eRights Bursa Anywhere – Subscribe Right Issue Online

Aplikasi Bursa Anywhere telah menawarkan perkhidmatan baru eRights bagi pendeposit memohon dan membuat pembayaran Right Issue Share secara elektronik.
Dengan kemudahan eRights ini, borang langganan fizikal (subscription) tidak perlu dihantar ke pejabat pos atau pihak bank untuk pengurusan.
Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa mengatakan features baru eRight Bursa Anywhere ini dapat mengurangkan risiko borang hilang atau penghantaran pos yang tertangguh.
Cara Mohon eRight Bursa Anywhere
Pertama Login ke App Bursa Anywhere. Klik pada >> My Service >> Pilih Corporate Action

Pilih Corporate Action >> eRights

Pilih Submit Application

Klik Agree pada Terms & Conditions

Sebagai contoh, saham EASTLND menawarkan Right Issue (EASTLND-OR). Jadi pilih jenis subscription dan bilangan unit saham OR yang hendak di subscribe.

Bagaimana untuk tahu Permohonan eRights Berjaya dihantar?
Subscription eRight anda berjaya dihantar melalui Aplikasi Bursa Anywhere apabila:
- Anda telah berjaya membuat bayaran penuh subscription secara FPX – akaun bank anda yang didaftarkan dalam CDS
- Menerima email yang menunjukkan permohonan subscription telah dihantar kepada Issuer atau Share Registrar.
Mengapa permohonan eRights ditolak sebelum tarikh tutup subscription walaupun pembayaran FPX saya telah berjaya?
Selain isu teknikal atau sistem, subscription anda boleh ditolak jika anda tidak membuat bayaran daripada akaun bank yang telah didaftarkan dalam CDS anda (eDividen Bursa Depository).
Bolehkah membuat pembatalan atau semakansubscriptionselepas memohon eRights?
Jika ingin menyemak atau membatalkan subscription selepas Berjaya mohon di Bursa Anywhere, anda perlu hubungi terus pihak Share Registrar.
Siapa yang harus di hubungi untuk mendapatkanRefundbagi peruntukan Right Issue?
Anda boleh hubungi Issuer atau Share Registrar untuk sebarang permintaan bayaran bayaran yang berkaitan dengan peruntukan Right Issue.
Salinan Prospektus saya hilang, bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenaiRight Issue?
Anda boleh minta salinan bercetak baru daripada pihak Issuer atau Share Registrar. Atau anda juga boleh lihat di website Bursa Malaysia bahagian Corporate Announcements.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu eRights di Bursa Anywhere?
eRights ialah perkhidmatan dalam aplikasi Bursa Anywhere yang membolehkan pelabur memohon dan membayar Right Issue secara elektronik tanpa perlu menghantar borang fizikal.
2. Apakah syarat untuk menggunakan eRights?
Anda perlu mempunyai akaun CDS yang aktif dan telah mendaftar aplikasi Bursa Anywhere. Pastikan akaun anda dikemaskini dengan maklumat terkini.
3. Bolehkah saya subscribe Right Issue tanpa Bursa Anywhere?
Ya, anda masih boleh menggunakan kaedah borang fizikal melalui pejabat pos atau bank, tetapi prosesnya lebih lambat berbanding memohon secara dalam talian melalui eRights.
4. Berapa lama tempoh untuk subscribe Right Issue melalui eRights?
Tempoh subscription bergantung pada pengumuman syarikat. Biasanya anda diberi beberapa hari bekerja untuk memohon. Semak tarikh akhir di bahagian Corporate Announcements di laman web Bursa Malaysia.
Kesimpulan
Jika memiliki saham yang menawarkan Right Issue, anda boleh subscribe secara mudah melalui Bursa Anywhere tanpa perlu hantar dokumen fizikal. Proses dalam talian jauh lebih cepat dan mudah.
Jika belum ada akaun CDS, buka akaun CDS sekarang untuk mula melabur. Untuk belajar asas saham, dapatkan ebook percuma daripada Mahersaham.