PANJANG PENTA mencucuk paras harga tertinggi 52 minggu

Loading...

PENTA mencucuk paras harga tertinggi 52 minggu by MahersahamOfficial on TradingView.com
1. PENTA mencucuk paras harga 52 minggu tertinggi sebelum ini iaitu 3.14 dengan paras tertinggi dicapai adalah 3.16
2. Kemungkinan akan berlaku breakout pada sesi dagangan seterusnya.
3. Sekiranya berlaku breakout dan paras harga kekal di atas 3.14, target seterusnya adalah pada TP1 3.25
4. TP2 adalah pada paras 3.34
5. TP3 adalah pada paras 3.42. Paras TP ini diambil daripada carta gann
Mencucuk bermaksud harga saham menyentuh atau melepasi sedikit paras 52 minggu tertinggi tetapi belum mengesahkan breakout sepenuhnya. Pengesahan biasanya berlaku apabila harga kekal di atas paras tersebut pada penutupan sesi.
Mencucuk adalah percubaan awal melepasi rintangan yang mungkin berjaya atau gagal. Breakout pula bermaksud harga telah berjaya melepasi dan kekal di atas paras rintangan dengan volum yang menyokong.
Carta Gann menggunakan garisan sudut dan paras harga yang dikira secara matematik untuk mengenal pasti paras sokongan dan rintangan masa hadapan. Paras ini sering menjadi target price yang boleh dipercayai.
Perhatikan volum dagangan dan sama ada harga kekal di atas paras rintangan pada penutupan. Jika ya, ia mengesahkan breakout dan potensi kenaikan selanjutnya. Jika tidak, ia mungkin false breakout.
Memahami perbezaan antara percubaan breakout dan breakout sebenar membantu pelabur membuat keputusan yang lebih tepat dan mengelak false signal.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas analisis teknikal dan strategi breakout.
Bacaan lanjut: