iPhone11 Cabaran Apple Telefon Pintar Dunia

Loading...

iphone11 menjadi produk terbaru Apple apabila Tim Cook selaku CEO Syarikat Apple melancarkannya.
Salah satu daripadanya ialah iPhone11 yang didatangkan dengan 3 variasi iaitu iPhone 11, iPhone11 Pro dan iPhone11 pro Max.
Ia dikatakan merupakan pengganti kepada iPhone XR.
Menurut statistik Apple telah menjadi antara 5 telefon pintar teratas di dunia sejak 2009.
Selepas penurunan Nokia pada suatu ketika dahulu, Apple dan Samsung mula mengorak langkah mengambil alih pasaran.
Samsung menduduki ranking pertama dunia sejak 2012.
Pasaran Samsung meningkat 1.4% daripada 20.9% kepada 22.3% dengan penghantaran lebih 7.2 juta telefon pintar sekali gus mencapai 83.3 juta pada suku ketiga 2017.
Syarikat korea ini telah menghantar lebih daripada 317.3 juta telefon pintar di seluruh dunia pada tahun 2017 sahaja.
Manakala Apple pula menjadi pesaing terdekat Samsung di tempat kedua sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia.
Jualan iphone meningkat daripada 170 juta unit pada 2014 kepada 216 juta pada tahun 2017.
Walaubagaimanapun pada suku tahun kedua 2018, Apple tewas kepada Huawei dalam penjualan telefon pintar terbesar dunia.
Apple jatuh di tangga ketiga dan Huawei di tangga kedua selepas Samsung.
Huawei memasarkan 54.2 juta unit sekali gus mendominasi 15.8% pasaran keseluruhannya.
Apple pula hanya memasarkan 41.3 juta unit iaitu 12.1% sahaja.
Samsung pula masih lagi memegang takhta ‘raja’ dalam pasaran telefon pintar.
Adakah pelancaran iPhone11 dapat kembali menjadikan Apple penjual terbesar menewaskan Samsung dan Huawei ?
Pasaran telefon pintar global yang tidak menentu ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh turun naik rundingan perdagangan antara AS-China.
Menjadikan perancangan masa depan lebih mencabar daripada biasa.
Dalam pada ketidaktentuan ekonomi global bercampur dengan ancaman perdagangan, telah tibanya dunia telefon pintar dalam bentuk 5G.
Tahun 2020 dilihat sebagai tahun di mana 5G akan mula naik.
Penghataran 5G untuk mencapai 8.9% telefon pintar yang dihantar pada tahun 2020 akan memperluaskan lagi penghantaran telefon pintar di seluruh dunia menjelang 2023.
2019 akan menjadi tahun yang mencabar untuk penghantaran iPhone kerana sebahagiannya menjangkakan Iphone11 tidak akan menyokong 5G.
Penguasaan telefon pintar Android meningkat kepada 87% pada 2019 daripada 85.1% pada 2018.
Ini disebabkan oleh pelancaran 5G.
Manakala jumlah dagangan IOS 2019 dijangka turun kepada 177.9 juta.
Kebanyakan adalah disebabkan oleh pasaran IOS yang kekurangan peranti 5G.
Walaubagaimanapun, Apple mungkin akan memperbaiki keadaan pasaran 5G untuk pelancaran yang lebih terancang menjelang 2020.
Cabaran utama Apple termasuk ketiadaan sokongan 5G pada iPhone 11, persaingan sengit daripada telefon Android, dan jangkaan penurunan jumlah dagangan IOS kepada 177.9 juta unit pada 2019.
Pelancaran iPhone baharu biasanya memberi kesan kepada harga saham Apple. Sambutan positif meningkatkan keyakinan pelabur, manakala jualan yang mengecewakan boleh menyebabkan penurunan harga saham.
Teknologi 5G dijangka memacu pertumbuhan pasaran telefon pintar dengan penghantaran 5G mencapai 8.9% pada 2020 dan terus berkembang menjelang 2023, memberi kelebihan kepada pengeluar yang menyokong 5G lebih awal.
Pelabur Malaysia boleh melabur dalam saham teknologi tempatan di Bursa Malaysia atau menggunakan platform pelaburan antarabangsa untuk membeli saham syarikat seperti Apple melalui akaun dagangan asing.
Perkembangan industri teknologi global membuka peluang pelaburan yang menarik — fahami trend teknologi untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham teknologi di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami cara menilai saham teknologi dan membuat keputusan pelaburan yang tepat.
Bacaan lanjut: