Kena Scam Dengan Property Manager

Loading...

Hari ini bawa intern kata nak letak barang dulu dekat apartment. Kadang-kadang saya memang buat kerja bodoh berikan offer yang pelik-pelik. Apa yang peliknya, bagi internship dan siap sediakan penginapan lagi sepanjang internship.
.
Dah lama dah tak berurusan dengan orang baru dalam Mahersaham, mungkin langkah ini akan membuka lembaran-lembaran baru. Suatu masa dahulu, Mahersaham ada seorang intern, kemudiannya intern tersebut meningkat naik sampai jadi trainer Mahersaham.. sebelum masing-masing buat haluan sendiri.
.
.
Kisah bermula apabila ada intern berminat nak join Mahersaham buat internship, setelah tengok resume dan buat sesi interview, saya pun bersetuju untuk ambil. Tengok dia perkenalkan lagi kepada dua orang rakan dia, saya dah interview, nampak ok, jadi saya pun tawarkan untuk sertai. Alang-alang lebih seorang, mungkin ada baiknya semua letak kat satu tempat.
.
Kebetulan ada satu property ni saya serahkan kepada satu property manager untuk uruskan, namun dah berbulan ada masalah nak bayar. Kebetulan pula kena dengan sesi latihan intern, jadi daripada terbiar, lebih baik digunakan.
.
.
Mahersaham memang satu branding saya yang berkait dengan pelaburan saham, namun dalam proses nak menyampaikan maklumat dan mengajak orang ramai buka akaun dengan saya, nak menguruskan client, banyak proses ‘backend’ yang berlaku.
.

Ada penulisan. Ada marketing, macam-macam jenis. FB ads, Google ads, TikTok ads. Nak screen kaunter Dan maintain app mahersaham, perlu skill programming. Language seperti Angular, Ionic, Python ada digunakan.
.
Video pun dah lama tak buat sebab memang penat nak hasilkan video. Kalau ada intern yang bidang dia dalam Multimedia sebagai contoh, bolehlah nak join juga.
.
Pastikan anda membuat penyelidikan tentang latar belakang property manager, semak ulasan daripada penyewa terdahulu, dan jangan mudah percaya janji yang terlalu indah. Sentiasa dapatkan perjanjian bertulis yang jelas sebelum membuat sebarang bayaran.
Pengalaman ditipu mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan. Dalam pelaburan saham juga, kita perlu sentiasa buat analisis sendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan.
Ya, Mahersaham membuka peluang internship dalam pelbagai bidang termasuk penulisan, pemasaran digital, pengaturcaraan, dan multimedia. Mahersaham turut menyediakan kemudahan penginapan untuk intern terpilih.
Langkah pertama ialah membuka akaun CDS dan mendapatkan bimbingan yang betul. Mahersaham menyediakan panduan lengkap, sesi coaching, dan alat analisis untuk membantu pelabur baru memahami asas pelaburan saham.
Pengalaman pahit mengajar kita untuk lebih bijak dalam urusan kewangan. Jadikan setiap pengajaran sebagai motivasi untuk membina kekayaan melalui pelaburan yang betul.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.