Limit Up Dan Limit Down Untuk IPO Dan Saham Bursa Malaysia

Loading...

Dalam saham, Bursa sudah menetapkan had limit kenaikan dan penurunan setiap harga saham yang tersenarai di Bursa.
Hal ini adalah bagi mengawal pergerakan harga pada hari dagangan dan mengelakkan daripada berlaku sindiket tidak sihat yang boleh menyebabkan spekulasi harga saham.
Dengan adanya fungsi Limit Up dan Limit Down ini harga saham terhad dan hanya boleh naik atau turun hingga paras harga yang telah ditetapkan sahaja.
Terdapat 2 jenis Limit anda perlu tahu iaitu:
Dalam artikel ini akan menerangkan kedua-dua fungsi Limit Up dan Limit Down ini.
Limit Up adalah paras tertinggi sesuatu harga saham dalam sehari. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:
Bagi saham berharga RM1 dan ke atas, kenaikan harga saham maksima adalah 30% daripada harga tutup semalam.

Sebagai contoh, harga saham ABC semalam tutup pada harga RM1.25
Jadi limit Up saham ABC adalah;
RM1.25 + (RM1.25 X 30%) = RM1.625
Bagi saham di bawah RM1, kenaikan maksima adalah 30 sen / RM0.30 sehari daripada harga tutup semalam.

Jika harga tutup, saham XYZ RM0.50, maka limit Up adalah;
RM0.50 + RM0.30 = RM0.80
Apa yang anda perlu tahu adalah apabila sampai paras limit Up, harga saham tidak akan naik lagi lebih dari paras Limit Up ini.
Limit Down pula adalah paras terendah sesuatu harga saham jatuh dalam sehari. Ia terbahagi kepada 2 iaitu:
Bagi saham RM1 ke atas, harga maksima jatuh dalam sehari 30% daripada harga tutup semalam.

Contohnya, harga saham ABC semalam tutup pada harga RM1.25
Jadi limit Down saham ABC adalah;
RM1.25 – (RM1.25 X 30%) = RM0.875
Manakala, bagi saham berharga RM1 ke bawah kejatuhan maksima adalah 30 sen/ RM0.30 daripada harga tutup semalam.

Bermaksud jika harga tutup, saham XYZ RM0.50, maka limit Down adalah;
RM0.50 – RM0.30 = RM0.20
Apabila paras harga saham jatuh ke paras Limit Down ini, harga saham tidak boleh jatuh lagi melebihi paras Limit Down ini.
Berdasarkan link pdf dari laman web Bursa Malaysia ini,

Kesimpulannya adalah IPO boleh mencecah sehingga 400% atau 5x ganda dari harga IPO pada hari ia disenaraikan di Bursa Malaysia.
Nak tengok harga tersebut dalam app mplus mudah sahaja. Search nama kaunter then tekan bahagian QUOTE.
Limit up limit down kaunter atas RM1

Rujuk kotak merah dalam gambar untuk melihat limit up dan limit down kaunter ini.
Limit up limit down kaunter bawah RM1

Sama juga, rujuk kotak merah dalam gambar untuk melihat limit up dan limit down kaunter ini. Senang bukan cara nak baca di MPlus App?
Limit Up ialah had harga tertinggi yang boleh dicapai oleh sesuatu saham dalam satu hari dagangan, manakala Limit Down ialah had harga terendah. Had ini ditetapkan oleh Bursa Malaysia untuk mengawal pergerakan harga.
Had ini bertujuan mengawal spekulasi harga oleh sindiket dan mengelakkan kenaikan atau kejatuhan harga saham secara tidak terkawal. Ia melindungi pelabur daripada turun naik harga yang melampau.
Ya, had limit berbeza mengikut julat harga saham. Saham bawah RM1 mempunyai peratusan had yang berbeza berbanding saham atas RM1. Anda boleh semak had limit di platform dagangan seperti Mplus App.
Di Mplus App, anda boleh melihat had limit up dan limit down pada paparan maklumat kaunter saham. Rujuk bahagian yang menunjukkan harga tertinggi dan terendah yang dibenarkan untuk hari dagangan tersebut.
Harga tertinggi dan terendah sesuatu saham hanya boleh naik atau jatuh mengikut had limit yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Limit Up dan Limit Down wujud untuk mengelakkan spekulasi harga tanpa kawalan.
Untuk mula melabur saham di Bursa Malaysia, anda wajib ada akaun CDS. Buka akaun CDS sekarang bersama kami. Untuk belajar asas saham, dapatkan ebook percuma daripada Mahersaham.