Cara Deposit ke Akaun M+ (MPlus) Langkah Demi Langkah

By Maher Alias
Cara Deposit ke Akaun M+ (MPlus) Langkah Demi Langkah
A

Ramai trader baru tanya — macam mana cara nak deposit ke akaun M+ atau MPlus Online? Senang je sebenarnya, asalkan anda tahu langkah yang betul.

Artikel ni akan tunjukkan cara deposit ke akaun M+ dengan jelas, cepat, dan selamat. Anda boleh guna perbankan online (FPX) dari mana-mana bank tempatan.

Sebelum hendak melakukan trading atau jual beli saham, anda kena deposit duit terlebih dahulu ke dalam akaun trading anda. Memahami cara deposit ke akaun Mplus dengan betul adalah penting. Di bawah ini saya ceritakan langkah-langkah untuk deposit duit anda ke dalam akaun Mplus.

Anda diingatkan untuk melakukan transfer atau deposit ini pada waktu bekerja. Cara deposit ke akaun Mplus ini memudahkan segala urusan trading anda jika dilakukan dengan tepat.

Proses deposit boleh dilakukan menggunakan pc atau apps Mplus di mobile phone anda, dan memahami cara deposit ke akaun ini akan memastikan tiada kesilapan berlaku.

  • Pilih Menu > Payment > Deposit
deposit akaun MPlus online banking
  • Satu pop up window akan keluar
deposit akaun MPlus online banking
  • Pilih manual transfer untuk transfer bawah RM1k
deposit akaun MPlus online banking
  • Ini adalah nombor akaun untuk transfer & Bank Yang Diterima Untuk Deposit:
  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • Hong Leong Bank
deposit akaun MPlus online banking
  • Pembayaran secara Cash Deposit Machine
deposit akaun MPlus online banking
  • Cheque Transfer
deposit akaun MPlus online banking
  • Lakukan ke FPX transfer untuk amount RM1k – Rm30k
deposit akaun MPlus online banking

Selesai!

Tip & Kesilapan Yang Perlu Elak

Jangan transfer terus ke akaun bank M+ tanpa ikut langkah FPX.

Jangan letak reference salah. Guna nama penuh anda.

Simpan screenshot resit sebagai bukti jika ada isu.

🤔 Duit Tak Masuk?

Jangan panik. Hubungi support M+:

📧 Email: [email protected]
📞 Hotline: +603-2282 1820

Atau rujuk FAQ Rasmi M+

Diingatkan untuk membuat deposit sewaktu hari bekerja dan waktu bekerja. Mungkin anda ada dapat emel untuk maklumkan remisier anda berkaitan transfer tersebut, namun langkah tersebut sudah tidak perlu lagi.

Selamat berdagang! Dengan cara deposit ke akaun Mplus yang betul, pengalaman berdagang anda akan menjadi lebih lancar.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa lama masa deposit masuk ke akaun MPlus?

Kebiasaannya deposit melalui FPX akan masuk dalam masa beberapa minit sahaja pada waktu bekerja. Jika dibuat di luar waktu bekerja, ia mungkin mengambil masa sehingga hari bekerja seterusnya.

2. Apakah minimum deposit untuk akaun MPlus?

Tiada had minimum deposit yang ditetapkan secara rasmi, namun pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli lot saham yang anda inginkan di Bursa Malaysia.

3. Bolehkah saya deposit menggunakan akaun bank orang lain?

Tidak boleh. Deposit mestilah dibuat daripada akaun bank atas nama anda sendiri yang telah didaftarkan dengan akaun CDS anda bagi tujuan keselamatan.

4. Apa perlu buat jika deposit tidak masuk selepas 24 jam?

Hubungi sokongan pelanggan MPlus melalui emel atau hotline mereka dan sertakan screenshot resit pembayaran sebagai bukti transaksi anda.


Langkah Seterusnya

Sudah tahu cara deposit? Jom tingkatkan lagi ilmu pelaburan anda supaya setiap ringgit yang dilaburkan lebih berbaloi.

Buka Akaun CDS: Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS hari ini dan mula melabur di Bursa Malaysia.

Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook percuma asas pelaburan kami untuk panduan lengkap dari A hingga Z.

Bacaan Lanjut