Cara Guna BigPay – Prepaid Mastercard

BigPay – Prepaid Mastercard
Okay sebelum ini saya ada kongsikan artikel tentang BigPay iaitu kad prepaid mastercard yang diperkenalkan oleh Tony Fernandes, Air Asia.
Jadi hari ini saya nak kongsikan pula cara guna Bigpay Prepaid Mastercard ini.
Selepas anda Sign Up mengikut langkah yang saya telah tunjukkan sebelum ini, dalam 3-7 hari kad Bigpay akan dipos ke alamat kediaman anda.
Macam mana, korang dah cuba ke?
Selepas terima kad Bigpay, activatekan kad tersebut ya di Aplikasi BigPay anda.
Seperti yang saya sudah kongsikan, jika anda masukkan kod ‘UXMHZGUMGT’ semasa daftar anda akan dapat RM10 Percuma terus dikreditkan ke dalam kad BigPay anda.
Sekarang jom saya kongsi cara guna bigpay.
Cara Guna BigPay
1. Topup Akaun BigPay

Anda boleh membuat tambah nilai ke akaun BigPay dengan cara klik pada simbol (+). Kemudian masukkan nilai yang ingin anda topup. Contoh RM50. Dan pilih cara pembayaran sama ada secara:
- Credit / Debit Card
- Bank Transfer (Online Banking)
- Cash di 7-eleven (ada caj 2% +RM1)
Sehinggalah anda selesai masukkan kod TAC di SMS bagi online banking dan debit card, sekarang anda sudah pun berjaya top up akaun BigPay anda.
2. Link AirAsia BigPoint

Sila link kan kad Bigpay anda dengan Air Asia BigPoint untuk kumpul mata ganjaran setiap kali berbelanja.
Mata BigPoint boleh ditebus untuk mendapatkan diskaun tiket penerbangan Air Asia.
3. Fungsi Pembayaran BigPay

Terdapat 6 fungsi yang anda boleh gunakan di BigPay.
- Kirimkan atau minta duit sesama pengguna Bigpay secara transfer
- Split bill iaitu berkongsi bayaran sesama pengguna BigPay
- Buat bayaran menggunakan QR Code iaitu secara E-wallet
- Bank transfer ke akaun bank di Malaysia dan Oversea seperti Online Banking
- Bayar bil elektrik, bil air, Postpaid, Internet, Astro, Courts Mammoth dan Indah Water
- Dapatkan BigPay Life Insurance serendah RM30 setahun mengikut pakej yang disediakan.
4. Freeze Card

Tahukah anda, di aplikasi BigPay juga telah disediakan fungsi Freeze kad jika berlaku perkara tak diingini seperti kad hilang atau dicuri.
Jadi dengan ON kan fungsi Freeze, tiada sebarang transaksi dibenarkan.
Kemudian anda boleh laporkan pada team support Bigpay melalui Aplikasi BigPay. Nanti Support BigPay akan bantu.
5. Analytics

Aplikasi BigPay turut merekodkan setiap transaksi yang anda belanjakan pada menu Analytics.
Jadi setiap bulan anda boleh semak setiap duit yang keluar. Dari sini juga anda dapat kawal perbelanjaan bulanan.
Jika ada yang guna kad BigPay anda tanpa pengetahuan juga, anda boleh kesan daripada Aplikasi BigPay ini.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu BigPay dan bagaimana ia berfungsi?
BigPay ialah kad prepaid Mastercard yang diperkenalkan oleh AirAsia. Ia berfungsi seperti e-wallet di mana anda perlu topup dahulu sebelum boleh berbelanja. Ia boleh digunakan untuk pembelian dalam dan luar negara.
2. Bagaimana cara topup duit ke dalam BigPay?
Anda boleh topup BigPay melalui online banking (FPX), kad debit atau kredit, dan juga melalui kaunter tertentu. Minimum topup biasanya bermula dari RM10.
3. Adakah BigPay mengenakan sebarang caj tersembunyi?
BigPay tidak mengenakan caj tahunan atau caj penyelenggaraan. Namun, mungkin ada caj minimum untuk pengeluaran tunai di ATM. Untuk transaksi luar negara, BigPay menawarkan kadar pertukaran yang kompetitif tanpa caj tambahan.
4. Apakah kelebihan utama menggunakan BigPay?
Antara kelebihan BigPay termasuk tiada caj tahunan, kadar pertukaran mata wang yang baik, fungsi analytics untuk pantau perbelanjaan, fungsi freeze kad jika hilang, dan kemudahan pemindahan wang kepada pengguna BigPay lain.
Nak mula belajar tentang pelaburan saham? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan dari zero hingga advance. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham untuk permulaan yang kukuh.