TIPS KEWANGAN – CARA URUS KEWANGAN PART 1

Loading...

Sudah baca artikel sebelum ini tentang 5 Asas Kewangan untuk Individu. Antara yang telah dikongsikan dalam artikel tersebut adalah penting bagi seseorang individu menitikberatkan 5 perkara ini:
Jadi artikel kali ini pula akan kongsikan tips kewangan yang kita boleh gunakan hanya dengan Smartphone sahaja.

Zaman nenek moyang dan mak ayah kita dulu cara mereka catat adalah menggunakan buku 555.
Siapa yang lahir tahun 90-an mesti pernah tengok kan? Saya sempat. Bagusnya orang tua kita. Setiap perkara mereka akan catat dalam buku tersebut.
Sampai hari ini masih ada yang suka guna cara old school ini. Tidak salah. Bagus. Kerana anda mencatat!
Namun begitu, zaman dah berubah. Kita banyak terdedah dengan teknologi. Anak-anak muda lebih suka menggunakan teknologi dan gadget.
Ada yang mencatat dengan menggunakan Excel. Tetapi cara ini ianya terhad jika kita keluar ke mana-mana agak sukar untuk catat kerana perlu membuka laptop.
Walaupun begitu, ia bukanlah alasan untuk anda tidak mencatat.
Jadi jom saya kongsikan cara mudah untuk mencatat.
Pertama, anda buka Aplikasi telegram. Pergi ke bahagian 3 garis atas kiri skrin anda. Disitu cari New Channel. Kemudian create Channel. Setkan ia private kerana untuk anda sahaja lihat.
Apa sahaja anda lakukan anda boleh update dalam channel tersebut.
Mudahkan?
Jadi tiada lagi alasan “alaa lupa bawa pen lah”, “alaa kena buka laptop lah” dan sebaginya.
Hari pertama dapat gaji belajar uruskan dengan baik.
Dapat gaji sahaja jangan terus pergi bank cucuk kad dan keluarkan duit.
Pertama sekali, buka telegram anda dan pergi ke Channel yang telah di buat tadi. Kemudian update jumlah gaji yang masuk.
Ingat setiap duit yang masuk atau keluar mesti catat.
Contoh jika duit keluar boleh letak negative (-) di depan nilai RM tersebut sebagai tanda duit yang keluar.
Contoh: “Bayar rumah sewa -RM500”
Kalau ada duit masuk letak positif (+) bermaksud duit masuk.
Ini memudahkan anda untuk mengira di akhir bulan nanti. Ibarat seperti penutup akaun untuk bulan tersebut.
Belajar sesuatu?
Kenapa sangat penting lakukan catat ini?
Ia adalah supaya kita boleh adjust semula untuk bulan-bulan seterusnya apa yang terlebih dan apa yang terkurang serta mengelak kita menjadi boros yang boleh mendatangkan masalah kepada kewangan kita.
Langkah pertama ialah mencatat setiap duit yang masuk dan keluar. Anda boleh gunakan aplikasi Telegram untuk membuat channel peribadi dan merekodkan setiap transaksi kewangan harian anda.
Dengan mencatat setiap perbelanjaan, anda boleh mengenal pasti corak perbelanjaan, mengelakkan pembaziran, dan membuat pelarasan untuk bulan seterusnya supaya kewangan lebih terkawal.
Disarankan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Walau bagaimanapun, lebihan daripada mana-mana kategori perbelanjaan juga boleh dimasukkan ke dalam simpanan untuk meningkatkan jumlah tabungan.
Ya, anda boleh gunakan apa sahaja aplikasi yang mudah untuk anda seperti Notes, Google Sheets, atau aplikasi kewangan khusus. Yang penting ialah konsisten mencatat setiap transaksi.
Nak belajar tentang pelaburan dan kewangan dari asas? Daftar Akaun CDS bersama kami untuk bimbingan lengkap. Muat turun juga Ebook Percuma Asas Saham untuk langkah pertama anda dalam pelaburan.