Volume Analysis dan MACD

Loading...

Dalam posting facebook, saya ada sebut bahawa kita bukan tuhan, boleh ramal masa depan. Oleh sebab tu market selldown buat traders dilema sebab mereka tak boleh ramal masa depan pergerakan saham. Dalam situasi ini, penggunaan Volume Analysis dan MACD dapat membantu.
Ya, masa depan kerja tuhan, tapi manusia diberikan petunjuk untuk berfikir. Perkara yang berlaku di sekeliling, Kalau tragedi yang zahir daripada sekeliling tu buruk, maka itu adalah negative catalyst untuk traders.
Contoh konflik Gaza-Israel, ekonomi US merosot dan sebagainya adalah petunjuk yang buruk. Traders buat keputusan setelah consider semua petunjuk yang ada. Traders mungkin risau dan takut dengan konflik menyebabkan mereka jual saham-saham yang ada.
Kalau pre-event, kita nampak ada ombak besar sebagai negative catalyst datang. Post-event, ialah ripple effect kesan ombak besar tadi.
Ripple effect market selldown yang berlaku terhadap ekonomi mungkin akan berkurang sekiranya traders buat keputusan yang rasional. Persoalannya, adakah keputusan tersebut rasional atau berdasarkan emosi semata-mata?
Mula-mula traders goyang, panick selling, terus nak cepat-cepat exit pasaran saham. Kemudian, pasaran kewangan, instrumen bon, matawang jadi tak stabil bila panick selling tu dah merebak.
Bila traders rugi, kuasa belanja berkurang, traders akan fikir dua tiga kali patut ke invest dalam saham syarikat lain sebab modal atau cashflow mereka negatif. Jadi, mereka terpaksa tangguh niat untuk trade sebab dah hilang modal, rugi dalam pasaran saham.
Perkara yang sama berlaku kepada syarikat yang tersenarai di bursa. Kalau harga saham drop terlalu lama mereka mungkin terpaksa postpone strategi untuk scale up perniagaan, mungkin cut off perbelanjaan, atau mungkin kena downsize, kurangkan pekerja dan sebagainya.
Selain itu, sentimen dan persepsi pasaran pun bertambah buruk. Bila market selldown, traders teragak agak nak hold ke nak cut loss. Tengok merah menyala, kalau jual sekarang, nanti naik balik, menyesal.
Ini berlaku sebab arah pergerakan saham tak boleh diramal.
Analisa teknikal bukan untuk ramal kejatuhan nilai saham. Sebaliknya, ia digunakan untuk menentukan entry price yang sesuai untuk membeli saham, pada harga rendah, buy on dip, atau beli pada harga tinggi, buy on breakout.
Market movement sebelum nak beli saham boleh dikenalpasti dengan indikator-indikator tertentu dan plan untuk cut loss kaunter yang rugi sekiranya nilai saham yang kita beli jatuh pada paras support seperti yang kita anggarkan pada awal pembelian.
Sewaktu saya nak beli saham, ada beberapa teknik yang saya guna untuk tahu arah pergerakan saham. Antaranya, saya guna teknik volume analysis untuk lihat jumlah belian dan jualan saham berdasarkan chart. Ini antara teknik yang biasa saya ajarkan kepada klien-klien saya.
Boleh klik /blogs/apa-itu-volume untuk tahu apa itu volume.
Kalau ada tanda-tanda awal jumlah jualan melebihi jumlah belian, saya mungkin akan biarkan dulu beberapa ketika untuk lihat kesinambungan candle samada akan berlaku kenaikan atau penurunan.
Kalau fasa distribution tu seolah olah menghampiri fasa penghujung distribution, dan terdapat tanda-tanda yang saham itu ada momentum kenaikan, baru enter dan beli. Manakala, kalau saya nak tahu price momentum, saya akan guna “Momentum Average Convergence Divergence”. Teknik ini berbeza dengan teknik volume analysis tadi.
Secara ringkasnya, teknik MACD digunakan untuk menunjukkan isyarat waktu yang terbaik untuk beli sesuatu kaunter saham.
Dalam teknik ni, ada dua jenis garisan, satu garisan MACD, dan satu lagi garisan penunjuk atau “signal line”, Kalau saya decide nak beli saham, selalunya saya akan tengok dekat mana garisan MACD bertemu atau bertindih dengan garisan signal yang menghala ke atas.
Timeframe yang saya guna masa buat analisa selalunya 1-day. Dari situ kita lihat past candle dan gunakan teknik-teknik bacaan chart yang sesuai seperti elliot wave dan sebagainya untuk tingkatkan keyakinan saya tentang arah pergerakan harga kaunter saham.
Sebelum tengok chart, saya kena tahu apa pandangan pakar-pakar ekonomi tentang sentimen ekonomi semasa supaya saya boleh dapat sedikit sebanyak gambaran tentang halatuju pasaran.
Pesan saya kepada traders, teruskan kajian dan analisa saham secara konsisten sebab analisa sehari dua ni belum cukup untuk mengesahkan arah pergerakan saham. lagi-lagi lepas market shock, dan panick selling.
News yang mengatakan market selldown ni hanyalah sementara pun dah keluar dua hari selepas berlakunya kejatuhan saham. Jadi, traders tak boleh berhenti monitor chart dan semak berita yang berkaitan supaya boleh kurangkan risiko kerugian bila tahu serba sedikit mengenai negative catalyst dalam pasaran atau isu-isu semasa.
Lepas dah tahu punca, cari pula hubungkait dengan kaunter-kaunter saham yang ada potensi untuk terpengaruh dengan situasi semasa. Kemudian, baru decide nak jual atau nak hold kaunter tersebut.
Analisa berita-berita terkini setiap hari dah jadi salah satu rutin untuk jadi seorang trader yang berjaya. Nak buat keputusan, hold atau cut loss mana-mana kaunter pun mudah.
Kadang-kadang bila dah terjadi kejutan pasaran macam ni, nak kaji semua pun tak sempat disebabkan kekangan masa, dan sebagainya.
Masa untuk analisa saham akan jadi lebih singkat jika dilakukan secara berjemaah. Sebab tu saya selalu buat live petang untuk klien supaya mereka dapat idea atau insight baru tentang kaunter yang dianalisa. Di Mahersaham ada komuniti trader yang saling bertukar pandangan dan membantu untuk sama-sama berjaya.
Mahersaham Bot adalah alat screener automatik yang membantu trader menapis kaunter-kaunter saham berpotensi berdasarkan analisis volume dan indikator teknikal seperti MACD. Ia menjimatkan masa kajian dan analisa.
Volume analysis membantu trader memahami kekuatan pergerakan harga saham. Volume tinggi menunjukkan minat yang kuat dari pelabur dan boleh mengesahkan arah trend semasa.
MACD (Moving Average Convergence Divergence) digunakan untuk mengenal pasti momentum dan arah trend. Signal line crossover dan histogram MACD membantu trader menentukan masa sesuai untuk beli atau jual.
Ya, bot ini sesuai untuk semua tahap trader. Ia memudahkan proses screening kaunter tanpa perlu analisa manual satu persatu, sekaligus membantu trader baru membuat keputusan yang lebih berinformasi.
Gunakan teknologi untuk memudahkan proses analisa saham anda. Mulakan langkah pertama dengan membuka akaun CDS.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.