Cara Nak Tahu Breakout Yang Berjaya

Loading...

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi breakout agar ia berjaya. Sebelum itu, mari kita kenali apa itu breakout?
Breakout adalah apabila sesuatu harga saham itu pecah paras Resistence.
Apabila breakout berlaku, harga cenderung untuk naik sangat laju dan mencipta paras Resistence yang baru.
Jadi tipsnya, salah satu cara trader ‘Take Profit’ adalah apabila berlakunya Breakout ini.
Tetapi ada breakout yang berjaya dan breakout yang tidak berjaya. Jadi macam mana nak tahu sesuatu breakout itu berjaya?
Cara untuk tahu bila mana terjadinya Breakout yang berjaya adalah:

Apa yang anda wajib tahu berkaitan volume ini adalah cara baca volume.
Untuk tahu bila mana adanya volume pembelian yang besar adalah dengan melihat pada bar hijau seperti dalam rajah.
Berdasarkan rajah ini menunjukkan kenaikan volume hijau yang bermaksud terdapat banyak pembelian yang masuk pada masa tersebut.
Maka harga juga akan cenderung untuk naik. Manakala bar merah bermaksud kemasukan seller/pelabur yang nak menjual.
Jadi untuk mengesan volume pembelian lihat pada bar warna hijau .
Untuk tambahan maklumat berkaitan volume ini, anda perlu tahu kaitan antara pergerakan harga dengan volume.

Candlestick Morubozu Bullish menunjukkan signal yang baik untuk kita perhatikan.
Definisi Candlestick adalah harga berpotensi untuk naik lebih tinggi pada esoknya.
Maksud disebalik pembentukan Candlestick Morubozu ini adalah harga saham ditutup lebih tinggi dari harga buka dimana ianya menunjukkan ramai buyer sedang berkumpul atau beratur pada harga close.
Jadi itu sebabnya harga berpotensi naik dengan sangat laju disebabkan oleh pembelian yang berlaku ini.

Gap Up adalah harga Open lagi tinggi dari harga Close semalamnya.
Ianya terjadi disebabkan berlakunya permintaan yang tinggi dari hari sebelumnya oleh buyer.
Apabila permintaan yang tinggi datang dari pembeli (buyer), maka Gap Up akan berlaku.
Manakala jika banyak aktiviti penjualan (seller), maka Gap Down akan berlaku.
Gap Up dan Gap Down ini merupakan salah satu signal akan berlakunya perubahan Trend.
Secara mudahnya Gap up – trend berubah kepada Uptrend. Dan Gap down – trend berubah kepada downtrend.
Secara kesimpulannya, dalam saham ada banyak teknik-teknik yang boleh kita buat kajian.
Dan semua teknik ini boleh di praktikkan dan kaji mana yang betul-betul sesuai dengan diri anda.
Maksudnya, dengan kajian barulah anda tahu kenapa sesuatu saham itu dipilih dan tahu trading plan yang betul.
Anda juga boleh cuba buat kajian daripada 3 tanda-tanda breakout ini dengan membuat paper trade untuk dapatkan keyakinan sebelum mula melabur di Bursa.
Breakout berlaku apabila harga saham berjaya menembusi paras resistance dengan sokongan volume dagangan yang tinggi.
Antara tanda utama ialah peningkatan volume dagangan yang ketara, pembentukan gap up, dan harga mampu bertahan di atas paras resistance selepas breakout.
Breakout sebenar disokong oleh volume tinggi dan momentum kukuh, manakala fakeout berlaku apabila harga menembusi resistance tetapi gagal bertahan dan kembali jatuh.
Ya, dengan mengkaji chart pattern, volume, dan momentum, pelabur boleh mengenal pasti potensi breakout sebelum ia berlaku.
Menguasai teknik breakout adalah kunci untuk menjadi trader yang lebih berdisiplin — dan langkah pertama adalah memiliki akaun CDS untuk mula berdagang di Bursa Malaysia.
Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: