Saham Fairvalued dan Cara Kenal Pasti

By Norlin Sulaiman
Saham Fairvalued dan Cara Kenal Pasti
This article is also available in English
A

Saham fairvalued ialah gambaran harga saham yang hampir sama dengan nilai saham. Terdapat beberapa indikator yang boleh digunakan untuk melakukan kajian saham secara fundamental analisis. Hal ini bagi membantu pelabur untuk mengenal pasti kaunter saham.

Iaitu PE ratio dan PB ratio.

Nilai saham fairvalued adalah bersifat subjektif.  Harga saham fairvalued dianggap tidak berpotensi naik dan harga saham ini menunjukkan nilai sebenar syarikat.

Cara Kenal Pasti

312927435
Kredit gambar: Freepik

Recap Valuation

Relative

Pulangan relatif merujuk kepada perbandingan antara pulangan pelaburan lain yang serupa atau prestasi yang diukur dengan penanda aras FBM KLCI

Setelah mengukur pulangan pelaburan, anda boleh buat keputusan untuk membeli atau menjual saham tersebut.

PE ratio

Price earning ratio (PER) merujuk kepada nilai saham dan harga saham semasa

PER bagi nilai saham > harga saham, maka saham dalam posisi undervalued/ murah

nilai saham = harga saham, maka saham dalam posisi fairvalued

nilai saham < harga saham, maka saham dalam posisi overvalued/ mahal

Contoh jika nilai PE ratio < 15 atau 10-15 menunjukkan nilai yang lebih baik membeli saham berbandin nilai PE ratio 80-100.  Namun begitu, nilai PE ratio bergantung pada jenis kaunter yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Nilai PE ratio akan menunjukkan data lagging di mana data PE ratio adalah data jangkaan yang di ambil berdasarkan nilai PE ratio sebelumnya.

PB ratio

Nilai PB ratio adalah suatu fundamental analisis bagi sesebuah syarikat.

Jika PB ratio < 1 maka saham undervalued

Jika PB ratio > 1 maka saham overvalued

Selain itu, nilai PB ratio boleh menjadi undervalued apabila mempunyai banyak aset yang tidak mampu dijual oleh syarikat tersebut.

Absolute

Pulangan mutlak merujuk kepada aset yang dikembalikan dalam jangka masa tertentu yang bertujuan untuk mengembangkan portfolio dan tidak bergantung kepada trend pasaran yang tahan lama. Contoh Discounted Cash Flow (DCF) Model.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu saham fairvalued?

Saham fairvalued ialah saham yang harga pasarannya hampir sama dengan nilai sebenar atau nilai intrinsik syarikat. Ini bermakna saham tersebut tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah berbanding nilai asasnya.

2. Bagaimana cara mengenal pasti saham fairvalued?

Anda boleh menggunakan beberapa kaedah seperti Price-to-Earnings (PE) ratio, Price-to-Book (PB) ratio, dan Discounted Cash Flow (DCF) Model untuk menilai sama ada sesuatu saham berada pada nilai saksama.

3. Apakah perbezaan antara saham fairvalued, undervalued dan overvalued?

Saham undervalued berharga lebih rendah daripada nilai sebenar, saham overvalued berharga lebih tinggi, manakala saham fairvalued berharga hampir sama dengan nilai intrinsiknya. Pelabur bijak perlu memahami ketiga-tiga konsep ini.

4. Adakah saham fairvalued sesuai untuk pelaburan jangka panjang?

Ya, saham fairvalued boleh menjadi pilihan baik untuk pelaburan jangka panjang kerana ia mencerminkan nilai sebenar syarikat. Namun, pelabur perlu membuat analisis fundamental yang menyeluruh sebelum membuat keputusan.


Berminat untuk mula melabur dalam saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk panduan asas pelaburan saham.

Bacaan Lanjut