Loading...
Speculative stock atau saham spekulasi ialah jenis saham yang sering menjadi sasaran spekulator untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran saham. Saham spekulasi ini mempunyai harga yang volatility iaitu kenaikan dan penurunan harga saham yang tidak menentu.
Hal ini disebabkan oleh ketidakpastian dalam dapatan berita atau rumours yang dapat mempengaruhi turun naik harga saham dengan secara mendadak.
Anda boleh baca artikel jenis saham di Bursa Malaysia. Klik sini.

Ketidakpastian berita atau rumours sesuatu kaunter saham syarikat dalam penentuan harga saham adalah saham spekulasi.
Kenaikan harga saham spekulasi ini tidak disokong oleh analisis fundamental. Dalam kata lain, saham spekulasi ini akan bergerak mengikut tindak balas pasaran yang akan menjadikan ia saham lebih berisiko tinggi.
Bagi pelabur runcit, terdapat daripada mereka yang menjadikan saham spekulasi sebagai pilihan. Hal ini bagi mengambil peluang untuk mendapatkan pulangan saham yang menguntungkan
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa saham ini sangat berisiko tinggi. Semakin tinggi pulangan saham, semakin tinggi risiko pulangan.
Buy on rumours sell on news akan mempengaruhi pergerakan harga saham sama ada berita baik, harga saham naik dan berita buruk, harga saham turun.
Contoh kenaikan harga saham disebabkan berita baik atau good news ialah dari 20 sen dan 30 sen harga saham naik sehingga RM 1. Kenaikan harga saham secara mendadak ini merupakan saham spekulasi.
Manakala penurunan harga saham disebabkan berita buruk atau bad news dari RM 1.20 turun sehingga 40 sen.
Hal ini menunjukkan bahawa bad news bertindak balas menolak rumours. Keadaan ini menyebabkan harga saham jatuh tanpa sebarang analisis fundamental.

Ketidakpastian dan ketidaksahihan berita berkaitan pasaran saham yang memungkinkan kenaikan harga saham dan penurunan harga saham merupakan antara ciri saham spekulasi.
Penny stocks adalah merupakan contoh bagi saham spekulasi yang mempunyai harga saham yang murah untuk dibeli oleh para pelabur runcit.
Keadaan ini boleh dibuktikan apabila pelabur runcit gemar akan harga saham yang murah. Selain dapat memberi peluang kepada institusi jerung untuk memanipulasi saham yang berharga rendah.
Penny stock tidak mempunyai analisis fundamental yang kukuh untuk dijadikan petunjuk bagi kajian saham yang baik.
Hal ini memnunjukkan penny stocks adalah saham yang bersifat spekulasi.
Saham spekulasi ini mempunyai analisis teknikal yang membentuk chart parabolic. Ini akan menunjukkan bentuk kenaikan harga saham naik sehingga 90⁰ dan ke atas atau ke bawah.
Chart berbentuk V top akan menyebabkan kenaikan harga saham dan penurunan harga saham secara mendadak sehingga dapat membentuk chart V.
Keadaan ini menyukarkan mereka untuk membuat kajian saham bagi menentukan support harga saham.
Ianya dapat memberi pulangan yang lumayan jika menggunakan teknik analisis yang betul berdasarkan analisis teknikal dan news bagi kajian saham anda.
Tanpa disokong oleh analisis fundamental.
Saham spekulasi ini adalah jenis saham yang sangat berisiko tinggi kerana tidak mempunyai analisis fundamental yang kukuh dan hanya bergantung kepada rumours.
Walaupun saham spekulasi berisiko tinggi, ia tetap mempunyai permintaan tersendiri kerana menjanjikan pulangan yang tinggi. Namun, kajian saham yang teliti sangat penting sebelum membuat keputusan pelaburan dalam saham jenis ini.
Speculative stock atau saham spekulasi adalah jenis saham yang mempunyai volatiliti harga yang tinggi dan sering menjadi sasaran spekulator. Saham ini biasanya tidak mempunyai asas fundamental yang kukuh dan pergerakannya lebih dipengaruhi oleh rumours dan sentimen pasaran.
Risiko utama saham spekulasi termasuk kerugian besar dalam masa singkat, kekurangan analisis fundamental yang kukuh, dan bergantung kepada rumours yang tidak tepat. Pelabur boleh kehilangan sebahagian besar modal pelaburan mereka.
Saham spekulasi biasanya mempunyai ciri-ciri seperti harga yang sangat volatile, tiada asas fundamental yang jelas, volume dagangan yang tidak konsisten, dan sering dikaitkan dengan rumours pasaran. Ia memerlukan kemahiran analisis teknikal yang mendalam.
Saham spekulasi tidak disarankan untuk pelabur baru kerana risikonya yang sangat tinggi. Pelabur baru disarankan mempelajari asas pelaburan dan memahami analisis fundamental serta teknikal terlebih dahulu sebelum mencuba saham spekulasi.
Ingin mula melabur saham dengan ilmu yang betul? Buka akaun CDS anda sekarang bersama Mahersaham. Muat turun juga Ebook Asas Saham percuma untuk panduan lengkap belajar saham dari asas.