Kronologi Right Issue-Apa Sebenarnya Berlaku

Apa Itu Right Issue?
Right issue adalah suatu bentuk Corporate Exercise yang dibuat oleh sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Ianya bertujuan untuk syarikat mengumpulkan modal tambahan baru.
Pemegang saham yang memiliki saham ini boleh membeli (Subscribe) right issue ini pada tawaran harga yang lebih rendah (diskaun).
Dan pemegang saham juga boleh membuat pilihan untuk Subscribe Right issue atau pun tidak bergantung pada shareholder itu sendiri.
Sebab-Sebab Right Issue
Right issue berlaku disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Syarikat sedang mengalami masalah kewangan.
- Syarikat perlukan modal tambahan untuk struktur semula bisnes yang dijalankan.
- Untuk tujuan kembangkan bisnes syarikat.
Jika anda memiliki saham yang melakukan Right issue ini, anda akan menerima surat ke alamat anda ‘Right Subscription Form‘ untuk anda dapatkan details aktiviti, perancangan dan kewangan syarikat bagi tujuan kembangkan bisnes mereka.
Dari situ, anda boleh tentukan sama ada anda bersetuju untuk Subscribe atau tidak.
Ex-Date
Ex-Date pula adalah tarikh akhir untuk melayakkan diri anda mendapatkan tawaran Right issue syarikat.
Sebagai contoh, syarikat ABC umumkan Ex-Date Right Issue pada 3 Julai 2021
Anda membeli saham ABC pada 1 Julai 2021.
Jika anda simpan (hold) sehingga 3 Julai 2021, anda dikira layak mendapat ABC-OR dan akan muncuk di Portfolio anda ABC-OR.
Kesan Right Issue
Apabila berlaku Right Issue biasanya harga Mother Share akan jatuh hingga ke paras harga Right Issue tersebut.
Cara Kira Conversion Ratio
Conversion ratio pula adalah nisbah right issue bagi pengiraan unit saham yang layak untuk diberikan pada pemegang saham.
Sebagai contoh, syarikat ABC umumkan conversion ratio 2:5. Ini bermaksud setiap 5 pegangan unit saham yang dimiliki akan mendapat 2 unit saham Right issue.
Contohnya anda memiliki 10,000 unit saham ABC.
Jadi cara kira right issue adalah 10,000/5 x 2 = 4,000 unit saham ABC-OR
Maka di portfolio anda akan muncul ABC-OR = 4,000 unit dan Mother Share ABC = 10,000 unit.
Dan ada sesetengah right issue juga syarikat memberikan Free Warrant. Jadi di portfolio anda juga boleh muncul warrant ABC bergantung semasa Anouncement Right Issue tersebut.
Case Study Right Issue

Disini terdapat 4 contoh Case Study untuk melayakkan anda mendapatkan Right issue.
- Ali beli saham ABC pada 1 Julai iaitu sebelum hari Ex-Date, 3 Julai. Walaupun Ali jual pada hari Ex-Date Ali masih dikira layak mendapat Right issue ABC-OR.
- Siti beli saham ABC pada 2 Julai iaitu sehari sebelum Ex-Date, kemudian jual saham ABC pada hari Ex-Date 3 Julai masih dikira layak mendapat Right issue ABC-OR.Jual pada hari Ex-Date tidak menjadi masalah dan masih layak mendapat Right Issue.
- Puan Limah beli saham ABC pada hari Ex-Date, 3 Julai dan jual sehari selepas hari Ex-Date.Maka Puan Limah tidak layak mendapat Right issue kerana beli pada hari Ex-Date. Untuk mendapat right Issue perlu beli sekurangnya sehari sebelum Ex-Date.Beli pada hari Ex-Date sudah tidak layak mendapat Right Issue.
- Encik Abu beli saham ABC pada 2 Julai sehari sebelum Ex-Date dan jual selepas hari Ex-Date pada 4 Julai.Encik Abu layak mendapat Right Issue kerana beli sehari sebelum Ex-Date.
Kronologi Right Issue

Untuk fahamkan apa sebenarnya yang berlaku dalam Right issue ini, anda boleh semak kronologi right issue seperti pada gambar rajah diatas.
Pertama, jika anda beli saham ABC sebelum tarikh Ex-Date. Kemudian jual pada hari Ex-Date atau simpan maka anda layak mendapat Right Issue.
Jika anda layak mendapat Right Issue maka anda akan nampak munculnya ABC-OR di Portfolio anda.
Anda mempunyai pilihan sama ada boleh jual macam biasa ABC-OR tersebut atau biarkan sahaja hingga Expired.
Selepas expired anda diberi pilihan untuk Subscribe atau tidak. Jika nak Subscribe kena bayar unit ABC-OR anda terima dengan harga yang telah diberitahu. Itulah jumlah right issue yang anda perlu bayar.
Jika tak Subscribe right issue pun tak menjadi masalah. Ianya bergantung pada anda sama ada berbaloi atau tidak.
Dan sesetengah Right issue juga datang dengan Free Warrant. Jika ada free Warrant ini maka anda akan dapat free warrant di Portfolio anda selepas subscribe right issue.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu right issue dalam saham?
Right issue adalah corporate exercise oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk mengumpulkan modal tambahan. Pemegang saham sedia ada diberi hak (right) untuk membeli saham baharu pada harga yang biasanya lebih rendah daripada harga pasaran.
2. Adakah wajib subscribe right issue?
Tidak wajib. Keputusan untuk subscribe right issue bergantung pada anda. Anda boleh pilih untuk subscribe, jual right tersebut di pasaran, atau biarkan sahaja sehingga tamat tempoh.
3. Apa itu ABC-OR yang muncul dalam portfolio?
ABC-OR adalah simbol right issue yang akan muncul secara automatik dalam portfolio CDS anda. OR bermaksud Offer Right. Anda boleh jual ABC-OR ini di pasaran atau tunggu sehingga expired untuk subscribe.
4. Adakah right issue datang dengan free warrant?
Tidak semestinya. Sesetengah right issue datang bersama free warrant sebagai insentif tambahan, tetapi ia bergantung pada terma yang ditetapkan oleh syarikat. Semak prospektus syarikat untuk maklumat terperinci.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apa itu right issue dalam saham?
Right issue adalah corporate exercise oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk mengumpulkan modal tambahan. Pemegang saham sedia ada diberi hak (right) untuk membeli saham baharu pada harga yang biasanya lebih rendah daripada harga pasaran.
2. Adakah wajib subscribe right issue?
Tidak wajib. Keputusan untuk subscribe right issue bergantung pada anda. Anda boleh pilih untuk subscribe, jual right tersebut di pasaran, atau biarkan sahaja sehingga tamat tempoh.
3. Apa itu ABC-OR yang muncul dalam portfolio?
ABC-OR adalah simbol right issue yang akan muncul secara automatik dalam portfolio CDS anda. OR bermaksud Offer Right. Anda boleh jual ABC-OR ini di pasaran atau tunggu sehingga expired untuk subscribe.
4. Adakah right issue datang dengan free warrant?
Tidak semestinya. Sesetengah right issue datang bersama free warrant sebagai insentif tambahan, tetapi ia bergantung pada terma yang ditetapkan oleh syarikat. Semak prospektus syarikat untuk maklumat terperinci.
Kesimpulan
Keputusan untuk subscribe right issue terletak di tangan anda. Pastikan buat pengiraan modal tambahan dan pulangan yang bakal diperoleh sebelum membuat keputusan.
Jom mulakan langkah pelaburan anda dengan betul. Buka Akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan bimbingan lengkap. Muat turun juga Ebook Percuma untuk kuasai asas pelaburan saham.