Cara Memohon IPO melalui Online Banking PUBLIC BANK 

By Lukman Hakim
Cara Memohon IPO melalui Online Banking PUBLIC BANK 
A

Apa itu IPO

Initial Public Offering merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia atau lebih dikenali dengan PRIMARY MARKET.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel Apa itu IPO atau saham terbitan awam.

IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u , CIMB Clicks dan lain-lain lagi.

Duit tolak terus dari akaun simpanan anda.

Cara Memohon IPO melalui Online Banking PUBLIC BANK

Panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan Public Bank.

  1.  Layari laman web PBEBANK dan login  -https://www.pbebank.com/ . Kemudian klik investment 
    public bank
  2. Klik eIPO
    public bank
  3. Klik Apply IPO
    public bank
  4.  Akan terpapar IPO terbaru disitu. Klik sahaja nama IPO tersebut
  5.  Klik Accept sahaja 
  6. Jika anda tidak pernah letak lagi CDS ACC anda di PUBLIC BANK, hanya klik here berwarna biru itu
    public bank
  7.  Isi CDS ACC NO anda dan nama penuh anda seperti di dalam IC
    public bank
  8. Untuk dapatkan no acc cds anda, layari sahaja website mplus iaitu  Malacca Securities Sdn Bhd (mplusonline.com.my) dan klik bahagian profile . Akan ada no acc cds anda
    public bank
  9. Dah isi anda akan terima TAC. Check sms dan masukkan
  10. Dah berjaya linkkan cds anda dengan public bank. Baru boleh mohon IPO
  11. Pergi balik ke APPLY IPO dan klik nama IPO tersebut
  12.   Klik Accept
  13.  Kemudian isi berapa lot anda ingin pohon serta masukkan bangsa anda. Ingat 1 lot = 100 unit. Harga dalam bentuk unit.
  14. Kemudian check  permohonan anda dan klik confirm.

Duit akan ditolak terlebih dahulu mengikut unit yang kita pohon. Keputusan dapat tahu pada balloting date ataupun listing date. Jika tidak berjaya pihak bank akan refund kembali ke acc bank kita 3-7 hari bekerja.

Caj Untuk Memohon IPO

Perlu diingat, terdapat caj yang dikenakan ketika memohon IPO melalui online banking. Berikut disertakan jadual caj yang berbeza mengikut bank :

NoBankFee*Remarks
1Affin Bank BerhadFreeAccount Holders Only
2CIMB Bank BerhadRM2.00CIMB CDS Account Holders
RM2.50Other CDS Account Holders
3CIMB Investment Bank BerhadRM2.00Payment via CIMB/MBB
4Malayan Banking BerhadRM1.00
5Public Bank BerhadRM2.00
6RHB Bank BerhadRM2.50
*Fees may be subject to GST

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bagaimana cara memohon IPO melalui online banking Public Bank?

Log masuk ke PBe Online Banking, pilih menu Investment, kemudian pilih IPO Application. Masukkan butiran seperti nombor akaun CDS, jumlah unit yang dimohon dan sahkan permohonan anda.

2. Berapakah caj permohonan IPO melalui Public Bank?

Caj permohonan IPO melalui Public Bank Online Banking ialah RM2.00 setiap permohonan. Caj ini mungkin tertakluk kepada GST.

3. Bilakah tarikh tutup permohonan IPO biasanya?

Tarikh tutup permohonan IPO berbeza mengikut setiap tawaran. Anda boleh semak tarikh tutup di laman web Bursa Malaysia atau dalam prospektus IPO tersebut. Pastikan memohon sebelum tarikh tutup.

4. Bolehkah saya memohon IPO melalui lebih dari satu bank?

Tidak, setiap pemohon hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja untuk setiap IPO. Permohonan berganda akan menyebabkan semua permohonan anda ditolak secara automatik.


Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap!

Bacaan Lanjut: