Cara Jual Beli Saham Odd Lot

Loading...

Korang pernah dengar tak mengenai saham odd lot (lot ganjil)?
Seperti yang kita tahu, minimum transaksi adalah sebanyak 1 lot. Di mana 1 lot ini bersamaan dengan 100 unit.
1 lot = 100 unit
Korang tak rasa pelik ka kenapa tetiba wujudnya saham odd lot (lot ganjil) ni?
Sebenarnya tak pelik pun kenapa wujudnya saham odd lot ni. Ada sebab sebenarnya kenapa ia wujud.
Nak tahu tak kenapa saham odd lot ni wujud?
Saham odd lot ini wujud disebabkan beberapa perkara iaitu:
Apa kaitan 3 perkara ni dengan saham odd lot?
Teruskan bacaan kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai saham odd lot ni.
Okay korang bayangkan korang pernah beli saham satu syarikat ni dan bilangan saham tersebut (existing unit) sedikit.
Tidak lama selepas itu berlaku pulak corporate exercise.
Berlaku bonus issue atau share split.
Contoh kali ini adalah bonus issue oleh syarikat QL Resources Berhad.

Andaikan anda mempunyai 300 unit saham QL atau bersamaan 3 lot
Berdasarkan announcement, syarikat QL akan memberikan 1 bonus share untuk setiap 2 unit saham yang dipegang.
Maka, korang layak dapat bonus share sebanyak 300 /2 = 150 unit saham.
150 unit bersamaan dengan 1 lot (100 unit) dan ekstra 50 unit saham.
Total pegangan saham terbaru korang adalah sebanyak 450 unit saham iaitu 4 lot (400 unit) dan ekstra 50 unit.
Bilangan unit yang tidak mencukupi satu lot inilah yang menyebabkan sesuatu saham disebut sebagai odd lot.
Pemegang direct akaun CDS boleh beli saham dan layak datang ke AGM.
Korang tahu tak, dengan pembelian saham serendah seunit, korang dah layak untuk datang ke AGM.
Kelebihan datang AGM :
Teknik apa ni? rasengannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Bagaimana arbitrage ini berlaku?
Ia berlaku disebabkan market yang tak efisien maka segelintir pihak mengambil peluang untuk untung.
Saya beri analogi agar korang lebih mudah untuk pahamkan konsep ini.
Air kotak jenama XYZ yang dijual di Melaka bernilai RM1 namun air kotak yang sama berharga RM2 apabila diniagakan di Kuala Lumpur.
Jadinya ada pihak yang beli air kotak XYZ di Melaka lalu diniagakan di Kuala Lumpur. Daripada situ, pihak terbabit telah mendapat keuntungan.
Boleh jadi saham odd lot diniagakan lagi murah di market odd lot
Jom kita buka platform untuk dapatkan bukti yang jelas.
Pertama: Buka platform mplusonline.com .

Kemudian login setelah isi username dan password anda.
Kedua: Cari kaunter dan right klik kemudian pergi ke odd lot info.
Rujuk gambar rajah di bawah

Setelah klik pada butang odd lots info, paparan seperti gambar rajah di bawah akan keluar.
Korang boleh bandingkan harga antara saham odd lot dan juga saham biasa.
Ikut contoh, kaunter sekarang adalah Syarikat A.
Di mana harga semasa saham biasa bernilai 0.10 sen manakala harga semasa saham odd lot bernilai 0.005 sen.



Macam biasa korang isikan username dan password kemudian klik login.
Seterusnya pilih kaunter yang korang nak beli.

Pastikan korang pilih c. Normal order (Odd Lots)

Dah siap!
Tahniah korang dah layak untuk pergi AGM.
Untuk jual saham odd lot korang guna step yang sama cuba perlu tekan butang SELL.
Semoga Bermanfaat!
Saham odd lot ialah saham yang dipegang dalam kuantiti kurang daripada 1 lot (100 unit). Ia biasanya terhasil daripada corporate exercise seperti bonus issue atau share split yang menghasilkan pecahan unit ganjil dalam portfolio pelabur.
Ya, anda boleh jual saham odd lot tetapi perlu memilih opsyen "Odd Lot" dalam platform trading anda. Contohnya di Mplus, pilih "Normal Order (Odd Lots)" pada dropdown menu sebelum membuat order jual atau beli.
Secara teorinya harga odd lot mengikut harga pasaran semasa. Namun, kerana kecairan (liquidity) yang lebih rendah, kadangkala order odd lot mengambil masa lebih lama untuk dipadankan (matched) berbanding board lot biasa.
Untuk menghadiri Annual General Meeting (AGM) sesebuah syarikat, anda perlu menjadi pemegang saham syarikat tersebut. Dengan membeli sekurang-kurangnya 1 unit saham (odd lot), anda sudah layak untuk hadir ke AGM dan mendapat manfaat seperti door gift.
Berminat nak mula melabur saham? Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini.
Muat turun ebook asas saham percuma kami untuk belajar dari sifar.
Bacaan lanjut: