Portfolio Anda Merah Menyala? Jangan Panik! Ini 5 Langkah Bijak hadapi “Floating Loss”

Loading...

Apa tu Floating Loss? Pernahkah anda buka aplikasi Mplus Global dan hati bagai disiat-siat melihat nombor merah menyala pada portfolio anda?
Anda tidak keseorangan. Perasaan takut, marah, dan kecewa apabila melihat pelaburan anda dah start”makan modal’ adalah normal. Tetapi di sinilah bezanya seorang pelabur berjaya dengan pelabur yang hanya mengikut emosi.
Apabila portfolio anda mengalami kerugian (atau dipanggil floating loss), ia bukanlah pengakhiran dunia. Sebaliknya, ia adalah waktu yang paling kritikal untuk anda berpegang pada disiplin dan bertindak secara rasional.
Dalam Artikel kali ini,Kami nak Kongsikan 5 langkah yang boleh anda ambil untuk menghadapi portfolio yang ‘sakit’ dan merangka strategi pemulihan yang berkesan.
“Floating loss” ialah kerugian belum direalisasikan yang berlaku apabila harga pasaran semasa saham jatuh di bawah harga belian asalnya.
Ia dipanggil Floating kerana kerugian itu belum benar-benar terjadi — hanya wujud “atas kertas”.
Kerugian ini hanya menjadi kerugian sebenar (realized loss) apabila pelabur menjual saham tersebut dengan harga lebih rendah daripada harga belian.
Walaupun belum dijual, floating loss tetap mengurangkan nilai keseluruhan portfolio pelabur, sebab nilai ekuiti (modal) pelaburan sudah turun mengikut harga pasaran semasa.
Dan ini Memang menyakitkan mata dan buat anda tak boleh tidur malam,rasa bakal nak jadi miskin papa kedana.
Sementara (Temporary):
Kerugian ini boleh hilang jika harga saham naik semula melebihi harga belian — ketika itu, kerugian terapung berubah menjadi keuntungan terapung (floating profit).
| Ciri | Floating Loss (Kerugian Terapung) | Realized Loss (Kerugian Sebenar) |
|---|---|---|
| Status | Belum direalisasikan; kedudukan masih terbuka. | Sudah direalisasikan; transaksi telah selesai. |
| Tindakan | Saham belum dijual. | Saham telah dijual. |
| Kesan pada akaun | Mengurangkan nilai ekuiti (nilai keseluruhan portfolio). | Mengurangkan baki akaun secara kekal. |
| Keperluan tindakan | Tiada tindakan diperlukan (belum dijual). | Jualan aset diperlukan untuk mengesahkan kerugian. |
“Floating loss” bukan kerugian sebenar — ia hanya mencerminkan penurunan sementara nilai pasaran saham dalam portfolio.Selagi pelabur tidak menjual saham tersebut, kerugian itu masih boleh berubah — sama ada pulih menjadi untung, atau menjadi kerugian sebenar jika dijual pada harga lebih rendah.
Kerugian dalam pelaburan sering mencetuskan bias psikologi yang dipanggil ‘Loss Aversion’ (naluri tak nak rugii)—kita merasa sakitnya rugi dua kali ganda lebih kuat daripada rasa gembira mendapat keuntungan.
Ingat Matlamat Jangka Panjang: Jika anda melabur untuk persaraan 20 tahun akan datang, kerugian hari ini hanya sebahagian daripada “Noise” dalam jangka masa panjang. Tumpukan semula pada garis masa matlamat anda.
Jauhi Skrin (Sebentar): Jika pasaran sedang menjunam teruk, elakkan melihat harga setiap jam. Pemantauan berlebihan hanya akan meningkatkan rasa panik.
Fokus pada Nilai, Bukan Harga: Ingat semula kenapa anda melabur dalam syarikat atau aset tersebut. Adakah fundamental syarikat itu masih kukuh? Adakah ia masih perniagaan yang baik, atau adakah pasaran hanya “Over reaction”? Selagi fundamental nya kukuh, biarkan harga pasaran yang panik melakukan apa yang ia perlu lakukan.
Bukan semua kerugian itu sama. Sebelum anda bertindak, tentukan jenis kerugian yang anda hadapi:
Ini adalah kerugian yang dialami oleh hampir semua pelabur—seluruh pasaran saham jatuh.
Ini adalah kerugian yang hanya berlaku pada segelintir aset anda kerana prestasi syarikat itu sendiri merosot (contohnya, syarikat disiasat Bursa atau model perniagaan yang dah start tak menguntungkan).
Tindakan Terbaik: Cut Loss. Jangan biarkan kerugian kecil berkembang menjadi kerugian besar. Jika anda telah menilai semula dan mendapati fundamental syarikat itu memang sudah berubah menjadi teruk, jangan hold lagi kerana ‘sayangkan modal anda’. Jual dan pindahkan baki modal anda ke counter saham yang lebih baik (ini dipanggil Opportunity Cost).
Semasa pasaran jatuh, pelabur yang berdisiplin akan melihatnya sebagai peluang untuk menurunkan kos purata pembelian mereka.
Strategi Dollar-Cost Averaging (DCA), atau Purata Kos Ringgit, adalah proses melabur amaun tetap secara berkala tanpa mengira harga pasaran. Apabila harga jatuh, wang anda membeli lebih banyak unit.
Peringatan: Strategi ini paling berkesan jika anda menggunakannya pada aset yang anda yakini akan pulih dalam jangka panjang (cth., Saham Blue Chip atau Diversified ETF
Beli ‘Diskaun’: Apabila portfolio anda merah, DCA memaksa anda untuk membeli saham yang sama pada harga yang lebih rendah. Ini secara automatik menurunkan kos purata pegangan anda.
Lebih Cepat Pulih: Dengan kos purata yang lebih rendah, portfolio anda memerlukan kenaikan harga yang lebih sedikit untuk kembali ke paras untung. Anda mempercepatkan proses pemulihan (break-even).
Melihat kerugian adalah masa terbaik untuk jujur dengan diri sendiri mengenai tahap risiko anda.
Mengubah Pengagihan Aset sasaran adalah normal seiring perubahan usia atau komitmen kewangan anda.
Ingatlah “Golden Rules” dalam pelaburan: Hanya labur wang yang anda tidak perlukan dalam tempoh 5 tahun.
Kalau portfolio anda sedang rugi, tindakan terbaik adalah bertindak sekarang. Lagi lama anda tunggu, lagi sukar nak pulihkan. Tiada jaminan dalam dunia pelaburan — tapi dengan strategi yang betul, anda boleh lindungi dan tumbuhkan semula aset anda.
Rasa stres bila pelaburan jatuh itu normal. Tapi jangan biarkan rasa takut kawal keputusan anda.
Ingat — pelaburan ialah perjalanan jangka panjang. Hari ini mungkin rugi, tapi jika anda terus konsisten dan berdisiplin, satu hari nanti kerugian itu akan bertukar menjadi keuntungan semula.
Kerugian adalah sebahagian daripada proses pelaburan. Daripada meratap kesedihan gunakan pengalaman ini sebagai “Yuran” pembelajaran. Kekal berdisiplin, berpegang pada Strategi “Pengagihan aset” anda, dan lihat kerugian hari ini sebagai peluang untuk membeli saham berkualiti tinggi pada harga yang lebih rendah.
Persoalannya, adakah anda akan biarkan emosi mengawal Keputusan pelaburan anda, atau adakah anda akan bertindak seperti pelabur yang rasional?
Floating loss ialah kerugian atas kertas yang belum direalisasikan. Ia hanya menjadi kerugian sebenar apabila anda menjual saham tersebut pada harga lebih rendah daripada harga belian.
Cut loss perlu dilakukan apabila fundamental syarikat berubah secara negatif atau apabila harga saham jatuh melepasi paras stop loss yang telah ditetapkan dalam strategi pelaburan anda.
Antara langkah bijak termasuk menilai semula fundamental syarikat, melakukan rebalancing portfolio, menggunakan strategi pengagihan aset, dan melihat kejatuhan harga sebagai peluang membeli saham berkualiti pada harga rendah.
Tidak semestinya. Saham berkualiti juga boleh mengalami penurunan harga sementara disebabkan sentimen pasaran. Yang penting ialah menilai sama ada fundamental syarikat masih kukuh atau sudah berubah.
Mengurus floating loss dengan bijak adalah kemahiran penting bagi setiap pelabur saham yang ingin berjaya jangka panjang.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus dan mula membina portfolio pelaburan anda dengan strategi yang betul.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: