Cara Guna Indicator Money Flow Index di Tradingview

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai!!
Apa khabar semua?
Bagaimana prestasi korang dalam dunia saham sehingga hari ini?
Harapnya semakin banyak ilmu saham yang korang telah pelajari baik dengan Mahersaham mahupun dengan institusi lain.
Hari ini kita akan belajar mengenai indicator.
Satu indikator yang lebih kurang dengan Indicator Oscillator Stochastic & RSI Di Tradingview.
Beza indicator ini dengan RSI adalah adalah pengiraan sahaja.
Indicator apa tu?
Macam yang korang baca kat tajuk artikel ni, Indicator Money Flow Index.
Jom kita belajar.
Merupakan satu indicator yang digunakan untuk menentukan momentum.
Bagaimana nak tentukan momentum ni?
Sudah tentu melalui pengiraan.
Pengiraan tersebut di ambil melalui harga saham (price) dan juga volume.
Price dan volume merupakan peranan yang penting dalam indicator ini.
Seperti yang saya jelaskan di atas, money flow index dan RSI indicator yang lebih kurang sama maka kegunaannya pun sama seperti RSI.
Nak guna untuk apa tu?
Macam biasa, log in dalam tradingview.
Setelah log in, klik bahagian carta (chart).
Lepas tu akan keluar paparan di bawah.

Seperti gambar di atas korang boleh ikut step yang di nyatakan.
Lepas tu tradingview korang jadi macam ni.

Macam mana nak baca chart ni?
Kat atas tadi saya ada nyatakan bahawa indicator ini adalah untuk tahu overbought dan oversold.
Apa itu oversold dan overbought?
Oversold = Berlaku banyak penjualan menyebabkan harga menjadi terlalu murah (underprice).
Overbought = Berlaku banyak pembelian menyebabkan harga jadi terlalu tinggi (overprice).
Macam mana nak tahu bila overbought atau oversold?
Korang boleh rujuk gambar rajah di bawah.

Overbought adalah apabila angka di atas paras 80.
Manakala oversold adalah apabila angka di bawah paras 40.
Pentingkah nak tahu bila oversold atau overbought?
Of course penting!
Korang rasa kenapa?
Kerana kedua term tadi merupakan signal buy dan juga signal sell.
Bolehkah kita terus jual apabila sudah ada sell signal?
atau terus beli apabila ada buy signal?
Macam biasa,pastikan korang sudah ada trading plan sebelum membuat sebarang keputusan untuk beli dan jual saham.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
Money Flow Index (MFI) adalah indicator teknikal yang mengukur tekanan belian dan jualan dengan mengambil kira harga dan volume. Ia juga dikenali sebagai RSI berwajaran volume kerana menggabungkan elemen harga dan volume dagangan.
Apabila MFI melebihi paras 80, ia menunjukkan keadaan overbought. Apabila MFI berada di bawah paras 20, ia menunjukkan keadaan oversold. Kedua-dua keadaan ini boleh menandakan potensi reversal harga.
Tidak digalakkan. MFI sebaiknya digunakan bersama indicator lain dan pastikan anda mempunyai trading plan, mengetahui support dan resistance, serta mempunyai risk reward ratio yang jelas.
Buka TradingView, klik butang Indicators, cari "Money Flow Index" dalam kotak carian, dan klik untuk menambahnya pada carta anda. MFI akan dipaparkan di bahagian bawah carta harga.
Jika anda serius ingin mula melabur dalam saham, langkah pertama ialah buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini. Anda juga boleh muat turun ebook saham percuma untuk memahami asas pelaburan saham dari awal.