Pelaburan Saham VS Unit Trust

Loading...

Artikel kali ini saya akan mengupas berkenaan pelaburan saham dan unit trust.
Pelaburan saham dan unit trust ini dibawah instrumen kewangan yang terdapat di dalam intrumen pelaburan.
Sebelum saya kupas lebih lanjut topik ini, saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana rakyat Malaysia kurang celik kewangan dan menyebabkan ramai di antara rakyat Malaysia yang tertipu dengan skim-skim penipuan seperti skim cepat kaya, pelaburan yang tidak tahu hujung dan pangkalnya.
Hal ini dapat dibuktikan daripada petikan Malaysia kini,

Rajah 1 : Kenyataan Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Menteri kewangan Malaysia pada 30 Dis 2017
Sumber : Malaysia Kini
Kes-kes penipuan atas tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga kerana tindakan masyrakat Malaysia yang mudah percaya tanpa usul perikasa.
Perkara sedemikian berlaku kerana mereka ingin mendapatkan wang dengan mudah dan cepat.
Saya mengajak para pembaca untuk membaca dan mengkaji sejarah orang-orang yang berjaya di luar sana seperti Jack Ma, Robert kuok dan lain-lain, mereka semua menggunakan masa 24 jam yang ada dengan sepenuhnya.
Disamping, pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan sepenuhnya dalam mencapai matlamat financial freedom.
Tak ada jalan yang mudah dan cepat atau ilmu magik yang membuatkan seseorang itu berjaya dalam kebebasan kewangan dan masa.
Pepatah melayu ada mengatakan,
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Berbalik pada topik pelaburan saham vs unit trust, pelaburan saham ialah suatu pelaburan yang mana kita memiliki sebahagian pemilikan syarikat tersebut atau memiliki equiti syarikat tersebut .
Apabila kita membeli syarikat tersebut kita juga dikenali sebagai shareholder atau pemegang saham yang dibeli di dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, antara syarikat yang ada di dalam Bursa Malaysia ialah Aeon, Petron, Nestle, Xox, Ajinomoto dan sebagainya.

Di dalam pelaburan saham ini, pelabur yang menentukan profit atau keuntungan yang mereka ingin kan.
Sebagai contoh, beli hari ini dan jual hari ini, atau beli hari ini dan jual pada jangka masa tertentu.
Jika bicara topik pelaburan atau perniagaan ini, kita pasti tidak lari daripada topik kerugiaan atau risiko yang bakal kita hadapi.
Jangkaan atau kebarangkalian menanggung sesuatu kerugian itu pasti.
Jangkaan kerugiaan ini kita dapat meminimumkan kerugian yang kita hadapi dengan melihat pada planing kita dan chart.
Peribahasa orang putih menyebut trust your chart. Pelaburan saham ini merupakan pelaburan yang mana liquiditi/kecairan yang cepat.
Manakala, unit trust adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang mana pelabur menyerahkan wang mereka kepada badan atau perunding kewangan yang berdaftar untuk menguruskan duit pencen atau persaraan mereka kepada perunding kewangan.
Wang tersebut akan dimasukkan alam satu dana yang dinamakan dana amanah.
Kebiasaannya keuntungan yang diberikan adalah sebanyak 10%-15% setahun, untuk mendapatkan satu keuntungan yang lumayan kita harus lah menunggu sehingga 5 tahun sekurang-kurangnya bagi merasai hasil yang telah ditanam di unit trust tersebut.
Keuntungan yang pelabur dapat adalah melalui dividend dan keungtungan diberi berdasarkan kenaikan setiap unit.
Berbeza dengan pasaran saham yang mana kita dapat merasai hasil keuntungan tersebut sehari ataupun seminggu berdasarkan harga pasaran saham ketika itu, serta dengan pasaran saham juga kita dapat membuat keuntungan sehari sebanyak 15%-30% bagi pelabur yang berdagang secara shorterm.
Rajah dibawah menunjukkan jenis pelaburan yang ada dalam instrumen kewangan.

Rajah 2 : Jenis pelaburan
| Perkara | Pelaburan Saham | Unit trust |
| Akaun | Dikendalikan oleh pelabur sendiri atau dealer. | Dikendalikan oleh pengurus dana/fund manager. |
| Modal | Duit lebihan pelabur sebaiknya bukan menggunakan wang pokok. Nilai modal berdasarkan harga saham tersebut dari RM50 sehingga kemampuan pelabur. | Duit pencen, kwsp atau tunai. RM50 dan mengikut kemampuan kewangan pelabur. |
| Keuntungan | Intraday, midterm atau longterm. Sehari boleh buat keuntungan sebanyak 16% . | Dividen atau kenaikan setiap unit. Setahun 10 %-15%. |
| Kerugian | Pelabur dapat meminimumkan kerugian berdasarkan petunjuk TA dan FA. | Pelabur menyerahkan kepercayaan untung dan rugi sepenuhnya kepada pengurus dana. |
| Kedudukan/posisi | Pemilik syarikat/shareholder. | Tiada posisi dalam syarikat. |
| Kos broker | Dari RM8-RM40 berdasarkan broker bagi setiap transaksi. | Cas pengurus dana adalah 5.5%, contoh dana ada RM1000 x 5.5% = RM55 |
Saham membolehkan anda memilih dan membeli syarikat secara terus sebagai pemilik (shareholder), manakala unit trust menyerahkan pengurusan dana kepada pengurus dana profesional yang membuat keputusan pelaburan bagi pihak anda.
Saham berpotensi memberi pulangan lebih tinggi dalam jangka pendek (sehingga 16% sehari) tetapi memerlukan ilmu dan pemantauan. Unit trust biasanya memberi pulangan 10-15% setahun dengan risiko yang lebih tersebar.
Modal minimum untuk membeli saham di Bursa Malaysia bermula dari serendah RM50 bergantung kepada harga saham pilihan anda. Anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu sebelum boleh mula berdagang.
Ya, ramai pelabur bijak mempelbagaikan portfolio mereka dengan melabur dalam kedua-dua instrumen. Peruntukan bergantung kepada risk appetite dan matlamat kewangan masing-masing.
Sama ada anda memilih saham, unit trust, atau kedua-duanya, langkah pertama ialah memahami asas pelaburan dan membuka akaun yang sesuai.
Buka akaun CDS untuk mula melabur secara terus dalam saham di Bursa Malaysia — Daftar akaun CDS sekarang.
Dapatkan ebook asas pelaburan saham secara percuma untuk fahami perbezaan instrumen pelaburan dengan lebih mendalam — Muat turun ebook percuma di sini.
Bacaan lanjut: