Mahersaham Traders Gathering – 23 Julai (Pulse Grande Hotel)
<p>. Program telah berlangsung selama lebih kurang 6 jam bermula jam 10.30 pagi hingga 5 petang. . Semuanya berjalan dengan baik, syukur alhamdulillah. . Seramai lebih kurang 22 orang peserta…</p>

.
Program telah berlangsung selama lebih kurang 6 jam bermula jam 10.30 pagi hingga 5 petang.
.
Semuanya berjalan dengan baik, syukur alhamdulillah.
.
Seramai lebih kurang 22 orang peserta telah hadir untuk mendengar perkongsian saya.
.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang masih mengekalkan ‘ranking’ transaksi saham tertinggi, dan bagi klien yang tetap meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu pelaburan saham, cuba lagi untuk bulan depan.
.
Kepada mereka yang masih baru dalam pelaburan saham dan ‘willing’ untuk bayar semata-mata nak hadir ke program ini, saya ucapkan semoga anda terus sukses dalam saham.
.
Pada pertemuan kali ini, saya kongsikan kepada mereka beberapa perkara penting yang wajib ada pada seorang ‘trader’ sebelum mereka belajar dengan lebih mendalam tentang keseluruhan elemen-elemen lain dalam saham.
.
Perkara wajib tersebut ialah, mereka perlu pandai kawal emosi, tahu waktu yang sesuai untuk ‘trade’, berapa modal yang diperlukan untuk ‘trade’ serta ‘framework’ atau ‘setting’ apa nak pakai semasa melihat ‘chart pattern’.
.
Antara elemen-elemen lain yang diajar termasuklah ‘chart pattern’, ‘market structure’, dan cara menggunakan ‘platform M+’.
.
Saya yakin dan percaya bila mereka faham asas tersebut, mereka sedar yang mereka ni sebenarnya tergolong dalam kategori yang mana satu.
.
Bila mereka tak faham benda asas tu yang kadang-kadang, menyebabkan mereka hilang fokus untuk ‘maximise’ keuntungan dalam saham.
.
Sebab tu tak hairan kalau kita dengar memang ada pelabur yang asyik rugi dan tak pernah dapat untung, kemudian selalu nak ‘give up’ dan ‘stop’ terus jual beli saham.
.
Mereka terus ‘blame’ yang saham ni susah lah, buat kerja lain lagi bagus, orang kaya bolehlah main saham ni dan macam-macam lagi.

.
Kadang-kadang, ada sesetengah pelabur yang ghairah nak kejar untung, main beli saham tanpa buat analisa, tak tahu ‘trading plan’ yang betul, dan konon-konon bila sekali tengok orang lain jual beli saham, terus faham dan boleh buat untung.
.
Tapi sebenarnya mereka tak tahu pun kriteria asas untuk jadi seorang pelabur.
.
Sebab tu mereka gagal dalam pasaran saham.
.
Saya tahu ramai lagi di luar sana yang bersungguh-sungguh nak belajar ilmu saham tapi masih rasa tak faham dengan kaedah yang digunapakai oleh mentor-mentor saham yang lain.
.
Tapi di Mahersaham, kalau nak ‘screen’ kaunter berpotensi, atau nak cari maklumat terperinci tentang sesuatu kaunter, boleh akses ‘mahersaham app’ atau ‘mahersaham support bot’ di telegram dan dapatkan info berkaitan.
.
Selain itu, saya cuba sedaya upaya untuk ‘simplify’ cara saya sampaikan ilmu tersebut supaya mereka tak rasa rugi masa datang belajar dalam ‘traders gathering’.
.
Jadi, mereka dapat selalu luangkan masa untuk belajar walaupun terpaksa datang dari jauh semata-mata nak belajar ilmu-ilmu pelaburan saham setiap kali ‘traders gathering’ diadakan.
.
InshaAllah, Mahersaham akan cuba adakan kembali kelas-kelas saham seperti ‘Supertrader’ yang pernah diadakan sebelum ini.
.
Kalau ikutkan, saya memang suka dengan orang yang bersungguh-sungguh nak tuntut ilmu walaupun sedar yang dia tak ada banyak modal, tapi tetap nak belajar dengan harapan bila dapat buat untung dalam saham nanti, boleh bayar kelas-kelas saham pada masa akan datang.
.
Sebab tu, saya ‘salute’ orang yang tak berapa nak ada modal yang cukup untuk melabur, tapi masih nak buka akaun CDS dan cuba belajar ‘trade’.
.
Orang macam ni selalunya tak jemu belajar selagimana dia rasa diri masih banyak kekurangan.
.
Ramai juga orang yang saya jumpa, ada yang dah pencen, ada yang dah nak pencen dalam masa beberapa bulan, masih mencari ‘source of income’ selepas bersara nanti.
.
Selalunya, orang macam nilah yang akan lebih berjaya.
.
Kadang-kadang orang yang rasa diri dah pandai dan tak perlu belajar mungkin kurang berjaya sedikit.
.
Saya tak nafikan, memang ada orang yang berbakat dalam saham, belajar sekali terus boleh ‘apply’, itu rezeki masing-masing. Ukur baju di badan sendiri.
.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, latar belakang seseorang tak kiralah, director syarikat, engineer, arkitek dan sebagainya tak menentukan seseorang tu boleh berjaya jika tak belajar panduan atau sistem yang betul untuk buat untung dalam jual beli saham.
.
Lagi satu perkara yang buatkan ramai menjauh untuk belajar saham ialah, kalau nak ‘attend’ mana-mana kelas saham kena bayar mahal.
.
Kita tak boleh lari dari hakikat yang nak belajar ilmu apa pun dalam dunia ni perlu bayar kos tersendiri termasuklah untuk seseorang tu jadi pandai buat untung dalam saham.
.
Walaubagaimanapun, saya ambil inisiatif untuk mudahkan semua orang belajar saham tidak kira siapa.
.
Langkah pertama untuk pandai dalam pelaburan saham ialah dengan buka akaun cds dengan saya.
.
Kalau buka akaun CDS dengan mahersaham, ada banyak kemudahan yang disediakan, tinggal nak belajar cara guna sistem dan kemudahan yang ada, dan ikut teknik yang diajarkan.
.
Kemudian, akan dapat sekali dengan panduan-panduan yang berguna yang saya dah susun sendiri bersama dengan team saya untuk memudahkan pembelajaran saham yang sistematik.
.
Sebab dalam pelaburan saham, saya yakin semua orang boleh berjaya buat untung walaupun orang tu memang dah ada banyak pengalaman dalam bidang-bidang lain ataupun memang langsung tak ada pengalaman dan zero dalam saham.
.
Kunci kejayaan ialah belajar dan terus belajar dengan konsisten.
.
Belajar sekali, kalau tak faham, belajar lagi, banyakkan bertanya, selalu buat latihan dan sebagainya.
.
Banyak lagi yang saya suka nak kongsikan tapi memadailah untuk kali ini, inshaAllah next posting akan ada banyak perkongsian yang bermanfaat, ‘stay tuned’.
.
Klik link di bawah untuk buka akaun CDS dan mula langkah pertama melabur saham.
.
Jom melabur dengan saya sekarang!