Cara Memohon IPO Melalui Maybank

By Siti Afizah Rincing
Cara Memohon IPO Melalui Maybank
A

Apa itu IPO

Initial Public Offering (IPO) merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia atau lebih dikenali dengan PRIMARY MARKET.

IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan Public Bank.

Duit akan ditolak terus dari akaun simpanan anda.

Jadi, panduan kali ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan Maybank2u.

Bagi pengguna CIMB bank boleh rujuk panduan di sini.

Memohon IPO Melalui Maybank

Pertama:

Layari laman web https://www.maybank2u.com.my

Kredit gambar: Google

Kedua:

Login menggunakan id dan password anda, kemudian pergi Investment dan cari eShare. Klik eShare dan akan keluar seperti di bawah ini

Kredit Gambar: maybank

Ketiga :

Tekan tanda pada nama IPO yang anda nak beli dan kemudian klik apply.

Setelah klik Apply, akan keluar paparan seperti di bawah ini, tick pada agreement dan tekan Accept.

Anda boleh juga view proprektus yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Keempat:

Setelah anda klik Accept, paparan seperti di bawah akan keluar.

Anda boleh lihat dalam paparan beberapa infomasi seperti tarikh tutup permohonan IPO bagi syarikat tersebut, harga bagi seunit saham dan jumlah minimum untuk memohon IPO.

Pilih race anda dan masukkan jumlah unit saham yang anda ingin pohon dan nombor akaun CDS anda. Kemudian tekan continue.

Pastikan anda ada akaun CDS, kalau tak, confirm tak dapat untuk memohon IPO.

Kelima:

Double triple check details yang anda masukkan tadi dan klik confirm

Duit akan ditolak terlebih dahulu mengikut unit yang kita pohon. Keputusan dapat tahu pada balloting date ataupun listing date. Jika tidak berjaya pihak bank akan refund kembali ke akaun bank kita 3-7 hari bekerja.

Caj Untuk Memohon IPO

Perlu diingat, terdapat caj yang dikenakan ketika memohon IPO melalui online banking. Berikut disertakan jadual caj yang berbeza mengikut bank :

NoBankFee*Remarks
1Affin Bank BerhadFreeAccount Holders Only
2CIMB Bank BerhadRM2.00CIMB CDS Account Holders
RM2.50Other CDS Account Holders
3CIMB Investment Bank BerhadRM2.00Payment via CIMB/MBB
4Malayan Banking BerhadRM1.00
5Public Bank BerhadRM2.00
6RHB Bank BerhadRM2.50
*Fees may be subject to GST

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Soalan Lazim (FAQ)

Bolehkah saya mohon IPO melalui Maybank2U?

Ya, anda boleh memohon IPO terus melalui platform Maybank2U. Pastikan akaun CDS anda sudah didaftarkan dan dipautkan dengan akaun Maybank. Pergi ke bahagian 'Share/Unit Trust' dalam Maybank2U untuk membuat permohonan.

Berapa minimum pelaburan untuk mohon IPO?

Minimum permohonan IPO biasanya 100 unit (1 lot). Jumlah bayaran bergantung kepada harga IPO yang ditetapkan. Contohnya, jika harga IPO RM0.50 per unit, minimum pelaburan ialah RM50 untuk 1 lot (100 unit).

Apa akan berlaku jika permohonan IPO saya tidak berjaya?

Jika permohonan anda tidak berjaya melalui proses balloting, wang yang telah didebitkan dari akaun bank anda akan dikembalikan (refund) dalam tempoh beberapa hari bekerja selepas pengumuman keputusan balloting.

Adakah saya perlu ada akaun CDS untuk mohon IPO?

Ya, akaun CDS (Central Depository System) adalah wajib untuk memohon IPO. Akaun CDS menyimpan rekod pemilikan saham anda secara digital. Anda perlu membuka akaun CDS melalui mana-mana broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.


Untuk memohon IPO, anda perlu mempunyai akaun CDS terlebih dahulu — buka akaun CDS anda di sini supaya anda bersedia apabila IPO seterusnya dibuka.

Masih baru dalam pelaburan saham? Dapatkan ebook asas saham percuma untuk belajar dari asas sebelum mula melabur.

Bacaan lanjut: