Dividen Bulan Mac 2023
<p>Dividen Mac 2023 tunjukkan berapa banyak bayaran pelaburan yang diterima sepanjang bulan tersebut. Selain itu, artikel ini akan senaraikan jumlah keseluruhan dividen, beri contoh syarikat yang bayar dividen, dan akhirnya…</p>

Dividen Mac 2023 tunjukkan berapa banyak bayaran pelaburan yang diterima sepanjang bulan tersebut. Selain itu, artikel ini akan senaraikan jumlah keseluruhan dividen, beri contoh syarikat yang bayar dividen, dan akhirnya kongsikan tip mudah untuk pastikan semua dividen masuk akaun tanpa terlepas.
Baru-baru ini saya pergi realised loss RM4500 dalam satu kaunter, saya berikan nama kaunter tersebut sebagai BOSLURIMA.
Jadi untuk ubati kesakitan tersebut terfikir nak cuba konsisten buat post untuk laporkan dan kira berapa banyak dividen yang diperolehi setiap bulan, mungkin boleh buat cover loss. Untuk kisah bagaimana boleh loss, itu saya akan kongsikan dalam artikel yang lain.
Senarai Dividen Yang Diperolehi :
| Tarikh | Nama Kaunter (samaran) | Jumlah Dividen |
| 2023-03-01 | JUALBELI | RM 920.00 |
| 2023-03-03 | CHIPALAWAN | RM 50.00 |
| 2023-03-07 | BUNGKUSOHPP | RM 75.00 |
| 2023-03-10 | KERUSIH | RM 400.00 |
| 2023-03-16 | BUKAKAUNTER | RM 40.00 |
| 2023-03-17 | LETROJEF | RM 25.00 |
| 2023-03-20 | BUNGKUSOPEH | RM 25.00 |
| 2023-03-21 | CHIPAMIT | RM 200.00 |
| 2023-03-23 | HIROSHIMA | RM 320.00 |
| 2023-03-23 | F1 | RM 40.00 |
| 2023-03-23 | LETROG | RM 400.00 |
| 2023-03-24 | FIBERETI | RM 293.80 |
| 2023-03-24 | PAIPBESIP | RM 75.00 |
| 2023-03-29 | SCALPELC | RM 37.00 |
Secara totalnya untuk bulan Mac 2023, saya telah memperolehi dividen berjumlah RM2900.80.
Dengan cara ini, pelabur nampak jelas berapa pulangan dividen terkumpul dalam sebulan, bukan sekadar satu transaksi sahaja.
Masih tak dapat nak cover loss.
Walaubagaimanapun, dengan saya cuba untuk rekodkan dividen untuk bulan Mac, saya perasan tak semua dividen yang masuk rupanya saya akan dapat emel. Mesti nak kena cek manually juga dalam akaun bank jika ada duit masuk.

Melabur dalam kaunter dividen sebenarnya sesuatu yang menarik dan adalah salah satu strategi yang ada dalam pelaburan saham. Terutamanya ketika waktu market teruk, itulah waktunya mencari kaunter-kaunter dividen.
Mengapa Penting Rekod Dividen Setiap Bulan?
- Pantau hasil pelaburan – Rekod bulanan seperti Dividen Mac 2023 memudahkan pelabur nampak trend pendapatan sebenar.
- Elak terlepas bayaran – Ada dividen tidak dihantar melalui notifikasi, jadi cek akaun bank penting.
- Strategi cover rugi – Ada pelabur gunakan rekod dividen untuk imbangi kerugian dalam kaunter lain.
Oleh itu, walaupun nampak kecil, rekod ini boleh beri impak besar pada strategi pelaburan jangka panjang.
Antara artikel yang mungkin korang berminat, boleh baca Apa itu Dividend, Perkara Wajib Tahu Tentang Dividen dan Cara Dapatkan Dividen-5 Perkara Wajib Tahu!