Cara Melukis Channel & Strategi Menggunakannya

Loading...

Assalamualaikum dan Hai. Moga anda dalam keadaan sihat dan baik sahaja. Artikel kali nie kita akan sambung belajar di tradingview mengenai cara melukis channel dan strategi menggunakannya.
Anda belum belajar mengenai indicator bollinger band di tradingview? Jom klik di sini untuk anda belajar mengenai indicator nie.
Dah bersedia?
Jom sediakan buku nota dan pen untuk belajar.
Anda boleh buka tradingview anda.
Apa itu channel?
Channel ini adalah basically yang kita gunakan trendline dalam tradingview
Dengan menggunakan trendline kita boleh lukis line dan tinggal sambungkan sahaja line bottom dengan bottom
Dimana apabila kita nampak harga saham tu melantun jadi kita boleh jadikan dia trendline
Jika trendline tu menghala ke atas maksudnya dia tengah uptrend, manakala kalau menghala ke bawah dia tengah downtrend

Cuba tengok gambar di atas, saya dah plotkan line untuk peak dengan peak dan bottom dengan bottom
Channel nie ada 2 line, atas dan bawah
Anda boleh cuba melukis
Kalau dekat tradingview anda boleh gunakan trendline ni untuk lukiskan satu line lagi di bahagian atas yang dipanggil sebagai upper channel.

Sila lihat gambar yang diberikan. Saya dah letakkan di mana upper channel dan lower channel.
Upper Channel = Resistance
Lower Channel = Suppport
Untuk upper channel ia adalah resistance kita, jadi bila harga mencecah paras resistance maka ia akan memantul ke bawah balik.
Dan lower channel sebagai support.

Berdasarkan gambar di atas, korang boleh lihat harga dah test di line upper channel dan lower channel seperti yang saya bulatkan.
Untuk menjadikan channel nie berhasil dia kena test sekurang-kurangnya 2 point tetapi paling elok adalah 3.
Sebab kita perlukan 2 point untuk membuat channel
Kalau dah ada 3 point nie maksudnya channel kita kuat dan kukuh
Okey yang tadi kita gunakan trendline. Yang kedua ni pula anda boleh melukis channel dengan gunakan parallel channel.
Tak perlu nak lukis dua line.

Dengan menggunakan parallel channel nie anda boleh melukis dua line macam yang kita guna trendline tadi. Ia akan automatik selari.
Jadi kita boleh tengok berapa point yang harga saham tu dah test
Kalau 3 point jadi anda punya channel tu valid lah.
Tak mengapa kalau terkeluar sikit dari lukisan channel tu takda masalah sebab ia boleh jadi oversold atau overbought condition
Dah siap!
Kesimpulannya senang saja nak melukis channel. Cuma mata anda kena tajam dan cekap untuk melihat harga dah cecah atau belum dekat upper channel dan lower channel
Sebab apa yang berlaku dekat channel ni adalah ia menceritakan dekat situ lah akan berlaku perlawanan antara buyer dan seller yang paling kuat.
Dimana jika seller kuat maka harga akan melantun ke bawah dan kalau buyer kuat maka harga akan melantun ke atas.
Dan kebiasaannya dekat channel-channel ni la akan berlaku satu decision yang anda patut buat sama ada nak beli atau nak jual harga saham tersebut.
Kalau nak beli saham beli la yang dekat/hampir dengan support, jangan jauh dari support dan jual lah bila harga dekat dengan resistance. Itulah strateginya.
Jangan risau! Jom lihat video di bawah untuk anda lebih faham lagi
Channel ialah corak carta yang terbentuk apabila harga saham bergerak di antara dua garisan selari iaitu garisan support di bawah dan garisan resistance di atas. Ia membantu trader mengenal pasti arah trend.
Pilih alat Parallel Channel di TradingView, kemudian lukis garisan trend pertama dengan menghubungkan sekurang-kurangnya dua titik swing low atau swing high. Garisan kedua akan terbentuk secara selari secara automatik.
Strategi asas ialah membeli apabila harga menyentuh garisan support channel dan menjual apabila harga mendekati garisan resistance channel. Breakout dari channel pula boleh menjadi signal perubahan trend.
Ya, channel boleh digunakan untuk mana-mana kaunter saham di Bursa Malaysia mahupun pasaran antarabangsa. Ia berkesan untuk saham yang mempunyai trend jelas sama ada uptrend, downtrend atau sideways.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap!