Cara Dapatkan Dividen-5 Perkara Wajib Tahu!

Cara Dapatkan Dividen-Keuntungan Dalam Saham
Sedar atau tidak sebenarnya dalam saham anda ada 2 cara untuk memperoleh keuntungan:
- Pertama melalui peningkatan harga saham (Capital Gain)
- Kedua melalui Dividen Syarikat.
Ramai yang tahu tentang Capital Gain tapi tak ramai yang tahu cara dapatkan Dividen Syarikat.
Jadi dalam artikel ini saya akan tunjukkan bagaimana cara dapatkan Dividen syarikat.
5 Perkara Wajib Tahu tentang Dividen

-
Apa Itu Dividen?
Pemberian Bonus dari syarikat berbentuk nilai wang Ringgit kepada shareholder disebabkan prestasi kewangan yang baik dan lain-lain faktor.
-
Sebab Syarikat beri Dividen?
Pertama sudah tentu syarikat sedang untung dan lebihan keuntungan tersebut mahu dikongsikan bersama shareholder.
Kedua pemberian Dividen merupakan salah satu cara supaya pelabur setia dengan syarikat.
Ingat duit dividen yang anda dapat ini tidak perlu dibayar Cukai (Tax). Kenapa?
Kerana dividen yang dibayar oleh syarikat adalah hasil dari keuntungan syarikat. Selepas syarikat bayar cukai dan masih ada duit lebihan keuntungan.
Duit lebihan keuntungan itu lah diberikan dividen pada shareholder. Jadi sebab itu, anda tidak dikenakan cukai jika anda penerima dividen.
-
Ex-Date
Apa itu Ex-Date? Selepas ini saya akan terangkan.
Untuk layak mendapat Dividen, anda wajib beli sekurang-kurangnya sehari sebelum Tarikh Ex Date dan hold sampai hari Ex-date. Kiranya hari exdate boleh jual.
Jika beli pada hari Ex-date TIDAK LAYAK dapat Dividen!
-
Payment Date
Tarikh di mana syarikat akan membayar Dividen terus ke akaun bank anda.
Akaun bank ini memang di update sewaktu anda buka akaun CDS lagi. Jika belum ada akaun CDS boleh daftar Daftar Akaun CDS.
-
Cara kira Dividen
Contoh Syarikat Umum Dividen: 40.0 sen per share
Formula Kira Dividen = dividen x bilangan pegangan unit
TAKE NOTE nilai dividen perlu tukar ke RM dahulu dari sen. Contoh tadi 40.0 sen per share. Untuk tukar ke RM = 40/100 = RM 0.4
Kemudian contoh anda ada 1,000 unit pegangan saham X
Nilai dividen anda peroleh = RM0.4 X 1,000 = RM400 Dividen!
Contoh lain nilai dividen 0.03 sen. Jadi dalam RM berapa?
Dari sen convert ke RM dulu iaitu = 0.03/100 = RM 0.0003
Itulah nilai dividen yang diberikan untuk seunit saham yang anda miliki.
4 Tarikh penting dalam Dividen

-
Announcement Date
Tarikh pengumuman pemberian dividen oleh syarikat.
Disini syarikat akan umumkan berapa dividen akan diberikan, bila tarikh Ex-date, Payment date.
Kat mana nak dapatkan senarai syarikat yang nak beri Dividen?
Mudah sahaja. Sekarang boleh semak guna Phone anda sahaja.
Buka Playstore atau IOS. Search Mahersaham App dan install.
Selepas install klik Sign up dan login. Bila login pergi ke bahagian screener klik bahagian Fundamental dan klik UPCOMING DIVIDEN. Boleh guna Free jer.
-
Ex-Date
Tarikh akhir untuk melayakkan anda dapat dividen. Mesti Beli sehari sebelum Ex-date untuk layak!
-
Entitlement Date
Tarikh untuk syarikat rekodkan penerima-penerima dividen yang layak.
-
Payment Date
Tarikh bayaran Dividen kepada semua Shareholder yang layak. Ini contoh pembayaran Dividen yang syarikat telah bayar.
Anda akan dapat emel seperti dibawah:

Scenario Kelayakan Mendapat Dividen Syarikat
Saya berikan 4 scenario shareholder dan yang mana layak dan tidak layak mendapat dividen.
Sebagai contoh, syarikat ABC BERHAD Ex-Date pada 3 Jun 2021.

-
Situasi pertama
Ali beli pada 1 Jun dan jual pada 3 Jun iaitu pada hari Ex-date dividen . Jadi Ali layak mendapat dividen. Kerana Ali beli sebelum Ex-date dan jual pada hari Ex-date, tiada masalah.
-
Situasi kedua
Siti beli pada 2 Jun dan jual pada 3 Jun iaitu pada hari Ex-date dividen. Jadi Siti layak mendapat dividen. Kerana Siti beli sehari sebelum Ex-date dan jual pada hari Ex-date.
-
Situasi ketiga
Puan Limah beli pada 3 jun iaitu pada hari Ex-Date dan jual pada 4 jun iaitu sehari selepas Ex-date dividen.
Jadi Puan Limah TAK LAYAK mendapat dividen.
Kenapa puan limah tak layak? Sebab syarat nak dapatkan dividen, sekurangnya mesti beli sehari sebelum Ex-Date.
Tetapi puan limah beli pada hari Ex-date. Hari Ex-date baru beli tidak melayakkan puan limah untuk mendapat dividen tersebut.
-
Situasi Keempat
Encik Abu beli pada 2 Jun dan jual pada 4 jun iaitu sehari selepas tarikh Ex-date dividen.
Jadi Encik Abu layak mendapat dividen. Kerana Encik Abu beli sebelum Ex-date dan bila Encik Abu nak jual tidak kisah selepas dari tarikh Ex-Date.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu dividen saham?
Dividen adalah pembahagian keuntungan syarikat kepada pemegang saham. Ia merupakan salah satu cara pelabur memperoleh pulangan selain daripada kenaikan harga saham (capital gain). Tidak semua syarikat membayar dividen.
2. Bilakah saya perlu beli saham untuk layak terima dividen?
Anda wajib membeli saham sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh Ex-Date. Jika anda beli pada hari Ex-Date atau selepasnya, anda tidak layak menerima dividen untuk tempoh tersebut.
3. Bolehkah saya jual saham selepas Ex-Date dan masih terima dividen?
Ya, boleh. Selepas tarikh Ex-Date, anda bebas untuk menjual saham tersebut dan masih layak menerima dividen. Yang penting anda sudah memegang saham tersebut sehari sebelum Ex-Date.
4. Bagaimana dividen dibayar kepada pemegang saham?
Dividen biasanya dibayar terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam akaun CDS anda. Pembayaran dibuat pada tarikh yang ditetapkan oleh syarikat selepas tarikh Ex-Date.
Kesimpulan
Untuk layak dapatkan dividen, wajib beli saham sekurang-kurangnya sehari sebelum Ex-Date. Fahami 5 perkara penting yang diterangkan dalam artikel ini supaya anda tidak terlepas dividen.
Jom mulakan pelaburan anda hari ini. Buka Akaun CDS bersama Mahersaham dan mula kumpul dividen dari syarikat-syarikat terbaik di Bursa Malaysia. Muat turun juga Ebook Percuma untuk belajar asas pelaburan saham.
