Cara Guna Chart Pattern Dalam Analisis

Loading...

Kalau tuan-tuan dan puan-puan masih ingat lagi dalam artikel sebelum ini saya ada terangkan mengenai cara guna candlestick analisis.
Kali ini saya nak terangkan pula cara guna chart pattern analisis.
Korang kira beruntung apabila dapat membaca artikel kali ini kerana dalam kelas supertrader pun kami tidak sentuh secara details mengenai perkara ini .
Kali ini Tuan Maher iaitu remisier Mplus dan pengasas Mahersaham bermurah hati untuk berkongsi secara mendalam mengenai tajuk hari ini.

Chart pattern adalah pattern yang terbentuk dalam chart apabila dilukis.
Ia digunakan untuk traders tahu ke mana harga saham akan pergi.
Sama ada harga saham akan naik atau turun.
Selain itu, ia membantu kita untuk membuat planing dalam trading plan.
Terdapat beberapa chart antaranya:
Artikel kali ini akan berfokus kepada traditional chart pattern.
Perkara yang penting untuk kita ketahui adalah bilakah pattern akan complete?
Hahh bila tu?
Chart pattern akan complete apabila berlaku breakout.
Pattern akan pecah sama ada pecah kat atas atau pecah kat bawah.
Jadi apa kaitan dengan kawalan risiko?
Kawalan risiko adalah betul-betul di penghujung chart pattern ketika breakout.
Apabila kita dah tahu chart pattern apa yang terbentuk maka kita dah boleh tentukan entry price (EP), target price (TP) dan cut loss (CL) kita di mana.
Sangat mudah diingati kerana nama chart tersebut memang kena dengan bentuk atau pattern yang terhasil.
Antaranya:


Jika korang hanya gunakan indicator semata-mata tak kisahlah guna Relative Strength Index, MACD ataupun yang lain maka korang tak dapat tahu dan tak boleh nampak sejauh mana harga saham boleh turun atau naik.
Sebabnya indicator adalah lagging.
Lagging bermakna analisis berdasarkan pergerakaan harga saham yang sudah berlaku. Daripada situ, ter’generate’ sesebuah indicator.
Berbeza dengan chart pattern, ia boleh jadi forecasting method (ramalan).
Dalam forecasting selain daripada chart pattern ada juga cara lain iaitu menggunakan Fibonacci, Elliott wave, volume price analisis dan banyak lagi.

Berdasarkan gambar rajah di atas, bermula dengan sepanjang point A adalah sideway kemudian pada point B telah berlaku breakout.
Seterusnya pullback berlaku pada point C dan kemudian harga saham menaik semula.
Sebelum korang nak beli saham, kenal pasti kat mana point A,B dan C.
Korang tau tak kat mana potensi point kita patut beli ?

Kat point berwarna merah itulah potensi traders akan beli.
Senang cerita pattern A,B dan C adalah pattern yang standard untuk kita ketahui.
Kebiasaannya reversal pattern berada di penghujung trend.
Kalau sebelum ini uptrend dan apabila nampak pattern reversal, lepas tu dah complete kemudian breakout dan ke bawah.
Maka pattern akan berubah kepada downtrend.

Begitu jugalah apabila tengah downtrend dan nampak pattern reversal, lepas tu dah complete kemudian breakout dan ke atas.
Maka pattern akan berubah kepada uptrend.
Kalau pattern sebelum ini downtrend kemudian berlaku breakout maka trend akan terus ke bawah dan meneruskan downtrend.

Sebaliknya apabila pattern sebelum ini uptrend kemudian berlaku breakout maka trend akan ke atas dan meneruskan uptrend.
Pattern yang tak tentu, boleh jadi ke atas (uptrend) dan boleh jadi ke bawah (downtrend).

Kalau korang perasan dalam gambar rajah untuk setiap jenis pattern ada tertera rujukan untuk korang letakkan target (target price), entry (entry price) dan stop (cut loss).
Harapnya korang faham dan sekiranya korang ada sebarang persoalan, jangan malu untuk bertanya dengan team Mahersaham.
Chart pattern ialah corak atau formasi harga yang terbentuk pada carta saham yang digunakan pelabur untuk meramalkan pergerakan harga seterusnya. Ia penting kerana chart pattern membantu pelabur mengenal pasti peluang entry dan exit yang optimum berdasarkan sejarah pergerakan harga yang berulang.
Reversal pattern menunjukkan perubahan arah trend semasa, contohnya dari uptrend kepada downtrend atau sebaliknya. Manakala continuation pattern menunjukkan trend semasa akan berterusan selepas tempoh pengukuhan (consolidation). Memahami perbezaan ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih tepat.
Setiap chart pattern mempunyai panduan tersendiri untuk target price dan cut loss. Secara umum, target price dikira berdasarkan ketinggian pattern yang ditambah atau ditolak dari titik breakout. Cut loss pula diletakkan di bawah paras sokongan (support) pattern untuk mengurangkan risiko kerugian.
Ya, chart pattern lebih berkesan apabila digabungkan dengan indikator teknikal lain seperti candlestick pattern, volume, dan moving average. Gabungan ini memberikan pengesahan (confirmation) yang lebih kuat sebelum membuat keputusan jual beli saham di Bursa Malaysia.
Mulakan perjalanan pelaburan anda dengan membuka akaun CDS melalui Mahersaham untuk akses ke kelas khas pelabur.
Dapatkan ebook asas saham percuma kami untuk belajar asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: