Regulated Short Selling (RSS) Itu Apa?

Loading...

Dalam dunia saham sebenarnya bukannya membuat keuntungan apabila beli murah dah jual mahal. Kita boleh membuat keuntungan apabila menjual dahulu kemudian membeli di bawah. Ini dinamakan “SHORT”. Tetapi kita kenal Bursa Malaysia dengan one way market. “Buy low sell high”.
Sebenarnya di Bursa Malaysia, short selling wujud iaitu dalam panduan Regulated Short Selling (RSS) dan Securities Borrowing and Lending (SBL). Ia wujud sejak Januari 2007 selepas diharamkan selama lapan tahun oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

RSS berlaku di mana seseorang itu menjual saham yang belum dia miliki dengan meminjam saham tersebut dari Central Lending Agency (CLA). Bila dah pinjam kiranya transaksi tersebut sah. Bila sudah menjual, seseorang itu akan membeli balik bila saham tu jatuh ke bawah.
CLA adalah syarikat yang diuruskan oleh Bursa Clearing, di mana transaksi dan proses pinjaman saham tersebut berlaku. Pelabur tidak akan berurusan secara terus dengan pihak CLA, tetapi mereka perlu melalui orang tengah seperti broker atau bank pelaburan yang terlibat seperti MPLUS, Maybank, Cimb dan lain-lain lagi.

Sumber gambar dari
Dari gambar ini boleh lihat kotak merah saya highlightkan. Disitu BNM benarkan untuk tempoh RSS ini kurang daripada 12 bulan untuk sesuatu transaksi tersebut.
Azizi meminjam dari Broker A unit sebanyak 10,000 dengan nilai RM1.00 per unit saham ABC BERHAD dan berjanji akan bayar balik kepada broker A dan tempoh yang dipersetujui bersama. Azizi menjual 10,000 unit saham tadi kepada Dr Choudry yang memerlukannya. Berlaku transaksi disitu.
Ingat yang azizi jual tadi adalah yang dia pinjam dari broker A. Jadi azizi perlu membeli balik untuk langsaikan hutang kepada broker A. Azizi menanti harga jatuh kerana market memang dalam downtrend. Bila saham ABC Berhad jatuh ke nilai RM0.80, Azizi terus membeli saham ABC Berhad sebanyak 10,000 unit dan pulangkan kembali kepada broker A.
Daripada aktiviti ini yang menyebabkan Azizi untung. Ini dinamakan short.
Macam pelikkan? Tak pelik dan taklah rumit tetapi kita yang tidak biasa kerana kita hanya tahu transaksi jenis ‘long’ sahaja.
Short selling adalah keuntungan dijana bila harga saham tersebut jatuh. Ia digunakan ketika saham saham tersebut dalam keadaan downtrend.
Risiko yang ada adalah anda tidak dapat memulangkan balik apa yang anda pinjam tadi. Sebab dalam perjanjian telah ada tempoh-tempoh tertentu yang anda perlu selesaikan.
Jangan risau, dari masalah ini munculnya Capital Market Services Act 2007 pada muka surat 159 iaitu berkaitan shortselling ada mengupasnya.




sumber dari Capital Markets and Services Act 2007
Untuk RSS ia berbeza dengan akaun biasa. Perlu rujuk kepada broker masing-masing. Pelabur pelu meminjam saham dari CLA menerusi broker pelabur. Pelabur perlu menjual saham yang dipinjam tadi dengan harga lebih tinggi berbanding harga semasa. Ia dinamakan dengan “up-tick rules”. Sumber FAQ RSS

Setakat 24 jun 2020 terdapat 256 dibenarkan untuk RSS. Rujuk Bursa Approved Securities


sumber di Bursa Malaysia
Dari sini terdapat 4 kriteria penting iaitu:
RSS adalah aktiviti menjual saham yang dipinjam terlebih dahulu dengan jangkaan harga akan turun, kemudian membeli semula pada harga lebih rendah untuk mendapat keuntungan. Ia dikawal selia oleh Bursa Malaysia.
Hanya pelabur yang mempunyai akaun margin dan mematuhi syarat Bursa Malaysia boleh melakukan RSS. Saham yang boleh di-short juga terhad kepada senarai yang diluluskan oleh Bursa.
Saham perlu mempunyai market cap melebihi RM500 juta, share float sekurang-kurangnya 50 juta unit, dan purata dagangan melebihi 1 juta unit dalam 12 bulan terkini.
Ya, short selling mempunyai risiko yang tinggi kerana kerugian boleh menjadi tidak terhad jika harga saham terus meningkat. Ia lebih sesuai untuk pelabur berpengalaman.
Regulated Short Selling (RSS) adalah satu mekanisme penting dalam pasaran saham Malaysia yang membolehkan pelabur untung walaupun pasaran menurun.
Nak mula belajar selok-belok pelaburan saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk bimbingan lengkap dari asas hingga advance.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk panduan asas pelaburan saham yang mudah difahami.