Cara Guna KLSE Screener

Apa itu KLSE Screener
KLSE Screener adalah suatu screener saham untuk membantu pelabur mencari saham yang berkualiti di Bursa Malaysia, sama ada dari sudut Fundamnetal atau Teknikal Analisis.
Screener ini boleh digunakan terus melalui website https://www.klsescreener.com/ atau boleh juga download di Playstore / Apple Store di smartphone anda.
Sebagai contoh, jika anda ke website KLSE Screener terdapat banyak features Screener yang tersedia seperti Screener Stock, Warrant, Corporate Entitlement, Stock Quarter Reports, New dan banyak lagi.

Yang menariknya kesemua Screener ini anda dapat gunakan secara Percuma sahaja. Jadi dalam artikel ini akan tunjukkan beberapa strategi anda boleh guna sebagai idea kajian saham anda.
Teknik Magic Formula Investing – Guna KLSE Screener
Antara salah satu kajian saham yang anda boleh lakukan adalah menggunakan Teknik Magic Formula Investing. Teknik ini menggunakan nilai PE dan ROE.
Sebelum itu anda perlu tahu 2 perkara ini:
- Semakin rendah nilai PE sesebuah syarikat semakin baik untuk kita sebagai pelabur.
PE Ratio menunjukkan berapa nilai yang pelabur sanggup bayar untuk memperoleh pendapatan dalam syarikat tersebut.
PE Ratio yang baik apabila PE kurang dari 15. Formula untuk kira PE Ratio adalah:
P/E Ratio = Price per Share/Earning Per Share
Semakin rendah nilai PE bermakna pelabur dapat memiliki saham tersebut pada harga yang lebih murah dan berbaloi (undervalue).
- Semakin tinggi nilai ROE sesebuah syarikat semakin bagus kepada pelabur.
Return On Equity, ROE digunakan untuk pelabur kenal pasti tahap pulangan yang bakal diperoleh dalam syarikat tersebut.
Formula untuk kira ROE adalah:
Return on Equity = (Net Income/Shareholder’s Equity) x 100%
Pertama: Pergi ke https://www.klsescreener.com/
Kedua: Masukkan nilai PE Max = 15
Ketiga: Masukkan nilai ROE Min = 10
Keempat: Tandakan pada kotak Shariah Compliant untuk mendapatkan kesemua senarai yang patuh Syariah sahaja. Klik Screen.

Inilah senarai saham yang menepati PE < 15 dan ROE > 10
Untuk mudahkan analisis anda boleh copy paste ke excel untuk lebih mudah membuat kajian selanjutnya.

Kelima: Susun nilai PE dari TERENDAH ke nilai TERTINGGI dan berikan markah.

Keenam: Susun nilai ROE dari TERTINGGI ke nilai TERENDAH dan berikan markah.

Ketujuh: Campurkan markah PE + ROE
Kelapan: Pilih top 10 saham dengan markah terendah. Lebih rendah jumlah mereka lebih bagus dan sesuai untuk diperhatikan.

Kesimpulan
KLSE Screener adalah alat yang sangat berguna untuk pelabur mencari saham berkualiti di Bursa Malaysia. Dengan pelbagai features termasuk PE, ROE, dan screening tools, ia sesuai untuk pelabur pemula mahupun berpengalaman.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu KLSE Screener?
KLSE Screener adalah platform dalam talian yang membantu pelabur mencari dan menapis saham di Bursa Malaysia berdasarkan kriteria fundamental dan teknikal seperti PE ratio, ROE, revenue growth, dan banyak lagi.
2. Adakah KLSE Screener percuma untuk digunakan?
KLSE Screener menyediakan versi percuma dengan data yang mempunyai kelewatan (delayed). Untuk data masa sebenar (real-time), anda perlu melanggan pelan berbayar bermula dari RM50 setahun.
3. Bagaimana cara menggunakan PE dan ROE di KLSE Screener untuk cari saham bagus?
Susun nilai PE dari terendah ke tertinggi dan nilai ROE dari tertinggi ke terendah. Berikan markah kepada setiap saham, campurkan markah PE + ROE, dan pilih saham dengan jumlah markah terendah.
4. Apakah features utama yang ada di KLSE Screener?
Antara features utama termasuk stock screener, portfolio tracker, market overview, dividend tracker, IPO calendar, dan real-time data untuk pelanggan berbayar.
Mulakan Langkah Pelaburan Anda
Sekarang anda sudah tahu cara guna KLSE Screener, tiba masanya untuk mula melabur. Sediakan akaun CDS anda dan mula membuat analisa.
Buka Akaun CDS: Buka akaun CDS Mplus hari ini dan mula berdagang saham di Bursa Malaysia.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook asas saham percuma dari Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan.