JENIS CORPORATE EXERCISE DALAM SAHAM

Loading...

Anda dah pernah beli saham? Pernah tak terbaca atau ternampak tiba-tiba unit saham di portfolio anda berkurang atau bertambah?
Kebanyakan pelabur ramai yang masih tak faham tentang Corporate Exercise dan apa yang berlaku dalam saham.

Corporate Exercise adalah aktiviti yang membawa perubahan pada syarikat dan memberi kesan kepada pemegang sahamnya.
Ia terbahagi kepada 5 iaitu:
Setiap Corporate Exercise ini ada sebab-sebab berlaku dan kesannya kepada saham.

Pemberian sebahagian keuntungan syarikat kepada shareholder dipanggil dividen. Ia boleh diberikan dalam bentuk bayaran Cash ataupun unit saham.
Jumlah dividen yang diberikan adalah mengikut bilangan unit saham yang dimiliki oleh shareholder tersebut.
Cara Untuk dapatkan dividen syarikat, fahamkan 5 Perkara Ini.

Penambahan Percuma unit saham atau Warrant kepada Shareholder dipanggil Bonus Issue. Ianya adalah berdasarkan ratio yang telah diumumkan oleh syarikat.
Sebagai contoh jika ratio 3:1 (new:existing) dan 100 unit saham yang dipegang, maka shareholder akan mendapat 300 unit saham baru.
Maka jumlah unit saham yang shareholder miliki dalam pegangannya akan menjadi 100 unit + 300 unit = 400 unit saham.
Untuk layak mendapat Bonus Issue fahamkan 4 perkara penting ini.

Right Issue dilaksanakan oleh syarikat untuk mengumpulkan modal tambahan selepas tersenarai dalam pasaran.
Ianya bertujuan untuk mengembangkan bisnes, atau sedang mengalami masalah kewangan atau menstrukturkan semula modal syarikat dan lain-lain.
Untuk mengumpulkan modal tambahan, syarikat membuka tawaran unit saham baru kepada shareholder sedia ada pada harga diskaun daripada harga saham semasa.
Sebagai contoh jika ratio 2:1 (new:existing) right issue, maka shareholder sedia ada dapat membeli 2 unit saham bagi setiap 1 unit yang dipegang pada harga lebih murah (diskaun).
Apa sebenarnya yang berlaku dalam Right Issue? Fahamkan kronologi Right Issue ini.

Share Split / Subdivision menyebabkan unit saham pecah kepada suatu nisbah yang ditetapkan.
Kebiasaannya share split dilakukan untuk merendahkan harga saham, terutamanya saham yang sudah mahal harganya.
Ianya bagi meningkatkan kecairan saham dan menarik minat pelabur runcit.
Sebagai contoh, jika ratio 5:2 share split bermaksud setiap 2 unit saham yang dimikili oleh shareholder akan pecah menjadi 5 unit saham.
Nak tahu lebih lanjut apa yang berlaku semasa share split? Fahamkan perkara wajib tahu dalam Share Split ini.

Maksud Share Consolidation ialah penggabungan beberapa unit saham menjadi 1 unit saham.
Ianya berlawanan dengan share split dan bertujuan untuk meningkatkan nilai sesuatu saham dengan cara mengurangkan bilangan saham yang diterbitkan.
Selepas Share Consolidate berlaku, unit saham akan berkurang manakala harga saham pula akan meningkat.
Terdapat beberapa perkara anda perlu tahu mengenai Share Consolidate.
Share Consolidate ini menguntungkan atau merugikan Shareholder?
Corporate Exercise ialah aktiviti korporat yang dilakukan oleh syarikat tersenarai yang boleh memberi kesan kepada pegangan saham pelabur, seperti share split, bonus issue, rights issue, dividen dan share consolidation.
Bergantung kepada jenis Corporate Exercise. Sesetengah aktiviti seperti bonus issue dan share split menambah bilangan saham tanpa kos tambahan, manakala rights issue memerlukan modal tambahan untuk melanggan saham baru.
Syarikat akan memaklumkan melalui news/announcement di platform trading. Simbol X* juga akan muncul pada nama saham sebelum Ex-Date sebagai petunjuk.
Share split menggandakan bilangan saham dan menurunkan harga, manakala share consolidation menggabungkan beberapa unit saham menjadi satu dan meningkatkan harga saham. Kedua-duanya tidak mengubah jumlah nilai pelaburan.
Selepas faham 5 aktiviti Corporate Exercise dalam saham, anda akan lebih yakin menguruskan portfolio pelaburan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pelabur.
Belum ada akaun CDS? Buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang untuk mula melabur.
Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk belajar asas pelaburan saham!