Indicator VWAP & Cara Penggunaan di Tradingview

Loading...

Hai dan Assalamualaikum. Kalau sebelum ni saya pernah share artikel berkaitan cara menggunakan penyaring saham di tradingview jadi kali ini saya akan sahre pula artikel berkaitan indicator vwap.
Jom sediakan pen dan buku nota untuk mencatat ilmu penting.
Apa vwap nie sebenarnya?
Haa..nama panjangnya ialah Volume Weighted Average Price (VWAP)
Ia digunakan sebagai penanda aras yang memberitahu harga purata kepada sesebuah saham yang mengambil kira semua transaksi dalam sehari.
Harga purata ini boleh digunakan sebagai pandangan keseluruhan kepada harga dan trend sesebuah saham
VWAP adalah salah satu yang kita boleh gunakan untuk short term iaitu intraday
Indikator VWAP juga boleh dijadikan sebagai support
Untuk pengiraan VWAP ni pula adalah: Tambah total harga hari tersebut & volume hari tersebut dan dibahagi dengan volume = harga paling banyak di beli
Formula VWAP : VWAP = (PRICE X VOLUME) / VOLUME

Sebagai contoh, anda boleh lihat VWAP dalam platform MPLUS. Pilih je kaunter apa yang anda nak kaji.
Berdasarkan anak panah yang saya tunjukkan di atas itu adalah VWAP
Inilah VWAP dan tempat puncak harga saham pada hari tersebut.
Antara perkara yang anda perlu tahu untuk intraday ialah jika price berada di atas VWAP maksudnya ia bullish.
Manakala, jika price berada di bawah VWAP maksudnya adalah bearish.
Untuk intraday biasanya trader menggunakan timeframe 5 minit, 3 minit atau 1 minit.

Step pertama anda perlu cari dan pilih indikator VWAP di tempat indicators & strategies

Kemudian ia akan keluar garisan seperti dalam gambar di atas.
Macam yang anda dapat lihat dalam gambar tersebut, jika harga itu berada di atas VWAP bermakna ia adalah bullish signal. Dan kita boleh jadikan garisan VWAP ni sebagai support kita.

Kalau anda nak entry untuk intraday anda perlu lihat jika harga saham tidak break garisan support tersebut selagi tu la anda boleh terus ride ke atas.
Cari yang pullback. Kalau dia breakout biar dulu tunggu dia retrace dan test line VWAP.
Bila harga saham dah test line VWAP anda terus marking dengan line support.
Pastikan anda dapat point yang cantik yang dekat dengan VWAP. Selagi dia tak break line VWAP anda ride je.
Kalau candlestick tu dah cecah line VWAP itu adalah suatu sell signal untuk anda.
Artikel ini adalah salah satu artikel yang ditulis dalam siri Analisa Teknikal : Tradingview. Analisa Teknikal merupakan salah satu cabang berkaitan kajian tentang saham.
Ada banyak lagi topik-topik yang terkandung dalam siri pembelajaran analisis teknikal dan bagaimana anda boleh gunakan Tradingview dengan optimum bagi membantu anda buat kajian dalam saham.
Untuk lihat topik-topik lain berkaitan dengan Tradingview ataupun Analisis Teknikal, boleh ke Panduan Penuh Analisis Teknikal.
VWAP (Volume Weighted Average Price) ialah indicator yang mengira purata harga saham berdasarkan volume dagangan. Ia menunjukkan harga purata sebenar yang dibayar oleh pelabur sepanjang sesi dagangan.
Apabila harga berada di atas garisan VWAP, ia menunjukkan trend bullish. Apabila harga di bawah VWAP, ia menunjukkan trend bearish. Harga yang menyentuh VWAP sering menjadi titik pullback atau support.
Ya, VWAP sesuai digunakan untuk saham di Bursa Malaysia terutama kaunter yang mempunyai volume dagangan tinggi. Ia membantu mengenal pasti harga yang adil dan titik entry yang sesuai.
Ya, VWAP sering digabungkan dengan indicator seperti Bollinger Bands, Moving Average atau RSI untuk pengesahan signal. Gabungan ini memberikan analisis yang lebih komprehensif untuk keputusan dagangan.
Nak mula melabur saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap!