Kemerdekaan Negara Malaysia dan Makna kepada Rakyat

Loading...

Kemerdekaan negara Malaysia telah pun dicapai sejak lebih dari 6 dekad yang lalu.
Pada 31 Ogos 1957 telah melakar sejarah buat negara kita, Malaysia meraikan tarikh keramat ini iaitu Hari Kebangsaan Negara.
Pada tahun 2019 ini juga, seluruh rakyat Malaysia bakal menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-62.
Kemerdekaan ini memberikan makna yang berbeza bagi setiap individu.
Walaubagaimanapun, mungkin generasi muda yang lahir selepas merdeka tidak merasai makna sebenar kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tun Abdul Rahman pada 1957 dahulu.
Namun, jika ditanyakan kepada generasi zaman penjajahan dahulu, sudah pasti mereka lebih memahami erti kemerdekaan itu kerana merasai kesusahan dan keperitan semasa waktu tersebut.
Dengan penjajahan yang kejam oleh komunis, tipu jika ia tidak meninggalkan kesan kepada nenek moyang kita dahulu kala.
Ada yang mendefinasikan merdeka itu menjurus kepada perspektif daripada persekitaran dengan kehidupan yang aman damai dan makmur.
Namun ada juga yang mentafsirkan makna kemerdekan itu adalah kebebasan daripada suatu penaklukan.
Apa pun yang ditakrifkan kedua-duanya betul selagi ianya tidak lari daripada maksud kebebasan.
Tema Hari Kebangsaan 2019 tahun ini telah dipilih iaitu Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih dan telah pun diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada 24 Julai 2019 yang lalu.
Jika dikaitkan makna sebuah kemerdekaan dengan kehidupan kita pada hari ini, adakah anda sudah merdeka daripada dibelenggu hutang, krisis kewangan, kesempitan hidup dan segala jenis masalah kewangan yang ramai hadapi pada hari ini.
Tepuk dada tanya pada diri anda.
Malaysia merdeka dengan kebebasan daripada taklukan penjajah, tetapi apakah kemerdekaan yang anda cipta dalam kehidupan anda?
Jika ada yang kata sudah ditakdirkan hidup susah, nak buat macam mana.
Anda silap.
Mungkin memang anda daripada keluarga yang berpendapatan kecil, tatapi itu bukan penyebab untuk anda terus dihimpit kesempitan jika anda sendiri tidak mahu berusaha memajukan diri.
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika sesuatu kaum itu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka
Kemerdekaan bukan sahaja bermaksud kebebasan politik, tetapi juga kebebasan ekonomi. Rakyat yang celik kewangan dan mampu menguruskan wang dengan bijak adalah rakyat yang benar-benar merdeka — tidak dihimpit hutang dan mampu membina kekayaan untuk generasi akan datang.
Kemerdekaan kewangan bermula dengan disiplin menyimpan, mengurangkan hutang, dan mempelajari ilmu pelaburan. Melabur dalam saham, hartanah, atau perniagaan membolehkan wang bekerja untuk anda. Semakin awal anda mula, semakin cepat anda mencapai kebebasan kewangan.
Anak muda mempunyai kelebihan masa — kuasa faedah kompaun lebih berkesan jika dimulakan awal. Dengan kos sara hidup yang meningkat dan ketidakpastian ekonomi, bergantung pada gaji semata-mata tidak mencukupi. Pelaburan saham adalah salah satu cara untuk membina kekayaan jangka panjang.
Langkah pertama ialah membuka akaun CDS untuk melabur dalam saham di Bursa Malaysia. Kemudian, belajar asas analisis fundamental dan teknikal. Mulakan dengan modal kecil, fahami risiko, dan tingkatkan pelaburan secara berperingkat apabila ilmu dan pengalaman semakin kukuh.
Kemerdekaan sebenar bermula apabila anda mengambil langkah untuk mengubah nasib kewangan sendiri — dan pelaburan saham adalah salah satu jalan yang terbukti berkesan untuk membina kekayaan jangka panjang.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan capai kemerdekaan kewangan anda.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari kosong.
Bacaan lanjut: