Cara Setup Saham Superstock

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.,Ramai pelabur baru ingin tahu cara setup saham Superstock di TradingView, tetapi masih keliru bagaimana indikator ini berfungsi. Sebenarnya, setup Superstock sangat mudah dan ia boleh membantu pelabur membuat keputusan lebih cepat dalam pasaran saham. Dalam artikel ini, kita akan lihat langkah-langkah penting, kelebihan, serta tips penggunaan indikator ini.
Teknik superstock ini berdasarkan buku How To Make Money In Stocks oleh William J O’Neil.Superstock ialah indikator teknikal yang direka untuk membantu pelabur mengenal pasti peluang beli dan jual saham. Ia memudahkan proses analisis dengan memberi signal visual terus di carta. Bagi pelabur runcit di Malaysia, Superstock sering digunakan bersama indikator lain seperti RSI dan EMA untuk meningkatkan ketepatan entry dan exit.
Korang boleh dapatkan buku ini di kedai buku yang berhampiran dengan kawasan masing-masing.
Dalam teknik superstok ini saya akan menerangkan beberapa perkara termasuklah;
Sebelum saya mula, ada beberapa perkara yang korang perlu tahu mengenai superstock ini.
2. Yang ingin cuba melabur dalam syarikat-syarikat yang kukuh FA dan digabungkan dengan TA
3. Potensi pulangan sebanyak 100-300% setahun
4. Tidak ada jaminan tidak akan rugi dalam 30%-50%.
Oleh itu saya berpesan kepada semua,jumlah kerugian 30%-50% adalah besar.
Namun begitu sekiranya kita ingin pulangan yang besar sebanyak 100%-300% maka tidak mungin risiko kecil.
Amat mustahil juga sekirannya risiko hanya dalam 3%-5% sahaja.
Justeru, risiko berkadaran dengan potensi keuntungan yang kita hendak perolehi.
Agar sukar sekali sekiranya kita menginginkan pulangan yang besar dengan risiko yang kecil.
Teknik Superstock ialah kaedah hybrid yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mengenal pasti saham berpotensi tinggi. Ia sesuai untuk pelabur mid term dan long term yang mencari pulangan 100-300% setahun.
Anda boleh setup Superstock di TradingView dengan mencari indikator tersebut di bahagian Indicators, kemudian tambahkannya pada carta saham pilihan anda. Ia akan memberi signal visual terus di carta untuk membantu keputusan entry dan exit.
Risiko kerugian teknik Superstock boleh mencecah 30-50% kerana ia mensasarkan pulangan yang besar. Risiko berkadaran dengan potensi keuntungan, jadi pelabur perlu bersedia dengan pengurusan risiko yang baik.
Ya, Superstock sering digunakan bersama indikator seperti RSI dan EMA untuk meningkatkan ketepatan signal. Gabungan ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih tepat dan mengurangkan false signal.
Berminat nak mula melabur saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda.
Baru nak belajar tentang saham? Dapatkan ebook asas saham percuma daripada Mahersaham sekarang!
Bacaan lanjut: