Dividen Tabung Haji

Loading...

Fenomena yang berlaku ke atas dividen Tabung Haji bukannya perkara baharu.
Dividen Tabung Haji 2018 telah mencatatkan pulangan yang paling rendah setelah beberapa tahun.
Yang pasti, isu Tabung Haji memang menimbulkan ketidakpuasan rakyat.
Ditambah pula dengan jumlah penerimaan dividen yang sedikit berbanding tahun lalu, pelbagai tohmahan telah dilemparkan.
Apa sebenarnya yang dah berlaku?
Dikatakan Tabung Haji kini sedang mengalami transformasi pembaikpulihan atau penstrukturan semula oleh kerajaan baharu.
Penstrukturan Tabung Haji ini adalah merupakan suatu langkah ke arah menjaga kepentingan pendeposit seterusnya memastikan tadbir urus yang baik.
Aset bernilai hampir RM19.9 bilion dipindahkan ke suatu syarikat khas “special purpose vehicle” kerana aset yang merangkumi ekuiti dan hartanah tersebut dikatakan kurang berdaya saing.
Selain itu, perkara ini telah disebabkan oleh pembelian yang dilakukan syarikat kontroversi 1MDB ke atas aset hartanah milik Tabung Haji berurukuran 1.56 ekar di Tun Razak Exchange.
Tanah tersebut bernilai RM196 juta. Namun, disebabkan hasil yang diterima kurang 2%, maka ia diserahkan kepada syarikat khas tersebut.
Persoalannya, sejauh manakah penstrukturan ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat jika dividen yang diterima semakin berkurangan?
Dividen Tabung Haji 2018 sebanyak 3.75% jika dinisbahkan dengan nilai pemindahan aset melebihi nilai belian aset hartanah Tabung Haji adalah sangat tidak munasabah.
Jadi, bagaimana mungkin isu kurangnya pemberian dividen dikaitkan dengan hasil yang diterima kurang 2% sedangkan banyak lagi faktor-faktor lain termasuklah isu-isu global yang terkait yang perlu diambil kira.
Terbaru, angka dividen sebanyak 1.25% sebenarnya ialah dividen selepas pembayaran zakat sebanyak 2.5%.
Isunya, kenapa pembayaran zakat sebanyak 2.5% tersebut tidak dilaporkan sebelum ini.
Perkara ini dilihat seolah-olah tidak telus “transparent” kerana menimbulkan kesangsian.
Seharusnya pihak Tabung Haji perlu mengemukakan huraian yang terperinci berkenaan dengan saluran keluar masuk wang tabung haji.
Komunikasi dengan pendeposit juga sangat penting terutama kepada pendeposit yang ingin tahu akan pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji benar-benar menguntungkan.
Jika tidak, pasti para pendeposit akan hilang keyakinan terhadap integriti Tabung Haji dan seterusnya memberikan dampak yang negatif terhadap prestasi Tabung haji secara keseluruhannya.
Dividen Tabung Haji berkurang disebabkan pelbagai faktor termasuk isu pengurusan aset, keadaan ekonomi global yang tidak menentu, dan pemindahan aset yang melebihi nilai belian aset hartanah.
Dividen Tabung Haji 2018 ialah sebanyak 3.75% — namun terdapat isu ketelusan mengenai pembayaran zakat sebanyak 2.5% yang tidak dilaporkan sebelumnya, menjadikan dividen sebenar selepas zakat hanya 1.25%.
Pelaburan saham boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi tetapi dengan risiko yang lebih besar — pelabur perlu memahami risiko dan membuat kajian sebelum memutuskan untuk melabur secara langsung di Bursa Malaysia.
Ketelusan penting untuk mengekalkan keyakinan pendeposit — tanpa komunikasi yang jelas tentang saluran keluar masuk wang dan prestasi pelaburan, pendeposit boleh hilang keyakinan terhadap integriti institusi.
Nak pelbagaikan pelaburan selain Tabung Haji? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk mula melabur di Bursa Malaysia, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: