Cyclical Stock
Apa itu Cyclical Stock?
Cyclical Stock atau Saham Kitaran ialah suatu jenis saham yang mempunyai harga saham mudah terkesan mengikut kitaran ekonomi. Dalam kata lain, ia amat sensatif dengan tindak balas ekonomi dan sentiasa berhubungan positif dengan harga saham.
Jika keadaan ekonomi semakin baik, maka harga saham akan naik. Jika ekonomi jatuh, maka harga saham akan jatuh.
Kitaran Ekonomi
Ini merupakan kitaran asas bagi sesebuah ekonomi. Keadaan ini akan mempengaruhi dan menunjukkan hubungan secara positif dengan harga cyclical stock.

Apabila keadaan ekonomi berada dalam fasa perkembangan dan boom, harga cyclical stock akan naik dan dalam keadaan yang baik. Jika keadaa ekonomi berada dalam fasa kemelsetan maka harga cyclicsl stock akan jatuh dan berada dalam keadaan yang tidak baik.
Risiko Melabur dalam Cyclical Stock

Cyclical Stock mempunyai risiko. Hal ini dapat ditunjukkan sewaktu berlakunya kenaikan dan penurunan harga cyclical stock yang lebih laju berbanding Defensive Stock ketika ekonomi mengalami peningkatan atau meleset.
Selain itu, sekiranya harga Cyclical Stocks jatuh ia akan mengambil tempoh masa lama untuk kembali pulih dan naik. Kejatuhan harga Cyclical Stock ini akan memberi suatu tekanan kepada syarikat dan pelabur.
Seterusnya, syarikat tersebut mungkin akan mengalami masalah kewangan apabila harga Cyclical Stock jatuh dalam tempoh masa yang lama. Harga Cyclical Stock mempunyai analisis fundamental yang perlu untuk diambil kira dalam kajian saham.
Oleh itu, Cyclical Stock yang berisiko ini sering didagangkan lama tempoh masa midterm dan long term.
Kelebihan Cyclical Stock
Antara salah satu kelebihan Cyclical Stock ialah harga Cyclical Stock ini boleh untuk naik lagi laju berbanding Defensive Stock apabila ekonomi sedang meningkat maju.
Kesimpulan
Cyclical stock adalah jenis saham yang dipengaruhi oleh kitaran ekonomi. Ia boleh memberikan pulangan tinggi semasa ekonomi berkembang, namun berisiko ketika ekonomi meleset. Pelabur perlu bijak memilih masa untuk membeli dan menjual saham jenis ini.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu cyclical stock dan bagaimana ia berbeza dari saham biasa?
Cyclical stock adalah saham yang harganya sangat dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa. Berbeza dari saham biasa, harga cyclical stock naik apabila ekonomi berkembang dan jatuh apabila ekonomi meleset, mengikut kitaran ekonomi.
Apakah contoh sektor cyclical stock di Bursa Malaysia?
Contoh sektor cyclical stock di Malaysia termasuk sektor automotif (Perodua, DRB-Hicom), hartanah (SP Setia, IOI Properties), pelancongan, dan perbankan. Sektor ini sangat bergantung pada kuasa beli pengguna.
Bilakah masa terbaik untuk membeli cyclical stock?
Masa terbaik untuk membeli cyclical stock adalah semasa ekonomi mula pulih dari kemelesetan. Pada masa ini harga saham masih rendah dan berpotensi naik apabila ekonomi kembali berkembang. Pelabur perlu memantau penunjuk ekonomi untuk mengenal pasti masa yang sesuai.
Adakah cyclical stock sesuai untuk pelaburan jangka panjang?
Cyclical stock boleh digunakan untuk pelaburan jangka panjang tetapi memerlukan pemantauan yang lebih kerap. Pelabur perlu bersedia untuk turun naik harga yang besar dan sebaiknya digabungkan dengan defensive stock untuk portfolio yang lebih seimbang.
Mula Langkah Pertama Anda
Berminat untuk melabur dalam cyclical stock? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan pelaburan anda bersama remisier bertauliah.
Masih baru dalam dunia saham? Dapatkan ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.