdapat sedikit perubahan terhadap anak syarikat di South Afrika.
Anda boleh baca note di sebelahnya tu pemberitahuan bahawa anak syarikat di South Afrika tu dah dimansuhkan.
Korang boleh kaji kenapa dia jadi macamtu
Basically, korang perlu cari cerita di sebalik setiap syarikat.
Tetapi korang harus tahu untuk membezakan cerita itu dari segi fakta dan juga pendapat agar tidak tersilap dalam mentafsir sesebuah cerita
Selain daripada annual report yang membantu pembentukan sesebuah cerita korang juga boleh lihat dekat public announcement atau news.
Sebagai contoh, news dalam The Edge Market, The Star Online, Berita Harian atau Wall Street Journal.
Korang juga boleh google berita-berita yang berkaitan dengan syarikat tersebut.
Selain membuat perabot Poh Huat juga menjadi property developer. Anda boleh kaji strategi syarikat ini.
Selain melihat financial syarikat anda juga perlu mengkaji prospect dan hala tuju dalam annual report sesebuah syarikat tersebut sebab ia akan memberi nilai tambah terhadap pelaburan kita dalam syarikat tersebut.
Poh Huat create property developer company supaya boleh utilise full margin

Dalam annual report part 3 ni kita tengok pula dalam investment in subsidiaries dari segi berapa value dia dan berapa amount dia dah spend.
Di sini anda perlu memberi penekanan terhadap value sesebuah syarikat tu dengan mengkaji unquoted shares, at cost dan impairment losses
Anda boleh nilai valuation company tu dari sudut keseluruhan atau sum of all parts.
Kerana amount yang anda nampak dari sudut company secara keseluruhan tak menggambarkan jumlah sebenar anak-anak syarikat dia kalau dijual berasingan.
Sebagai contoh anda boleh membezakan market cap Poh Huat dengan value 1 bilion tadi
Selain tu, anda boleh tengok dekat Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau link di bawah yang saya berikan untuk anda tengok beberapa kategori berkaitan anak syarikat.
https;//www.investopedia.com/video/play/explaining-affiliate-associate-and-subsidiary/
Corporate structure ialah bahagian dalam annual report yang menunjukkan struktur organisasi syarikat termasuk anak-anak syarikat (subsidiaries), syarikat bersekutu (associates) dan hubungan antara entiti dalam kumpulan syarikat.
Memahami corporate structure membantu pelabur menilai nilai sebenar syarikat dari sudut sum of all parts, mengenal pasti sumber pendapatan utama dan memahami risiko yang berkaitan dengan anak syarikat.
Subsidiary ialah syarikat yang dimiliki lebih 50% oleh syarikat induk dan dikawal sepenuhnya. Associate pula ialah syarikat yang dimiliki antara 20% hingga 50% di mana syarikat induk mempunyai pengaruh tetapi tidak kawalan penuh.
Periksa unquoted shares at cost dan impairment losses, bandingkan market cap dengan nilai keseluruhan anak syarikat, dan fahami bagaimana setiap entiti menyumbang kepada pendapatan kumpulan syarikat.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap!