Perkara Penting Share Split


Share split merupakan salah satu Corporate Exercise bagi menggandakan bilangan saham sesebuah syarikat mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
Ianya juga menyebabkan pegangan saham shareholder turut bertambah berdasarkan nisbah yang syarikat umumkan.
Sebagai contoh kaunter MYTECH ada umumkan share split 5:1 pada November lepas. Ini bermakna setiap 1 unit saham akan pecah menjadi 5 unit saham di Portfolio shareholder.

Jadi dalam artikel ini akan menerangkan beberapa perkara penting Share Split yang anda perlu tahu dan fahamkan supaya tidak lagi pening jika ada pegangan saham anda umumkan share split.
Apa Yang Berlaku Semasa Share Split ?
1- Menggandakan bilangan saham
2- Harga saham semasa menurun (Adjusted Price)
Selepas berlaku share split, harga saham akan turun kerana ianya bertujuan untuk menarik minat pelabur runcit melabur dengan harga yang mampu milik.
3- Tidak mengubah jumlah market capital
Market Capital = Jumlah Saham X Harga Saham
Walaupun Share Split berlaku dimana bilangan jumlah saham semakin bertambah namun ia tidak mengubah market capitalization syarikat tersebut.
Kenapa Berlaku Share Split ?

Seperti yang ada disebutkan tadi, tujuan share split ini ialah untuk menurunkan harga saham.
Ianya bagi menarik lebih ramai pelabur terutama pelabur runcit untuk membeli saham syarikat tersebut.
1- Saham dalam market menjadi semakin banyak
2- Lebih cair (mudah untuk didagangkan)
3- Harga seunit saham akan semakin rendah
Perkara Penting Dalam Share Split ?
1. Ex-Date
Bermaksud hari terakhir untuk layak mendapat share split. Contoh Ex-Date 3 November. Jadi anda perlu beli sekurangnya sehari sebelum Ex-Date.
Jika anda jual pada hari Ex-date tiada masalah, masih layak mendapat share split.

Contoh tarikh Ex-Date 3 November:
- Ali beli pada 1 November dan jual pada hari Ex-Date 3 November, masih layak kerana Ali sudah beli sebelum hari Ex-Date lagi dan jual hari Ex-Date tiada masalah.
- Siti beli pada 2 November dan jual selepas hari Ex-Date 4 November juga layak mendapat share split.
- En. Lim beli pada hari Ex-Date 3 November tidak layak kerana perlu beli sekurangnya sehari sebelum Ex-Date.
- Pn Lin beli pada 4 November iaitu selepas hari Ex-Date tidak layak kerana sudah lebih dari tarikh due Ex-Date.
2. Conversion Ratio
Bergantung pada syarikat berdasarkan pengumuman yang syarikat telah tetapkan. Sebagai contoh, kaunter MYTECH tadi ratio 5:1
Jadi setiap 1 unit saham akan pecah menjadi 5 unit saham.
3. Bilangan Saham
Jumlah saham shareholder akan bertambah. Contoh ada pegang 100 unit saham dengan ratio share split 5:1 maka akan jadi 500 unit saham selepas split.
4. Harga Saham
Seperti yang telah dikatakan tadi harga saham akan turun kerana tujuan Share Split adalah untuk menarik minat lebih ramai pelabur runcit melabur dengan harga yang mampu milik.
Kesan Share Split ?

1- Bilangan saham bertambah
2- Harga saham turun (adjusted price)
3- Selepas kejatuhan ‘biasanya’ harga saham akan kembali naik
Apabila harga sesuatu saham menjadi rendah, lebih ramai yang berpeluang untuk membeli saham tersebut kerana harga yang didagangkan mampu dimiliki terutamanya kepada golongan marhaen.
Dan kebiasaannya, syarikat yang melakukan share split adalah syarikat yang kukuh Fundamental. Selepas adjusted price harga saham akan naik semula.
Soalan Lazim (FAQ) – Perkara Penting Share Split
1. Apa itu share split dalam pelaburan saham?
Share split ialah proses di mana syarikat menggandakan bilangan saham mengikut nisbah tertentu. Contohnya, share split 1:2 bermaksud setiap 1 saham akan menjadi 2 saham.
2. Adakah share split menjejaskan nilai pelaburan saya?
Tidak, nilai keseluruhan pelaburan anda kekal sama. Walaupun harga saham turun (adjusted price), bilangan saham anda bertambah mengikut nisbah split tersebut.
3. Kenapa syarikat melakukan share split?
Syarikat melakukan share split untuk menjadikan harga saham lebih mampu milik supaya lebih ramai pelabur berpeluang membeli. Biasanya syarikat yang kukuh fundamental akan melakukan share split.
4. Bagaimana nak tahu saham saya akan melakukan share split?
Anda boleh semak di bahagian news/announcement dalam portfolio. Simbol X* akan muncul pada nama saham seminggu sebelum Ex-Date sebagai petanda Corporate Exercise hampir tiba.
Kesimpulan
Share split adalah salah satu Corporate Exercise yang penting untuk difahami oleh pelabur. Pastikan anda sentiasa pantau portfolio dan semak announcement saham untuk mengetahui sebarang perubahan.
Jika belum ada akaun CDS, buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang untuk mula melabur.
Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk belajar asas pelaburan saham!