Kenapa Portfolio Kau Penuh Saham Rugi? Ini Jawapannya

Loading...

Ramai pelabur jual saham yang naik terlalu cepat, tapi simpan saham yang rugi terlalu lama. Kenapa perkara ni selalu berlaku? Jom kupas realiti dunia saham dan cara atasinya.

Bayangkan situasi ini. Kau baru jual satu saham yang lama mendatar. Lepas kau jual, tiba-tiba saham itu meletup naik. Dalam masa sama, kau kejar saham lain yang viral, tapi dah terlambat nak masuk.
Akhirnya portfolio kau penuh dengan saham yang merah, tenggelam perlahan-lahan. Masalah ini bukan nasib, tapi pola. Pola yang ramai pelabur ulang tanpa sedar.
Pernah nampak saham yang viral di grup Telegram atau TikTok trader? Masa tu semua orang sibuk cakap nak masuk.
Masalahnya, saham tu dah naik banyak. Kau baru nak terhegeh-hegeh beli, padahal kau tak kenal bisnes, tak tahu risiko, tak tahu siapa pengurusan syarikat. Kau cuma nampak candle hijau dan takut terlepas tren.
Hasilnya? Ramai yang masuk lewat, dan akhirnya rugi.
Saham-saham lain dalam portfolio? Merana. Tenggelam.
Kenapa? Sebab kau beli ikut saranan orang, ikut perasaan, atau sebab nampak “murah”. Kau tak pernah kaji laporan kewangan, tak tahu syarikat tu untung ke rugi. Kau beli nama, bukan nilai.
Bila harga jatuh, kau tak tahu nak buat apa. Nak jual rugi sakit hati, nak simpan lagi pedih.
Meme pasal saham ni memang kelakar, tapi sebenarnya pedih. Ramai pelabur pernah jadi watak utama cerita ni.
Berita baiknya: kau boleh ubah. Caranya:
Pasaran saham suka permainkan pelabur yang tak bersedia. Ia bagi ganjaran besar kepada yang sabar, tapi hukum keras kepada yang gelojoh.
Kalau portfolio kau penuh saham jatuh, jangan panik. Tarik nafas, toleh balik, dan bina strategi semula.
Sebab matlamat sebenar bukan sekadar tangkap saham yang naik.
Matlamat sebenar ialah berhenti jadi bahan lawak pasaran.
Ini disebabkan oleh kesan psikologi yang dipanggil 'loss aversion' — manusia lebih takut merasai kerugian berbanding gembira dengan keuntungan. Ramai pelabur berharap saham rugi akan 'balik modal' walaupun fundamental syarikat sudah rosak.
Tetapkan pelan keluar sebelum membeli setiap saham. Tentukan harga sasaran dan tahap 'cut loss' yang jelas. Jangan beli saham hanya kerana murah tanpa mengkaji laporan kewangan dan fundamental syarikat.
Ya, kerugian adalah sebahagian proses pembelajaran pelaburan. Yang penting ialah belajar dari setiap kesilapan, bina strategi yang lebih baik, dan elakkan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.
Jual apabila fundamental syarikat sudah rosak, bila harga pecah paras sokongan utama, atau bila sebab asal anda membeli saham tersebut sudah tidak relevan lagi. Jangan tunggu sehingga rugi terlalu besar.
Memiliki portfolio yang sihat bermula dengan ilmu pelaburan yang kukuh dan strategi pengurusan risiko yang betul.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.