Kad BigPay-Kad Prepaid Mastercard

Loading...

BigPay diperkenalkan oleh Air Asia iaitu Tony Fernendes sebagai salah satu cara orang ramai dapat berbelanja secara cashless seperti E-wallet.
Yang menariknya BigPay merupakan kad prepaid Mastercard, sama fungsinya seperti kad kredit yang boleh digunakan untuk pelbagai pembayaran termasuk secara Online, Paywave dan nombor Pin.
BigPay juga memudahkan anda mengawal perbelanjaan bulanan kerana hanya perlu topup jumlah perbelanjaan yang anda telah rancang sahaja.
Kemudian duit lebihan lain boleh asingkan sebagai simpanan.
Sebagai contoh, selepas buat kira-kira kos perbelanjaan bulanan anda RM700 katakan.
Jadi anda hanya perlu topup duit belanja RM700 tadi di App Bigpay untuk kegunaan harian. Dan duit selebihnya adalah untuk simpanan.

Pengguna BigPay akan mendapat point apabila berbelanja menggunaka BigPay. Setiap RM30 yang dibelanjakan akan mendapat 1 Big Point.
Mata Bigpoint boleh ditebus di airasiabig.com untuk diskaun tiket penerbangan Air Asia. Antara diskaun nya:

Kad Bigpay Mastercard akan dihantar ke alamat rumah anda selepas selesai permohonan anda secara Online.
Proses pengahantaran akan mengambil masa 3-7 hari waktu bekerja. Selepas dapat kad, aktifkan dan boleh guna secara Paywave dan nombor Pin.

Di Aplikasi BigPay akan rekodkan setiap perbelanjaan anda pada bahagian Analytics.
Jadi setiap bulan anda boleh semak setiap duit yang keluar. Dari sini juga anda dapat kawal perbelanjaan bulanan.

Jika kad BigPay anda hilang atau dicuri, boleh terus ON kan fungsi Freeze di Aplikasi BigPay.
Kemudian laporkan pada team support Bigpay melalui App sahaja. Nanti Support BigPay akan bantu.

Selain itu, anda boleh membuat pembayar bil elektrik, bil air, Postpaid, Internet dan lain-lain.
Yang bestnya lepas buat bayaran akan dapat sekali BigPoint. Setiap RM30 dikira 1 Point. Sambil bayar sampai kumpul Point.
Jika bayar melalui Jompay atau website tiada point yang boleh dikumpul.
Antara senarai syarikat bil yang boleh dibayar melalui BigPay rujuk sini BigPay Biller.

Kad Bigpay tidak dikenakan sebarang caj tahunan berbanding kad debit/kredit lain.
Malah semasa buat permohonan pun tidak dikenakan caj. Penghantran percuma.
Namun anda perlu deposit RM20 dan duit tersebut akan di kreditkan ke dalam kad anda apabila terima kad nanti.

Kad BigPay juga membolehkan anda Withdraw duit di mana-mana ATM yang menerima kad mastercard.
Untuk pengeluaran ATM dalam Malaysia dikenakan caj RM6. Manakala Luar Negara caj RM10 (Lebih murah berbanding kad bank lain RM12 kebiasaannya, mengikut pembacaan saya).
Pendapat saya, jika anda berada di Malaysia biasanya jarang-jarang perlu withdraw guna kad BigPay ini memandangkan fungsi utama BigPay adalah untuk menggalakkan orang ramai kearah Cashless.
Namun jika perlu atau terdesak anda masih boleh withdraw.
Sebenarnya fungsi Withdraw ini berbaloi untuk Traveller jika berada di luar negara yang memerlukan cash kerana caj yang lebih murah berbanding kad bank lain.

Pertama: Download App Big Pay di Playstore atau App Store
Kedua: Klik ‘Sign Up’ dan pilih Lokasi anda.
Ketiga: Masukkan Nombor Telefon dan masukkan Code melalui SMS untuk pengesahan.
Keempat: Setkan password anda.
Kelima: Isi maklumat diri anda dan alamat penghantaran Kad.
Keenam: Masukkan Referal Code ‘UXMHZGUMGT’ dan dapat RM10 Percuma (terus di kreditkan selepas kad aktif)
Ketujuh: Snap IC dan Selfie muka anda dan rakam suara untuk proses pengesahan.
Kelapan: Deposit RM20 (akan terus di kreditkan dalam kad anda)
Kesembilan: Selesai. Tunggu proses dan penghantran kad.
Proses pengahantaran akan mengambil masa 3-7 hari waktu bekerja. Apabila dapat kad, aktifkan dan serta merta kad anda sudah ada nilai RM30 untuk digunakan (jika masukkan Referral Code ‘UXMHZGUMGT’).
Kad BigPay ialah kad prepaid Mastercard yang diperkenalkan oleh AirAsia melalui Tony Fernandes. Ia membolehkan pengguna berbelanja secara cashless di mana-mana kedai yang menerima Mastercard, dalam dan luar negara.
Muat turun aplikasi BigPay, masukkan maklumat peribadi, upload gambar IC, dan tunggu pengesahan. Selepas lulus, kad akan dihantar dalam tempoh 3-7 hari bekerja. Masukkan referral code untuk dapat kredit tambahan.
BigPay mempunyai kad fizikal Mastercard yang boleh digunakan di seluruh dunia, tiada caj tahunan, kadar pertukaran mata wang yang kompetitif, dan fungsi analytics untuk pantau perbelanjaan bulanan anda.
Ya, BigPay boleh digunakan di mana-mana kedai yang menerima Mastercard di seluruh dunia. Kadar pertukaran mata wang yang ditawarkan juga sangat kompetitif berbanding kad bank biasa.
Nak mula melabur dalam saham syarikat seperti AirAsia? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan lengkap dari asas. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham untuk langkah pertama anda.