iSaham VS Mahersaham

Loading...

Artikel ini ditulis kerana – setelah beberapa tahun dalam industri kewangan, pelaburan saham khususnya, seringkali terdapat orang yang terkeliru antara iSaham dan Mahersaham.
Antara kes yang sering berlaku ialah, customer services Mahersaham ada beberapa kali mendapat pertanyaan daripada client :
“Tuan, saya dah buka akaun cds dengan tuan, macam mana nak dapatkan kelebihan sebagai client?” – bila kami cek, rupanya bukan client Mahersaham. Dia kata buka akaun dengan iSaham.
Terdapat juga kes yang tanya berkaitan dengan kelas. Katanya, “Tuan, macam mana nak join keleas ni?”. Kelas iSaham, tapi bertanya kepada kami.
Jadi, selepas membaca tulisan ini, harap kuranglah jumlah orang yang terkeliru antara iSaham dan juga Mahersaham.
Untuk membeli saham di Bursa Malaysia, setiap pelabur perlu mendaftar terlebih dahulu akaun CDS (Central Depository System). Ini melibatkan syarikat broker yang merupakan orang tengah antara pelabur (orang awam) dan juga syarikat. Untuk membuka akaun CDS, pelabur perlu berhubung melalui dealer atau remisier yang telah dilantik untuk menjadi wakil kepada syarikat broker. Dealer dan remisier ini perlu mempunyai kelayakan dan juga mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) – yang bertindak sebagai badan penyelia yang memantau aktiviti pelaburan di Malaysia.
Jadi, dimanakah letaknya kedudukan iSaham dan juga Mahersaham?
Jawapan mudahnya ialah : yang mewakili atau mengepalai kedua-dua ‘jenama’ ini ialah merupakan seorang remisier, wakil kepada syarikat broker Malacca Securities, Mplus.

Untuk memahami lebih lanjut, perlu diingat beza antara dealer dan juga remisier. Ini penting kerana dealer dibayar gaji oleh syarikat broker manakala remisier dibayar komisyen oleh syarikat broker. Komisyen yang diterima ialah berdasarkan bilangan client yang trade menggunakan platform yang mereka wakili.
Atas faktor itu, ‘kebiasaannya’ mahu atau tidak, remisier perlu bekerja lebih keras untuk mencari client secara ‘freelance’ supaya ada beras yang boleh dibeli. Jadi, tertubuhlah kedua-dua syarikat Mahersaham (Maher Niaga Sdn Berhad) dan juga iSaham (iSaham Sdn Berhad) pada tahun 2017.
Mahersaham diwakili oleh Maher Alias, remisier Mplus manakala iSaham pula diwakili oleh remisier Mplus juga yang bernama Anas Faris.
Namun, atas beberapa aral yang telah berlaku, syarikat Maher Niaga Sdn Bhd (Mahersaham) telah ditutup, dan kini Mahersaham masih beroperasi dengan skala yang lebih kecil. (Syarikat yang didaftarkan di SSM sahaja yang telah ditutup, Maher Alias masih merupakan remisier Mplus yang sah)
Alhamdulillah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, atas sokongan daripada client yang sedia ada, iSaham dan Mahersaham telah beberapa kali naik ke pentas untuk menerima anugerah tahunan daripada Bursa Malaysia.
Mahersaham (Maher Alias) telah menerima 5 tahun berturut-turut menerima anugerah daripada Bursa Malaysia.


Namun, Anas Faris, remisier iSaham juga telah menerima lebih banyak anugerah dan pencapaian yang hebat. Konsisten mendapat anugerah :
iSaham dan Mahersaham adalah dua jenama berbeza yang menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun CDS. Kedua-duanya mempunyai remisier masing-masing dan menawarkan kelebihan tersendiri kepada pelabur.
Ya, anda boleh membuka akaun CDS melalui Mahersaham. Mahersaham dikendalikan oleh Maher Alias, remisier Mplus yang berdaftar, dan telah menerima anugerah daripada Bursa Malaysia selama beberapa tahun berturut-turut.
Antara kelebihan membuka akaun CDS dengan Mahersaham termasuk akses kepada kelas-kelas eksklusif untuk pelanggan, panduan pelaburan, dan sokongan daripada remisier yang berpengalaman dan telah diiktiraf oleh Bursa Malaysia.
Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun CDS, tetapi masing-masing mempunyai pendekatan, kandungan pendidikan, dan kelebihan tersendiri yang berbeza untuk membantu pelabur.
Pilih platform yang sesuai dengan keperluan pelaburan anda dan mulakan perjalanan pelaburan saham hari ini.
Buka akaun CDS anda melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.