Kepentingan Memahami Pengaruh Sentimen Pasaran Dalam Saham

Loading...

Setiap trader atau pelabur perlu memahami bahawa pasaran saham berkait rapat dengan sentimen. Ia boleh jadi sentimen yang negatif atau positif maka reaksi pasaran akan seiring dengan penurunan atau kenaikan harga saham.
Market sentiment is the overall attitude of investors toward a particular security or financial market. Market sentiment is the feeling or tone of a market, or its crowd psychology, as revealed through the activity and price movement of the securities traded in that market. – Definisi Market Sentiment melalui Investopedia
Dapat dirumuskan disini bahawa sentimen pasaran ialah keadaan keseluruhan pasaran yang dicorakkan oleh sesuatu perkara utama yang bakal mempengaruhi pergerakan turun naik pasaran dalam satu tempoh tertentu. Bacaan berkaitan: Apa Itu Market Sentiment?
Sekiranya faktor utama sentimen tersebut berbentuk positif, ia akan merangsang pergerakan saham ke arah aliran menaik. Sebaliknya, sekiranya sentimen pasaran negatif, banyak kaunter rugi mengatasi kaunter untung.
Untuk traders, awal pagi sebelum pasaran dibuka mereka akan alert dengan closing indeks Dow Jones. Selalunya jika indeks besar ini jatuh menjunam, pasaran serantau akan turut terjejas. Sebagai contoh untuk tahun 2018, kejatuhan terburuk dalam sehari Dow Jones adalah pada 5 Februari lepas dengan kejatuhan 1175 mata manakala pada 10 Oktober lepas, Dow Jones sekali lagi jatuh 822 mata. KLCI pada hari berikutnya masing-masing jatuh 40 dan 38 mata setelah kejatuhan Dow.


Untuk rujukan anda dimasa hadapan, kami senaraikan beberapa indeks antarabangsa utama yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui sentimen pasaran semasa.
| Negara | Nama Bursa | Indeks |
Waktu Dagangan Tempatan |
|
| Amerika Syarikat | New York Stock Exchange | Dow Jones Industrial Average (Dow) | 09:30-16:00 | |
| United Kingdom | London Stock Exchange | FTSE 100 | 08:00-16:30 | |
| Jerman | Frankfurt Stock Exhange | Dax | 09:00- 17:30 | |
| Jepun | Tokyo Stock Exhange | Nikkei 225 | 09:00- 15:00 | |
| Hong Kong | Hong Kong Stock Exchange | Hang Seng | 09:30-16:00 |
Selain itu, harga komoditi seperti crude oil dan brent oil turut memainkan peranan penting untuk saham dalam sektor industri oil & gas. Baca juga: Kenaikan Harga Minyak Mentah.
Tambahan kepada mereka yang mempunyai akaun investing.com, untuk memudahkan kajian saham anda boleh download aplikasi investing.com dan menggunakan tool percuma yang mereka sediakan. Sebagai contoh dibawah, melalui tab portfolio, saya telah masukkan semua maklumat berkaitan sentimen.

Sentimen pasaran merujuk kepada sikap keseluruhan pelabur terhadap pasaran saham — ia boleh jadi positif (bullish) atau negatif (bearish) dan mempengaruhi pergerakan harga saham secara langsung.
Sentimen positif mendorong pelabur membeli dan harga naik, manakala sentimen negatif menyebabkan pelabur menjual dan harga jatuh — ia berkait rapat dengan berita ekonomi, politik, dan peristiwa global.
Antara indikator sentimen termasuk Fear and Greed Index, VIX (Volatility Index), dan data put/call ratio — kesemua ini boleh memberi gambaran sama ada pasaran dalam keadaan tamak atau takut.
Langkah terbaik ialah menggabungkan sentimen pasaran dengan analisis teknikal dan fundamental bagi mendapatkan trading setup yang terbaik — jangan bergantung pada satu jenis analisis sahaja.
Nak mula belajar menganalisis sentimen pasaran dan melabur dengan lebih bijak? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: