Defensive Stock
Apa itu Defensive Stock?
Defensive stock ialah suatu jenis saham yang berprestasi stabil tanpa dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa. Defensive stock juga dipanggil sebagai non-cyclical stocks.
Ciri-ciri Defensive Stocks/ Non-cyclical stocks

- Memberi dividen yang konsisten
- Pendapatan syarikat stabil
- Tidak terkesan sangat dengan keadaan ekonomi semasa
- Produk sentiasa ada demand
- Syarikat yang sudah besar/ kukuh establish
Kelebihan Defensive Stocks
- Lebih kepada long term gains
- Risiko rendah
- Pulangan rendah
- Volatility rendah
- Hanya pelabur/ investor yang sering masuk pasaran berbanding trader
Kelemahan Defensive Stocks
Defensive stock tidak dapat untuk masuk atau ikut kenaikan market apabila berkeadaan treding.
Jenis Sektor yang sering dikaitkan dengan Defensive Stock ialah jenis sektor yang menghasilkan barangan keperluan pengguna.
- Utilities
- Consumer Products
- Healthcare
- Reits (real estate investment Trusts)
Jadi.
Siapakah Anda?
Jenis aggressive, Jenis moderate atau Jenis conservative
Kenapa Memilih Defensive Stocks
1. Membantu mengurangkan volatility portfolio
Kaedah mempelbagaikan jenis portfolio dapat membantu mengurangkan risiko pelaburan. Di tambah ketika ekonomi sedang mengalami kemelesetan, Defensive stock dapat membantu pelabur untuk mengurangkan volatility/ turun naik pulangan portfolio pelaburan.
Hal ini kerana Defensive Stock boleh bertindak sebagai suatu jenis saham untuk melindung pelaburan saham daripada mengalami kerugian. Unsur ketidakpastian dalam ekonomi pasti akan mengundang untung rugi bagi pelabur.
2. Boleh dijadikan pilihan jenis saham bagi newbies saham
Pelabur boleh memilih defensive stock untuk melabur dalam pasaran saham. Hal ini kerana Defensive Stock sesuai kepada pelabur newbies dan mereka yang kurang pengalaman dalam pelaburan saham. Selain itu, Defensive stock akan menjadi pilihan bagi pelabur penggelak risiko
3. Perolehan dividen dari aktiviti pelaburan saham
Defensive stock sering menjadi pilihan pelabur/ investor berbanding pedagang/ trader untuk melabur dalam dunia saham. Hal ini kerana Defensive stock sesuai dalam long term dan perolehan pendapatan dari untung pelaburan adalah stabil.
Kesimpulan
Defensive stock adalah jenis pelaburan saham yang dapat melindungi modal pelabur dan mengurangkan risiko pelaburan. Ia sesuai untuk pelabur jangka panjang yang mencari kestabilan dan pendapatan dividen yang konsisten.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu defensive stock dan kenapa ia dianggap selamat?
Defensive stock adalah saham syarikat yang berprestasi stabil tanpa dipengaruhi keadaan ekonomi semasa. Ia dianggap selamat kerana syarikat ini menyediakan produk atau perkhidmatan keperluan asas yang sentiasa ada permintaan walaupun ekonomi meleset.
Apakah contoh sektor defensive stock di Bursa Malaysia?
Contoh sektor defensive stock di Malaysia termasuk sektor utiliti (TNB, YTL Power), sektor barangan pengguna (Nestle, Dutch Lady), dan sektor penjagaan kesihatan (IHH Healthcare, KPJ Healthcare).
Adakah defensive stock sesuai untuk pelabur pemula?
Ya, defensive stock sangat sesuai untuk pelabur pemula kerana risiko yang lebih rendah dan harga yang stabil. Ia membolehkan pelabur baru belajar tentang pasaran saham tanpa terdedah kepada turun naik harga yang besar.
Apakah perbezaan antara defensive stock dan cyclical stock?
Defensive stock berprestasi stabil tanpa mengira keadaan ekonomi, manakala cyclical stock sangat dipengaruhi oleh kitaran ekonomi. Cyclical stock naik semasa ekonomi baik dan jatuh semasa kemelesetan, sedangkan defensive stock kekal stabil.
Mula Langkah Pertama Anda
Berminat untuk melabur dalam defensive stock? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan pelaburan jangka panjang anda bersama remisier bertauliah.
Masih baru dalam dunia saham? Dapatkan ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.