Microlink Sedang Buat Right Issue,Anda Sebagai Pelabur Apa Perlu DiBuat Jika Dapat Tawaran Ini?

Microlink sedang buat Rights Issue, maksudnya mereka tawarkan saham baru kepada pemegang saham sedia ada.
Dalam kes ni:
• Mereka tawarkan sehingga 536,198,080 saham baru
• Pada harga RM0.16 setiap saham
• Siap bagi warrant percuma, 1 warrant untuk setiap 2 saham sedia ada yang dimiliki
• Warrant ni dipanggil detachable, maksudnya boleh diperdagangkan secara berasingan selepas dikeluarkan
Rights Issue ni bersifat ‘Renounceable’
Maknanya:
• Kalau anda sebagai pemegang saham tak nak ambil tawaran saham ni, anda boleh jual hak tu (rights) kepada orang lain di pasaran
• Jadi tak wajib subscribe, tapi ada pilihan untuk jual hak anda tu
Kenapa syarikat buat macam ni?
Biasanya tujuan utama Rights Issue adalah:
- Tambah modal syarikat tanpa perlu buat pinjaman
- Biayai projek baru, pelaburan atau bayar hutang
- Bagi peluang kepada pemegang saham sedia ada untuk kekalkan pegangan mereka tanpa cairkan saham (dilution)
Tarikh Penting:
- Tarikh akhir untuk ambil bahagian: 30 Jun 2025 jam 5.00 petang
• Tarikh akhir untuk jual beli hak rights: 7 Julai 2025
• Tarikh akhir untuk pembayaran dan penerimaan saham: 15 Julai 2025
Nota penting
• Kalau tak ambil peluang subscribe, pegangan saham anda boleh jadi cair (dilution), maksudnya peratus pegangan makin kecil
• Warrant percuma ni boleh jadi menarik kalau harga saham naik, sebab biasanya warrant ni boleh ditukar kepada saham pada harga tetap yang lebih rendah
Ni artikel Mahersaham yang boleh dibaca:
- Kronologi rights issue – Apa sebenarnya berlaku
Penerangan asas tentang apa itu rights issue dalam konteks syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
- Perkara wajib tahu tentang rights issue
Ulasan penting seperti tujuan, proses, risiko, dan implikasinya pada pelabur
- e‑Rights di Bursa Anywhere
Info mengenai cara subscribe rights issue secara elektronik melalui platform Bursa Anywhere
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu right issue dan bagaimana ia berfungsi?
Right issue adalah tawaran syarikat kepada pemegang saham sedia ada untuk membeli saham baharu pada harga tertentu (biasanya lebih rendah daripada harga pasaran). Ia bertujuan mengumpul modal tambahan untuk syarikat. Anda sebagai pelabur berhak tetapi tidak wajib untuk melanggannya.
Apa yang perlu saya buat jika mendapat tawaran right issue?
Anda perlu menilai sama ada harga tawaran berbaloi berbanding harga pasaran semasa, semak tujuan syarikat mengumpul dana, dan buat keputusan sama ada untuk subscribe, jual hak (rights) di pasaran, atau biarkan sahaja hak tersebut luput.
Bagaimana cara subscribe right issue secara online?
Anda boleh subscribe right issue secara elektronik melalui platform Bursa Anywhere (e-Rights). Prosesnya mudah dan boleh dilakukan tanpa perlu ke kaunter bank atau broker.
Adakah right issue menyebabkan harga saham jatuh?
Ya, biasanya harga saham akan mengalami pelarasan (adjustment) selepas tarikh ex-right kerana bilangan saham dalam edaran bertambah. Namun ini tidak semestinya bermakna kerugian jika anda subscribe dan syarikat menggunakan dana dengan baik.
Langkah Seterusnya
Muat turun ebook percuma untuk pelajari asas pelaburan saham termasuk corporate action seperti right issue.
Muat Turun Ebook Percuma Sekarang
Buka akaun CDS hari ini dan mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.