Psikologi Trader: Senjata Rahsia Intraday Trader yang Ramai Abaikan

Loading...

Bila kita sebut pasal intraday trading, ramai fokus pada cari saham naik, setup chart cantik, atau guna indicator hebat. Tapi ada satu benda yang ramai abaikan — psikologi trader.
Ramai newbie gagal bukan sebab tak pandai baca chart, tapi sebab tak mampu kawal emosi bila market bergerak lawan arah. Intraday trading sangat cepat — dan kalau mental tak kuat, modal pun cepat lebur.
Jom kita tengok 4 elemen penting dalam psikologi trader yang kau wajib kuasai:
Bila nampak harga naik sikit, terus fikir:
> “Eh, kalau aku hold sikit lagi mesti boleh dapat lebih!”
Tapi malangnya, harga tiba-tiba U-turn — tak sempat tekan ‘sell’, dari untung jadi rugi. Inilah tamak yang bunuh ramai trader.
Tip: Set target profit awal-awal. Bila capai, ambil saja. Ingat — sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bukan cuba jadi kaya sehari.
Baru masuk posisi, harga jatuh sikit — terus cuak:
> “Alamak! Nak cut loss ke nak tunggu ni?”
Takut ni normal, tapi kalau kau biarkan, ia lumpuhkan keputusan. Trader yang berjaya tahu bila nak keluar — walaupun rugi — sebab dia ada trading plan, bukan main agak-agak.
Tip: Letak stop loss dari awal. Bila rugi, terima dan move on. Jangan biar satu kesilapan jadi bencana.
Kena satu loss, terus masuk trade baru sebab nak “balas dendam”. Ni dinamakan revenge trading — antara jalan paling cepat ke arah margin call.
Kalau dapat satu profit, terus masuk trade lagi sebab rasa “on fire”. Tak sedar dah trade 6 kali hari tu — dan 5 daripadanya rugi.
Tip: Tetapkan had maksimum entry setiap hari (contoh: 2 atau 3 sahaja). Disiplin tu penting, bukan rasa semangat semata-mata.
Bayangkan kau main bola tapi tak pernah tengok balik rakaman perlawanan. Macam mana nak tahu apa silap kau? Samalah dalam trading.
Ramai newbie tak pernah catat trade — bila masuk, kenapa masuk, berapa untung/rugi, apa yang boleh diperbaiki. Akhirnya mereka ulang silap yang sama berulang kali.
Tip: Buat jurnal ringkas je pun cukup — boleh pakai Google Sheet atau buku nota. Catat:
Tarikh & masa entry
Nama saham
Sebab masuk
Result (profit/loss)
Apa aku belajar dari trade tu
Intraday trading bukan sekadar tentang melawan pasaran, tetapi melawan emosi dalam diri sendiri. Trader yang berjaya bukan yang paling bijak, tetapi yang paling berdisiplin dalam mengawal psikologi semasa berdagang.
Psikologi penting kerana intraday trading memerlukan keputusan pantas dalam tekanan masa yang tinggi. Emosi seperti ketakutan, ketamakan, dan revenge trading boleh menyebabkan kerugian besar jika tidak dikawal. Trader yang berdisiplin secara psikologi mampu mengikuti pelan dagangan dengan konsisten.
Emosi paling berbahaya ialah revenge trading iaitu keinginan untuk mendapatkan semula kerugian dengan segera. Ini menyebabkan trader membuat keputusan terburu-buru, melanggar pelan dagangan, dan sering kali mengakibatkan kerugian yang lebih besar lagi.
Cara terbaik ialah membuat jurnal dagangan untuk merekod setiap trade termasuk sebab masuk, keputusan, dan pelajaran yang dipelajari. Selain itu, tetapkan had kerugian harian, ambil rehat selepas kerugian berturut-turut, dan sentiasa patuhi pelan dagangan yang telah ditetapkan.
Intraday trading tidak disarankan untuk pelabur baru kerana ia memerlukan kemahiran analisis teknikal yang mantap, kawalan emosi yang kuat, dan modal yang mencukupi. Pelabur baru disarankan bermula dengan pelaburan jangka panjang atau swing trading terlebih dahulu.
Menguasai psikologi dagangan adalah kunci kejayaan jangka panjang sebagai trader. Mulakan dengan membina asas pelaburan yang kukuh sebelum mencuba strategi yang lebih agresif.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.