Buat untung dalam Saham dengan formula 5T

Loading...

Dalam pasaran Bursa Malaysia terdapat lebih daripada 1000 pilihan saham.
Masalah newbie pula mereka tidak tahu saham apa hendak dibeli dan berapa modal yang diperlukan.
Mungkin banyak lagi persoalan lain apabila pertama kali menceburi dalam saham.
Di sini saya ingin kongsikan cara mudah buat untung dalam saham pasaran Bursa Malaysia.
Tetapi mana yang bagus dan boleh buat untung?
Tips yang anda perlu tahu untuk memilih saham yang berkualiti:
Sebelum anda campak duit dalam pasaran saham, kenal pasti dahulu anda kategori pelabur yang bagaimana?
Merempit (intraday), mid term atau long term trader? Sebab apa perlu tahu?
Jika anda tidak kenal anda jenis pelabur macam mana, anda akan sukar untuk mengawal emosi di kemudian hari.
Jika anda sendiri tidak kenal diri anda, bagaimana mahu kenal ‘behavior stock market’ pula nanti.
Sebelum beli apa-apa saham sekalipun, pelabur wajib tahu Trading Plan yang betul.
Ini bermaksud, anda mesti tahu 3 perkara ini iaitu Entry Price (EP), Take Profit (TP) dan Cut Loss (CL).
Entry price – Harga semasa membeli saham
Take Profit – Harga saham untuk mendapatkan profit
Cut Loss – Harga saham untuk mengurangkan risiko kerugian
Sebagai contoh, sebelum membeli sesuatu saham, tahu 3 perkara tadi. Malaysia Stock Biz menunjukkan cara menentukan EP,TP dan CL dengan merujuk Technical Chart saham yang dipilih.
Kemudian tentukan Support dan Resistance seperti contoh dibawah:

Sekiranya harga saham tersebut sudah naik tinggi, jangan tamak dan mahu menunggu ia naik lebih tinggi.
Sebetulnya follow Trading Plan yang sudah ditetapkan. Jika tidak, mungkin boleh menyebabkan nisbah kerugian melebihi keuntungan.
Jadi ikutlah Trading Plan yang telah ditetapkan.
Dalam kelas Supertrader kami juga ada mengajar berkaitan Support and Resistance ini.
Jika anda berminat untuk belajar lebih banyak Technical dan Fundamental analysis, jangan lepaskan peluang daftar segera Kelas Supertrader kami!
Jika anda buka platform, anda boleh klik di bahagian Indices, dan pilih Listing.

Kemudian lihat di bahagian Chg%, boleh lihat sector mana yang dah terbang jauh.
Anda perlu tahu juga antara sektor yang selalunya bergerak aktif adalah sektor Energy, Technology, Construction dan Industrial Product.
Jadi anda boleh perhatikan antara 4 sektor ni, mana yang paling tinggi perubahan Chg%.
Kemudian pergi Search by Sector untuk melihat kesemua pilihan saham mengikut sektor yang dipilih dan cari mana saham berpotensi mengikut modal anda .

Dengan cara sebegini juga dapat mengecilkan skop pemilihan saham anda.
Jika ingin tahu lebih lanjut teknik yang boleh membantu dalam pemilihan saham, kelas Supertrader Mahersaham ada mengajar 2 teknik power iaitu MILO dan MENJAHIT.
Tempat adalah terhad, jangan lepaskan peluang anda!
Dengan meletakkan target untuk membeli 10,000 unit atau 100 lot bagi saham pilihan anda.
Ia dapat memberikan pulangan konsisten bagi setiap kenaikan bid. Di ingatkan juga agar mengambil kira ‘fee’ bagi setiap transaksi jual beli.
Contohnya, jika harga saham 0.105 dan kita beli 100 lot, maka anggaran modal untuk membeli saham adalah RM1,060 termasuk fee.
Kemudian dengan kenaikan 1 bid kepada 0.110, anggaran profit yang diperoleh sekitar RM30 selepas mengambil kira fee menjual.
Jadi, jika anda aim untuk win 10 kali dalam sebulan, anda sudah berpeluang memperoleh pendapatan sampingan di pasaran saham dengan anggaran RM300 setiap bulan.
Jika mahukan lebih banyak pulangan daripada pasaran saham, anda sendiri perlu rajin dan tekun membuat analisa atau ulang kaji saham.
Ini adalah kerana 85% daripada tindakan anda adalah penentu kejayaan seseorang.
Manakala hanya 15% datangnya daripada bantuan luar.
Kegagalan juga bukanlah penghalang malah ianya merupakan permulaan untuk berjaya.
Oleh itu, percayalah dengan keupayaan yang ada dalam diri anda sebagai pelabur.
Formula 5T merujuk kepada lima elemen penting dalam pelaburan saham: Teknikal (analisis carta), Trend (arah pergerakan harga), Timing (masa masuk dan keluar), Target (sasaran harga), dan Tindakan (disiplin eksekusi). Gabungan kelima-lima elemen ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih sistematik.
Dengan modal serendah RM1,000, anda sudah boleh membeli 100 lot saham penny stock dan menjana keuntungan daripada kenaikan 1-2 bid. Namun, modal yang lebih besar memberikan lebih fleksibiliti dalam pemilihan kaunter dan position sizing yang lebih selamat.
Ya, tetapi ia memerlukan disiplin, ilmu analisis yang kukuh, dan pengurusan risiko yang ketat. Pelabur perlu menetapkan target realistik, potong kerugian dengan cepat (cut loss), dan tidak tamak apabila sudah mencapai sasaran. Konsistensi datang daripada sistem, bukan nasib.
Antara kesilapan utama ialah membeli tanpa analisis (ikut tips semata-mata), tidak meletakkan cut loss, terlalu tamak apabila untung, dan melabur wang yang tidak mampu rugi. Pelabur juga sering gagal kerana kurang sabar dan tukar strategi terlalu kerap tanpa memberikan masa untuk strategi itu berhasil.
Kunci utama buat untung dalam saham bukan sekadar nasib — ia memerlukan ilmu, disiplin, dan sistem yang konsisten. Semakin banyak anda belajar dan berlatih, semakin tinggi peluang kejayaan anda di pasaran saham.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan praktikkan formula 5T.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan saham sebelum mula berdagang.
Bacaan lanjut: