Cara Jual Saham Di Mplus

Loading...

Apabila sudah membeli saham, anda sudah pasti ingin melepaskan pegangan saham yang anda miliki selepas sampai masanya. Jadi didalam artikel kali ini saya akan tunjukkan cara jual saham di MPlus.
Cara jual saham di platform Mplus mungkin sama dengan platform lain diluar sana. Cuma mungkin akan ada sedikit perbezaan dari segi interface platform sahaja.
Anda akan menjual saham apabila tiba masa untuk take profit atau cut loss mengikut trading plan yang telah dibuat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang trading plan, anda boleh baca artikel “Trading Plan : 3 Perkara Wajib Tahu”
Untuk peringatan, artikel ini ditulis untuk tujuan pembelajaran sahaja. Tiada sebarang buycall. Sebarang keputusan membeli dan menjual saham adalah atas penilaian risiko oleh anda sendiri.

3. Klik butang sell (berwarna merah)

4. Masukkan kuantiti saham
5. Masukkan harga yang anda ingin jual (bergantung kepada kajian anda untuk TP atau CL)
6. Pilih Validity sama ada day atau GTD. Jika anda memilih GTD, set tarikh semaksima mungkin. (order ini akan kekal sehingga tarikh yang ditetapkan selagi tidak dapat jual saham pada harga tersebut)
7. Pilih Send Now (untuk paparan website) atau Order Preview (untuk paparan mobile)
8. Masukkan trading pin dan pilih Confirm

Jualan saham akan berlaku apabila ada pembeli yang membeli saham tersebut pada harga yang anda jual.
Tips & nasihat ringkas daripada saya :
Nak beli atau jual saham perlukan juga pengetahuan tentang analisa teknikal dan fundamental. Untuk pembacaan lanjut anda baca artikel-artikel yang ada disini.
Anda juga boleh dapatkan ilmu ini di dalam Kelas Platform dan Tradingview yang saya berikan PERCUMA kepada semua client CDS saya.
Dapatkan link Kelas Platform dan Tradingview di Mahersaham Support Bot
Untuk menjual saham di Mplus, buka platform trading, pilih saham yang ingin dijual dari Portfolio, masukkan kuantiti dan harga jualan, kemudian klik butang Sell untuk menghantar order.
Masa terbaik untuk menjual saham adalah apabila harga mencapai sasaran take profit yang telah ditetapkan, atau apabila harga jatuh melebihi paras cut loss. Elakkan menjual secara panik tanpa analisis yang tepat.
Jika ada pembeli yang sepadan (matched order), jualan saham akan diproses serta-merta. Wang hasil jualan akan masuk ke Trust Account dalam tempoh T+2 (dua hari bekerja selepas transaksi).
Market Order menjual saham pada harga pasaran semasa, manakala Limit Order membenarkan anda menetapkan harga minimum yang anda inginkan. Limit Order memberi lebih kawalan tetapi mungkin mengambil masa lebih lama untuk dipadankan.
Nak mula jual beli saham dengan lebih yakin? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan akses ke kelas trading eksklusif. Muat turun juga ebook percuma pelaburan saham untuk kuasai asas pelaburan.