7 Sikap Wajib Untuk Jadi Pelabur Hebat — Rahsia Sebenar Bukan Sekadar Ilmu, Tapi Cara Kita Kawal Diri

Loading...

Ramai orang fikir, nak berjaya dalam pelaburan ni cukup dengan pandai baca carta, hafal laporan kewangan, atau ikut tips saham viral. Tapi kata pakar pelaburan terkenal, Jason Zweig, itu semua cuma sebahagian kecil je. Dalam artikel dia bertajuk “The Seven Virtues of Great Investors”, Zweig jelaskan, apa yang membezakan pelabur biasa dengan pelabur hebat sebenarnya adalah sikap dan disiplin diri. Nak survive dalam dunia pelaburan ni, bukan setakat bijak, tapi kena ada karakter dan mentaliti yang kuat.
1️⃣ Rasa Ingin Tahu — Jangan Pernah Berhenti Belajar
Pelabur hebat sentiasa ada rasa ingin tahu. Dia tak cepat puas hati. Dia suka gali info, tanya soalan, kaji benda baru — tak kira pasal ekonomi, syarikat, trend pasaran, atau apa saja yang boleh bantu dia faham lebih mendalam. Kenapa penting? Ilmu kita sentiasa ada batas. Kalau kita berhenti belajar, kita akan ketinggalan — sebab pasaran saham ni sentiasa berubah.
2️⃣ Skeptikal — Jangan Mudah Terpedaya
Dalam dunia pelaburan, ramai yang pandai jual cerita. Kadang-kadang nampak macam nasihat ikhlas, padahal ada agenda tersembunyi. Pelabur bijak kena skeptikal — maksudnya, jangan terus percaya bulat-bulat. Kaji, soal, semak dulu sebelum buat keputusan.
3️⃣ Berdikari — Buat Keputusan Sendiri
Ikut kawan, ikut group Facebook, ikut buy call orang lain — itu jalan paling mudah, tapi paling bahaya.
Jason Zweig kata, “Mindset berdikari adalah aset paling berharga.” Maksudnya, kita kena berani fikir sendiri, buat keputusan ikut kajian dan keyakinan kita — bukan sebab semua orang tengah beli atau jual.
4️⃣ Rendah Diri — Sedar Banyak Lagi Kita Tak Tahu
Pelabur hebat tahu dia tak tahu semua benda. Dia sentiasa sedar, dalam pasaran saham ni, tiada siapa yang betul 100%. Rendah diri ni bukan bermakna tak yakin — tapi kita sedar akan kelemahan diri, sentiasa bersedia belajar dan terima kesilapan.
5️⃣ Disiplin — Ada Sistem, Jangan Ikut Emosi
Ramai pelabur gagal sebab ikut emosi — bila harga naik, tamak; bila harga jatuh, panik.
Tapi pelabur berjaya ada disiplin. Dia ikut sistem, ada plan, ada peraturan sendiri. Contoh macam Warren Buffett yang duduk jauh dari Wall Street supaya tak terpengaruh dengan ‘bising-bising’ pasaran.
6️⃣ Sabar — Pelaburan Bukan Skim Cepat Kaya
Zweig pesan, pelaburan yang betul bukan untuk sehari dua. Hasil dia datang lepas bertahun-tahun — macam pokok, tanam hari ni, hasilnya nanti.
Ramai gagal sebab tak sabar. Sikit-sikit nak untung cepat, akhirnya terperangkap dengan saham ‘scam’ atau rugi sebab buat keputusan tergesa-gesa.
7️⃣ Berani — Tindakan Penting Bila Orang Lain Takut
Pasaran saham ni penuh dengan ketakutan — ekonomi jatuh, krisis kewangan, harga saham merudum.
Tapi pelabur berjaya bukan tak takut, dia pun manusia. Cuma beza dia, dia tetap berani bertindak bila yakin, walaupun orang lain panik.
Menjadi pelabur hebat bukan sekadar tentang ilmu teknikal, tetapi tentang disiplin, kawalan emosi, dan kesabaran. Tujuh sikap ini adalah asas yang membezakan pelabur biasa dengan pelabur yang konsisten berjaya dalam jangka panjang.
Sikap paling penting ialah kawalan emosi dan disiplin. Ramai pelabur gagal bukan kerana kurang ilmu, tetapi kerana tidak mampu mengawal ketakutan dan ketamakan semasa membuat keputusan pelaburan.
Pembentukan sikap pelabur yang baik adalah proses berterusan. Secara purata, pelabur memerlukan sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman aktif untuk membina disiplin dan kawalan emosi yang mantap dalam pelaburan.
Ya, sudah tentu. Ramai pelabur berjaya datang dari pelbagai latar belakang. Yang penting ialah kesediaan untuk belajar, berdisiplin dalam mengikuti strategi, dan bersabar menunggu hasil pelaburan membuahkan keuntungan.
Cara terbaik ialah menetapkan pelan pelaburan yang jelas sebelum masuk pasaran, termasuk had kerugian (stop loss) dan sasaran keuntungan. Dengan pelan yang tersusun, anda membuat keputusan berdasarkan logik dan bukan emosi.
Sikap yang betul adalah asas kejayaan dalam pelaburan. Jika anda sudah bersedia untuk mula melabur dengan disiplin yang kukuh, langkah seterusnya ialah membuka akaun dan mempelajari asas pelaburan saham.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.