Kenapa Keuntungan LAYHONG Berkurang Dan Adakah Ia Akan Berulang?

Loading...

Layhong punya saham sudah pun jatuh lebih daripada 40% sejak 2bulan lepas.
Antara faktor penyumbang kepada kejatuhan harga saham LAYHONG adalah keuntungan LAYHONG yang jatuh teruk.

Sebab utama adalah disebabkan oleh harga telur.
Layhong menjual 3 jenis telur:
Layhong menghasilkan 3 juta telur setiap hari.
34.2% dari keseluruhan telur dating dari jenis functional eggs.
Liquid eggs adalah 20% dari keseluruhan telur.
Table eggs boleh dianggap lebih kurang 50% keseluruhan telur.
Namun demikian, Layhong terpaksa menjual table eggs dengan harga yang lebih rendah sedangkan kos untuk ladang ternakan sedikit meningkat.

Sumber : Semakan Harga Telur Ayam 2018
Makanan ayam adalah jagung dan kacang soya.
Kedua-dua ini diimport dalam USD.
Jadi faktor yang memainkan peranan adalah harga jagung, harga kacang soya dan juga pertukaran matawang Ringgit dan USD.
Namun benda yang perlu diingat juga adalah Layhong boleh menyimpan stok makanan ayam kerana mereka boleh bertahan lama.
Berdasarkan report dari UOB, 4-5% perubahan untung untuk setiap 1% perubahan harga makanan ayam.
Kebiasaannya penternak menyimpan bekalan makanan sehingga 6bulan. Oleh sebab itu, harga yang dibayar oleh mereka hari ini hanya akan nampak dalam laporan untung rugi syarikat 6 bulan kemudian.
Pihak Pengurusan menyedari pentingnya memfokuskan kepada produk bermargin tinggi seperti liquid eggs.
Layhong sudah pun memiliki satu kilang untuk mempasteurkan liquid eggs di Meru, Klang.
Mereka dalam proses hendak membina satu lagi kilang di Pasir Gudang Johor.
Layhong pada ketika ini diniagakan pada 9x PER berbanding 16x PER.
Tambahan pula, kos makanan ayam sebenarnya adalah rendah kerana harga jagung dan harga kacang soya telah jatuh teruk (menguntungkan Layhong) bermula bulan Mei.
Ketika kita hendak melabur dalam sesebuah syarikat, apa yang penting bukanlah keuntungan dalam jangka masa yang singkat.
Namun adakah syarikat berkemampuan untuk menjana keuntungan dalam jangka masa panjang dan adakah ia mampu bertahan?
Segmen ini adalah 50% daripada jualan tahunan LAYHONG.

Mula masuk ke dalam market pasaran sejuk pada tahun 2012 di bawah brand Nutriplus.
Produk utama mereka adalah sosej dan nugget.
Margin keuntungan adalah stabil dan tinggi (lebih kurang 23% secara kasar).
Bahagian frozen food juga dikatakan adalah ‘downstream’ dan dalam ‘downstream’, brand yang bagus mampu mendapatkan keuntungan yang lebih besar.
Di Malaysia, makanan berasaskan sumber protein dari haiwan adalah pasaran yang agak tepu dan kurang mampu untuk berkembang besar.
Had limit adalah populasi penduduk dan persaingan antara syarikat, dan ini akan menyebabkan kita bergantung hanya kepada persaingan dari segi harga.
Penyelesaiannya?
Kemampuan untuk mengeksport makanan ke luar negara adalah satu kelebihan kepada LAYHONG.
Dengan banyuan dari NH Foods LTD syarikat Jepun, LAYHONG bakal membuka pasaran baru.
NH Foods dahulunya dikenali sebagai Nippon Ham, dan mereka adalah syarikat No 1 daging segar di Jepun dan adalah no 4 terbesar dalam dunia.
Sudah pun menjejaki 18 negara, sales bagi syarikat Jepun ini adalah 11.4Billion USD pada tahun lepas!
Pasaran makanan halal adalah satu pasaran yang besar dan cepat berkembang.
Masalah NH Food adalah mereka tidak memiliki lessen atau sijil halal untuk menjual produk di negara-negara muslim.
Oleh sebab itu, pada tahun 2016, NH Food memilih Malaysia sebagai eksport hub untuk makanan halal, dan menjadikan LAYHONG sebagai rakan bisnes.
Pada Januari 2016, NH Foods telah membeli 23% saham LAYHONG pada harga 58sen seunit dan tidak pernah menjual sebarang warrant pun!
Jika anda membeli saham LAYHONG, kos anda mungkin lebih rendah dari NH Foods iaitu RM0.535 seunit saham.
Hasil Joint Venture (JV) mereka sedang membina satu kilang memproses makanan yang dijangka siapa September 2018 dan seterusnya meningkatkan kapasiti LAYHONG memproses makanan sebanyak DUA KALI GANDA!
49:51 split.
LAYHONG akan menghasilkan ayam dan telur sementara NH Foods akan bertanggungjawab untuk R&D, pembuatan, eksport dan jualan di luar negara.
Sementara kilang mereka siap, mereka juga sudah mula menghasilkan beberapa produk dan dijual dalam Malaysia.

Hasilnya, mereka berjaya mengembangkan pasaran frozen food sebanyak 37% tahun lepas.
Itupun jualan dalam Malaysia sahaja.

Satu perbandingan antara pesaing LAYHONG :

LAYHONG adalah pemain yang paling rendah nilai jika dikira dari sudut PE Ratio.
Perbandingan yang lebih dekat dengan model bisnes LAYHONG adalah QL Resources.
QL Resources diniagakan pada PE Ratio 45x sedangkan LAYHONG adalah 9.8
Walaubagaimanapun hal ini tidak bermakna 45x adalah harga ‘fair’ untuk LAYHONG, Cuma yang nak ditekankan adalah risiko untuk melabur dalam LAYHONG adalah tersangat rendah.
Keuntungan LAYHONG merosot disebabkan kenaikan kos makanan ayam (jagung dan kacang soya) yang meningkat mendadak. Apabila kos input naik tetapi harga jualan tidak dapat dinaikkan, margin keuntungan syarikat akan terjejas.
PE Ratio (Price-to-Earnings Ratio) ialah nisbah harga saham berbanding keuntungan sesaham. PE yang rendah berbanding pesaing menunjukkan saham tersebut mungkin undervalued, tetapi ia perlu dinilai bersama faktor lain seperti prospek pertumbuhan.
Tidak semestinya. Kejatuhan keuntungan boleh bersifat sementara disebabkan faktor luaran seperti kenaikan kos bahan mentah. Pelabur perlu melihat trend jangka panjang dan potensi pemulihan sebelum membuat keputusan.
Membandingkan PE Ratio, margin keuntungan, dan pertumbuhan dengan pesaing seperti QL Resources membantu pelabur memahami sama ada saham itu murah atau mahal secara relatif dalam industri yang sama.
Analisis fundamental seperti PE Ratio dan perbandingan pesaing adalah kemahiran penting untuk setiap pelabur — mulakan dengan membuka akaun pelaburan anda.
Buka akaun CDS dan mula mengkaji saham-saham fundamental di Bursa Malaysia — Daftar akaun CDS sekarang.
Dapatkan ebook asas pelaburan saham secara percuma untuk memahami konsep fundamental dan teknikal — Muat turun ebook percuma di sini.
Bacaan lanjut: