Perang Dagang AS-China Dan Kegawatan Ekonomi

Loading...

Perang dagang AS-China telah menyebabkan kegawatan ekonomi dunia.
Presiden Donald Trump telah meningkatkan cukai barangan import dari China menjadi 25% yang bernilai USD200 billion iaitu sebanyak RM828.9 billion.
Manakala China tidak mahu kalah dan membalas dengan meningkatkan 10% hingga 25% cukai barangan import dari Amerika.
Nilai cukai tersebut mencecah USD60 billion bersamaan RM248 billion yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2019 yang lalu.
Walaupun perang dagangan ini melibatkan Amerika Syarikat dengan China, namun ekonomi Malaysia akan turut merasai tempiasnya.
Hal ini kerana, China merupakan rakan dagangan utama negara kita disamping terdapat banyak pelaburan Malaysia dengan China menerusi usaha sama seperti Proton.
‘Volatility’, ‘Uncertainty’, ‘Complexity’, ‘Ambiguity’ @ VUCA telah mengeksploitasi ekonomi dunia.
Apa itu VUCA?
Ia merujuk kepada:
V – Volatility (kebolehan untuk berubah dengan cepat)
U – Uncertainty (Ketidakpastian)
C – Complexity (Kerumitan)
A – Ambiguity (Kesamaran)
Dengan cabaran pasaran global ini, penting untuk segenap rakyat Malaysia terutamanya kepada pelabur bagi mempersiapkan diri menyahut cabaran zaman VUCA ini.
‘Diversify’ portfolio pelaburan ke negara berlainan untuk mengelakkan risiko kerugian akibat ketidakstabilan sesuatu negara.
Terdapat 5 pasaran saham terbesar dunia antaranya ‘New York Stock Exchange’ (NYSE) di US, ‘Shanghai Stock Exchange’ di China, ‘London Stock Exchange’ di United Kingdom, ‘Tokyo Stock Exchange’ di Japan dan ‘Hong Kong Stock Exchange’ di Hong Kong.

Mempelbagaikan dana dalam sektor lain juga perlu diambil pertimbangan bagi melindungi portfolio pelaburan daripada mengalami kerugian akibat ancaman daripada sesuatu sektor.
Contohnya dalam platform Bursa sendiri terdapat lebih 10 sektor. Antaranya, ‘Consumer Products & Services’, ‘Industrial Products’, ‘Construction’, ‘Technology’, ‘Property’, ‘Financial Services’, ‘Energy’, dan banyak lagi.
Dalam keadaan ketidakpastian pasaran, seseorang pelabur boleh mengalihkan dana mereka kepada pelaburan yang pelbagai seperti Saham, Bon, Hartanah, Emas dan Perak yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan boleh dipertimbangkan.
Dengan memperuntukkan peratusan dana pelaburan yang mempunyai tahap risiko berdasarkan analisis.
Jika pelabur jenis ‘Risk Lover’ mungkin boleh peruntukkan 60% – 70% dalam dana yang berisiko manakala pelabur ‘Risk Averse’ pula perlu memilih dana yang berisiko rendah.
Selain itu, dengan pengimbangan peratusan dana ini dapat mengelakkan nilai aset pegangan dalam portfolio daripada terjejas secara negatif dalam situasi ketidakstabilan.
Namun, terpulanglah pada objektif pelaburan masing-masing.
Pelaburan di pasaran saham atau pasaran pertukaran asing adalah ‘high risk, high return’ iaitu berisiko tinggi dan pulangannya juga tinggi.
Segala keputusan dan tindakan terletak pada kuasa anda sebagai seorang pelabur.
Perang dagang AS-China berlaku apabila Presiden Donald Trump meningkatkan cukai barangan import dari China sehingga 25% bernilai USD200 bilion — tindakan ini menyebabkan kegawatan ekonomi dunia.
Perang dagang menyebabkan ketidaktentuan pasaran global yang turut menjejaskan pasaran saham Malaysia — sentimen negatif mendorong pelabur asing menjual saham dan menyebabkan indeks jatuh.
Pelabur boleh mempelbagaikan pelaburan merentas sektor berbeza dan aset berlainan seperti saham, bon, hartanah, emas dan perak untuk mengurangkan risiko keseluruhan portfolio.
Pengimbangan portfolio ialah proses mengagihkan peratusan dana pelaburan berdasarkan tahap risiko — pelabur Risk Lover boleh peruntukkan 60-70% dalam dana berisiko, manakala Risk Averse pilih dana berisiko rendah.
Nak belajar strategi pelaburan untuk menghadapi kegawatan ekonomi? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk mula melabur, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan.
Bacaan lanjut: