Equity Crowdfunding (ECF) – Pernah Dengar Ke?

Loading...

Untuk mengembangkan sesuatu bisnes ia memerlukan modal. Modal boleh didapati dalam pelbagai cara.
Selalu orang sebut OPM – other people money. Betul. Itu salah satu cara untuk dapatkan modal.
Jadi artikel kali ini saya nak bercerita berkaitan ECF.
ECF adalah Equity Crowfunding . Ecf merupakan salah satu cara pemilik bisnes mendapatkan dana secara online daripada seluruh rakyat Malaysia yang ingin menjadi pelabur (investor) kepada syarikat tersebut.
Dalam bahasa mudah semua orang boleh melabur dalam sesebuah syarikat dengan syarat perlu adanya modal.
Tunggu. Tetapi tidak perlu ada akaun CDS pun untuk melabur di ECF.
Aikk? Mesti pening kan?
Okay. ECF ini mengetengahkan syarikat-syarikat yang baru nak berkembang, dimana belum ke IPO atau listing di Bursa Malaysia lagi. Itu bezanya.
EFC terdapat 3 kompenan utama iaitu Owner syarikat, pemilik platform ECF dan pelabur.
Pemilik platform dipanggil sebagai ‘market operators‘.
Mereka ini mestilah mendapat kelulusan dari Security Commision, SC dahulu. Apa jua pelaburan pastikan rujuk dengan SC.
Di website SC terdapat 10 platform atau senarai market operator yang ada. Antaranya adalah:
Pastikan anda hanya melabur dalam syarikat-syarikat yang sah dibawah SC ini sahaja ya. Yang tiada dalam SC abaikan.
Terdapat 3 jenis pelabur

Hanya syarikat swasta tempatan dan limited liability partnership yang dibenarkan host dalam platform ECF sebagai issuer.
Modal berdasarkan issuer tersebut. Ada minimun RM1800, ada RM2400.
Anda perlu klik pada senarai platform yang telah disenaraikan tadi dan daftar.
Selepas daftar anda akan didedahkan dengan syarikat-syarikat yang memerlukan dana.
Segala info tentang syarikat boleh baca disitu.
Sebagai pelabur, sebelum anda berminat dengan mana-mana syarikat, baca business info, pitch info dan financial tentang syarikat tersebut.
Segala keputusan untuk melabur adalah di tangan anda.
Equity Crowdfunding (ECF) ialah kaedah pengumpulan modal di mana pelabur runcit boleh melabur dalam syarikat swasta melalui platform yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Modal minimum bergantung kepada issuer. Kebiasaannya bermula dari sekitar RM1,000 hingga RM2,400 bergantung kepada kempen yang dijalankan oleh syarikat tersebut.
Ya, seperti pelaburan lain, ECF juga mempunyai risiko. Syarikat yang anda labur mungkin tidak berjaya. Oleh itu, penting untuk membaca business info, pitch info dan financial sebelum membuat keputusan.
Anda perlu mendaftar di platform ECF yang diiktiraf SC seperti pitchIN, Ata Plus atau MyStartr. Selepas mendaftar, anda boleh melihat senarai syarikat yang sedang mengumpul dana dan memilih untuk melabur.
Berminat nak mula melabur dalam pasaran saham? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan dari zero hingga advance. Anda juga boleh muat turun Ebook Percuma Asas Saham untuk langkah pertama anda.