“Pakar Mazhab Pasaran Saham, Tahu Nak Cari Kapal Berpotensi”
<p>Apa kaitan topik pakar mazhab saham dengan Kapal? Nak tahu, baca sampai habis.</p> <p>.</p> <p>Perlu atau tak fikir tentang apa yang berlaku dalam pasaran saham, dan waktu nak masuk pasaran saham? Ada dua mazhab, satu mazhab orang yang tak fokus sangat dengan pergerakan harga pasaran saham.</p>

.
Apa kaitan topik pakar mazhab saham dengan Kapal? Nak tahu, baca sampai habis.
.
Perlu atau tak fikir tentang apa yang berlaku dalam pasaran saham, dan waktu nak masuk pasaran saham?
.
Ada dua mazhab, satu mazhab orang yang tak fokus sangat dengan pergerakan harga pasaran saham.
.
Satu lagi, dua-dua tengok, pergerakan harga pun tengok, bisnes sihat tak sihat pun tengok terutama bila berlaku market crash.
.
Dia tetap akan masuk dan beli saham pada bila-bila masa, asalkan bisnes syarikat betul-betul untung, dan nilai semasa syarikat jauh lebih murah berbanding pendapatan yang dihasilkan oleh syarikat untuk tahun-tahun berikutnya.
.
Kenapa mazhab ni tak kisah sangat pasal pergerakan harga pasaran, turun atau naik?
.
Katanya, kalau terlalu fokus pada pergerakan harga saham, samalah dengan buat spekulasi secara makro, atau guna “bottom-up approach”.
.
Silap besar kalau asyik tengok harga turun naik tak berhenti-henti, sama macam buat spekulasi semata-mata.
.
Sebenarnya, buat analisa secara makro tu bukan spekulasi. Spekulasi tu kalau langsung tak ada asas, main teka, “harga nak naik ni, besok confirm harga jatuh balik ni”. https://cms.mahersaham.com/speculative-stock/
Alasan Kenapa Tengok Pergerakan Harga Semata-mata adalah Kesilapan
.
Ibarat orang yang hanya lihat pergerakan harga saham, macam tengok kapal dan ombak dekat laut. Ombak yang beralun tu macam pergerakan harga saham.
.
Syarikat pula ibarat macam kapal, berlayar dekat lautan macam biasa ikut pasang surut air laut, dan boleh tenggelam bila ada ombak besar hentam dan terbalikkan kapal.
.
Bila dah jumpa satu saham syarikat (kapal), mula resah gelisah, bila kapal terkena tempias ombak, buatkan kapal terumbang ambing dilambung ombak, lagi-lagi bila ada faktor luaran macam covid (ombak).
.
Lepas tu, mula cari syarikat (kapal) lain hanya sebab nak elak risiko covid dan risiko-risiko lain macam inflasi, perang dan sebagainya.
.
Lagi senang nak cari kapal yang berpotensi dan untung steady. Tak payah susah-susah nak predict ribut petir dan risiko-risiko lain.
.
Dah jumpa kapal yang elok dan selamat, duduk saja dalam kapal tu diam-diam, dan layan sampai bertahun-tahun masa dia berlayar dekat laut.
.
Dalam masa sama, akan ada rintangan ribut petir di tengah-tengah laut, ada kapal yang karam, ada kapal yang selamat. Kalau ribut dahsyat sangat, masuk air sikit-sikit okay lagi. Jangan sampai terbalik.
.
Kunci dia ialah, cari kapal-kapal yang selamat dari mula lagi dan tak payah risau kalau kapal tu bergoncang sekalipun.
.
Dah selamat sampai destinasi, baru turun dari kapal (jual untuk dapat untung).
Dua Perkara Yang Mazhab Tak Tengok Pergerakan Harga Saham Guna
.
Kalau mazhab yang tak tengok turun naik harga memang takkan tunggu, sebab dia hanya bergantung kepada potensi setiap syarikat yang dia laburkan sahaja.
.
Mazhab ini, hanya fokus dua benda, satu ialah benda yang “penting”, dan satu lagi benda yang “diketahui”.
.
Dia tak nafikan pergerakan harga saham memang penting. Kalau tak tengok harga saham turun naik, macam mana nak tahu bila masa yang sesuai nak beli saham.
.
Jadi, nak beli saham pun kena tengok waktu dan harga semasa yang terbaik. Kalau tak, sampai ke sudah tak beli-beli.
.
Kadang-kadang, kalau harga saham makin naik, kenalah beli juga, kalau nak tunggu dia turun, ambil masa lama, sebab mungkin harga saham dah tak volatile sangat.
.
Harga nak turun pun lambat, nak naik pun lambat. Beli saja dekat mana-mana harga lepas dah betul-betul yakin dengan syarikat tersebut.
.
Cuma, syarat atau kriteria “diketahui” yang tak cukup. Sebab halatuju harga saham, yang susah nak predict, samada turun atau naik.
Mazhab Tengok Pergerakan Harga Saham
.
Mazhab lagi satu akan buat analisa berdasarkan chart pattern tertentu dan bukan semata-mata tengok pergerakan harga saham.
.
Ia adalah salah satu bentuk kajian yang berkait rapat dengan perjalanan sesebuah syarikat dari awal penubuhan sehingga kini.
.
Kajian dan analisa chart akan masukkan juga elemen-elemen dan faktor-faktor lain selain daripada pergerakan harga.
.
Setiap kesan yang berlaku kepada syarikat, akan reflect pada harga saham.
.
Pengalaman atau prestasi lampau syarikat pun boleh dikenalpasti dengan melihat chart pattern, dan tools tertentu.
.
Contohnya, kalau yang dah jadi klien, boleh screen mana-mana kaunter berpotensi, dengan mahersaham support bot dan indikator-indikator yang dah set dalam chart untuk kaji halatuju pergerakan saham. https://cms.mahersaham.com/mahersaham-support-bot/
.
Bukan semata-mata spekulasi seperti yang didakwa oleh mazhab yang tak fokus pada pergerakan harga saham.
.
Talfiq mazhab dalam saham ni tak salah walaupun harga saham syarikat tengah menjunam sekalipun, tetap akan beli sebab yakin dengan bisnes dan keuntungan syarikat, bukan tengok pada harga semasa saham.
.
Kalau nak ikut, boleh consider beli saham-saham yang “superior” masa market tengah down.
.
Saya tengok market harini dengan semalam pun teruk. Semoga ada sinar untuk mula cari kaunter-kaunter sihat dan prestasi untung yang sentiasa meningkat dan bagi pulangan dividen yang munasabah.
.
Mula kumpul modal dan beli kaunter-kaunter sihat sedikit demi sedikit. Syaratnya, kenalah filter dulu syarikat-syarikat yang bagus sebelum beli.
.
Dah bersedia nak belajar melabur saham, dan jadi salah seorang pemegang saham syarikat di Bursa Malaysia? Nak belajar macam mana nak filter syarikat-syarikat yang bagus walaupun market down?
.
Mulakan Langkah dengan klik link di bawah untuk buka akauncds. Saya akan guide anda untuk jadi pakar mazhab saham yang berdikari dan pandai buat keputusan jual beli saham.
.
.