Ramai tak kenal siapa Peter Lynch, tapi dia sebenarnya salah satu pelabur paling hebat dalam sejarah.

Pada tahun 1977, dia ambil alih pengurusan Fidelity Magellan Fund, satu dana pelaburan kecil yang cuma ada sekitar USD18 juta (lebih kurang RM90 juta masa tu). Tak lama lepas tu, dalam masa 13 tahun, dana tu membesar jadi lebih USD14 bilion.
Macam mana? Sebab dia berjaya jana purata pulangan 29.2% setahun, dan hampir setiap tahun dia kalahkan pasaran saham (S&P 500). Tapi apa yang menarik — dia tak buat benda pelik-pelik. Tak guna rahsia orang dalam, tak cuba ramal ekonomi, tak kejar saham hype. Dia ada satu pendekatan yang simple tapi sangat berkesan. >
“Labur dalam apa yang kau faham.”
Apa Maksudnya?
Peter Lynch percaya pelabur biasa — macam kita yang pergi kedai, makan kat restoran, beli barang dapur — sebenarnya boleh nampak peluang lebih awal daripada pakar Wall Street. Contoh: Kau makan kat satu restoran yang sentiasa penuh. Kenapa tak selidik syarikat tu? Anak kau asyik minta mainan jenama sama. Mungkin syarikat tu tengah naik. Kawan-kawan kau semua guna satu app baru. Itu petanda ada potensi. Tapi ini baru langkah pertama. Lepas “perasan” sesuatu, Lynch akan buat kajian mendalam — semak laporan kewangan, pertumbuhan syarikat, hutang, untung rugi, potensi pasaran, dan banyak lagi.
15 Prinsip Pelaburan Peter Lynch Yang Tak Lapuk Ditelan Zaman
Ini bukan checklist rigid. Tapi lebih kepada cara fikir yang boleh bantu pelabur baru elak tersilap langkah.
- Faham betul-betul apa yang kau beli
Kalau kau sendiri pun tak boleh terangkan apa syarikat tu buat, jangan beli. Jangan ikut orang sembang “saham ni bakal meletup” kalau kau tak tahu kenapa.
Ingat — kau bukan beli nombor, kau beli bisnes.
- Tak payah susah-susah ramal ekonomi atau kadar faedah
Pakar pun selalu tersilap. Fokus pada syarikat, bukan ramalan.
Ekonomi naik turun — syarikat bagus tetap boleh berkembang.
- Tak perlu tergesa-gesa cari syarikat hebat
Syarikat yang betul-betul bagus akan tetap kukuh untuk jangka masa panjang. Jangan kejar saham trending semata-mata.
Pelaburan yang baik bukan perlumbaan, tapi maraton.
- Elak saham “nasib”
Kalau satu-satunya sebab kau beli saham tu ialah “kalau syarikat ni berjaya dapat kontrak besar, harga akan naik,” kau patut fikir balik.
Saham murah yang tak bagus akan tetap jadi tak bagus.
- Syarikat bagus ada pengurusan yang bagus
Kalau CEO syarikat tu tak jujur, suka sembang besar, atau tak ada rekod prestasi — jauhkan diri.
Kalau kau tak berani bagi dia pegang duit simpanan kau, kenapa nak labur dalam syarikat dia?
- Rendah diri & sentiasa belajar dari kesilapan
Kau akan buat silap — itu pasti. Tapi pelabur bijak belajar, ubah strategi, dan move on. Jangan ego.
Market tak rugi bila kau rugi. Tapi kau boleh rugi lebih kalau kau degil
- Sebelum beli, pastikan kau boleh terang sebabnya
Kalau kau tak boleh jawab “kenapa aku beli saham ni?” dalam satu ayat — kau belum bersedia.
Kalau tak boleh explain dekat kawan masa makan tengah hari, simpan dulu.
- Akan sentiasa ada berita menakutkan — jangan cepat panik
Setiap tahun ada krisis. Pilihan raya, perang, inflasi, pandemik. Tapi pasaran tetap survive.
Jangan buat keputusan besar hanya sebab baca satu berita buruk.
- Kalau harga saham jatuh — jangan terus jual
Saham jatuh tak semestinya bisnes tu rosak. Check semula asas bisnes tu. Kalau masih kukuh, ini mungkin peluang tambah.
Jangan nilai syarikat hanya berdasarkan harga saham
- Saham paling untung selalunya nampak membosankan masa mula-mula
Saham yang meletup kadang-kadang datang dari syarikat biasa — jual kasut, baju, kopi, makanan.
Boring tu kadang-kadang stabil dan untung.
- Saham terbaik mungkin yang kau dah ada sekarang
Jangan cepat jual saham yang naik sikit. Mungkin dia belum habis naik.
Jangan jual bunga sebab nak beli benih baru setiap minggu.
- Saham besar biasanya ada cerita yang mudah
Syarikat hebat macam McDonald’s atau Nike dulu bermula dengan cerita ringkas: “orang suka dan beli banyak.”
Kalau cerita bisnes tu terlalu rumit, mungkin bukan untuk pelabur baru.
- Syarikat bermasalah jarang pulih seperti yang dijanjikan
“Turnaround” ialah mitos pelabur. Realitinya — syarikat yang rosak, susah nak sembuh.
Jangan beli syarikat bermasalah dengan harapan ia akan “berubah.”
- Kalau kau suka produk, mungkin sahamnya bagus — tapi jangan terus beli
Suka produk tu satu petunjuk. Tapi kau tetap kena semak kewangan, keuntungan, hutang, pesaing dan sebagainya.
Minat tu permulaan. Kajian tu penentu.
- Biarkan saham bagus berkembang. Potong saham rugi awal-awal
Ramai pelabur jual saham bagus sebab nak “ambil untung sikit,” tapi simpan saham rugi sebab “sayang nak jual rugi.” Terbalik.
Bagi bunga kau masa untuk berkembang. Cabut rumput liar awal-awal.
Kesimpulan
Peter Lynch membuktikan bahawa pelabur biasa boleh menang besar dengan mindset yang betul. Kunci kejayaan beliau terletak pada kesabaran, kajian mendalam, dan pelaburan dalam syarikat yang difahami.
Soalan Lazim (FAQ)
Siapakah Peter Lynch dan mengapa beliau terkenal?
Peter Lynch adalah pengurus dana Fidelity Magellan Fund yang berjaya mencatatkan pulangan purata 29.2% setahun selama 13 tahun berturut-turut. Beliau dikenali sebagai salah seorang pelabur paling hebat dalam sejarah kerana kebolehannya menukar dana bernilai USD18 juta kepada USD14 bilion.
Apakah strategi utama Peter Lynch dalam pelaburan saham?
Strategi utama beliau ialah melabur dalam syarikat yang difahami (invest in what you know), membuat kajian menyeluruh terhadap kewangan syarikat, bersabar dengan pelaburan yang baik, dan memotong kerugian awal sebelum ia membesar.
Bolehkah pelabur biasa mengikuti cara Peter Lynch?
Ya, Peter Lynch sendiri percaya bahawa pelabur runcit mempunyai kelebihan berbanding institusi kerana mereka boleh mengenal pasti peluang pelaburan melalui pemerhatian harian. Asalkan rajin membuat kajian dan bersabar, sesiapa pun boleh mengikuti pendekatan beliau.
Apakah kesilapan yang perlu dielakkan menurut Peter Lynch?
Antara kesilapan utama ialah membeli saham berdasarkan tips semata-mata tanpa kajian sendiri, menjual saham yang sedang untung terlalu awal, menyimpan saham rugi terlalu lama kerana sayang nak jual, dan cuba meramal pergerakan pasaran jangka pendek.
Kisah Peter Lynch mengajar kita bahawa pelaburan berjaya bermula dengan ilmu dan disiplin. Jika anda ingin mula melabur dengan cara yang betul, langkah pertama ialah membuka akaun dan memahami asas pelaburan saham.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.